13 Tahun Amal ‘Sup Kurus’, Wanita Ini Kongsikan Resipinya. Patutlah Maintain Slim 45 Kg Walaupun Anak Dah 4!

Share

Sup sayur cendawan antara resepi sup KURUS yang diamalkan oleh wanita ini sejak 13 tahun. Menurut Khairuzetti Zaini, itu adalah rahsia bagaimana untuk mendapatkan bentuk badan yang slim pada usia yang nak cecah 40-an kelak.

“Rahsia nya sup sayur cendawan buat 3-4 kali seminggu.. boleh campur dengan sayur sawi jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu.. ( berat badan dapat maintain 45kg + anak 4 + umo 39 ) selamat memasak semua,”ujar Zetti.

Menarik kan? Tak susah, bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati.

RESEPI SUP KURUS YANG DAH AMAL SELAMA 13 TAHUN

BAHAN A

4-5 ulas bawang putih tumbok pecah
( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )

2 biji cili api hijau tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak )

2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )

1 sudu besar minyak jagung

BAHAN B

-100gm isi ayam potong halus ( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bg hilang lendir ayam ) + rendaman ke 2 rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pd ayam )

-1.5L air tapis

BAHAN C

Sawi

Cendawan tiram (khasiat: awet muda )

Gula Kelapa perang ORGANIC secukup rasa

Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa

CARA-CARA

1. Panaskan periuk, masukkan minyak masak

2.Tumis bahan A sehingga kekuningan.

3.Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air, bagi mendidih.

4.Kemudian, masukkan cendawan tiram.. masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi.. terus tutup api.. sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.. bila dah suam sikit masukkan gula perang & garam bukit.

5. Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu.. buat selama 3 bulan.. nanti kurus bagitau … Makan ni je.. insyaAllah selim melim laju.

Sumber : Khairuzetti Zaini via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)