13 Tahun Tinggal Di Rumah Anak Yatim, Kini Genggam PhD. “Tiada Orang Tersayang Bukan Sebab Tidak Boleh Cemerlang”

Share

Diuji dengan kehilangan orang tua buat selama-lamanya bukan penghalang untuk berjaya dan berputus asa.

Itulah yang ditempuhi oleh Dr. Abdul Hadi Samsi bersama tiga lagi adik beradiknya. Sejak dari umur 5 tahun, dia kehilangan bapa tersayang. Lebih memeritkan, sekali lagi ujian menimpa apabila ibu tercinta pula pergi selamanya selepas 11 tahun pemergian bapanya.

Namun, anak yatim piatu yang menghuni di asrama anak yatim selama 13 tahun ini membuktikan bahawa dia juga mampu mengenggam ijazah tahap tertinggi, Doktor Falsafah (PhD).

Segala titik peluh dan kesungguhan Abdul Hadi itu terbalas selepas dia dikurniakan ijazah PhD dalam bidang sains politik dan kerajaan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45, pada Selasa.

“Saya hadiahkan kejayaan ini buat keluarga dan semua guru-guru yang menjaga saya di Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selama 13 tahun dan mendididk saya seperti anak mereka sehingga ke peringkat universiti,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan yang dihantar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.

Mengimbau kembali kisah hidup, beberapa tahun selepas pemergian bapanya, Abdul Hadi dan tiga lagi adik beradiknyua terpaksa ke asrama anak yatim dan berpisah dengan ibu yang hidup dalam kesusahan kerana bekerja kampung.

Ketika Abdul Hadi berusia 16 tahun, ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat kanser perut.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa baik Ustaz Suhaimi Dzajuli, yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yatim kerana tidak jemu membantu sehingga berjaya dalam pelajaran.

kredit Astro Awani

“Buat adik-adik yang menghuni di mana juga rumah anak yatim, janganlah merasa kekurangan tiada insan tersayang di sisi sebagai sebab untuk tidak boleh cemerlang dalam pelajaran.

Masih ada rakan-rakan senasib di asrama dan guru-guru yang menyayangi kita seperti saudara kandung sendiri. Mari kita balas kepercayaan ini,” ujar Abdul Hadi, yang ketika ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM.

Dalam masa yang sama, Abdul Hadi merancang untuk menjadi pensyarah di UPM tidak lama lagi.

Sumber : Astro Awani

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/