13 Hari Bertarung Nyawa Selepas Melahirkan, Akhirkan Ibu Positif Covid-19 Pergi Jua

Share

Siapa sangka seorang suami yang rasa  gembira menanti saat-saat kelahiran anak keempat bertukar menjadi kisah sedih dalam hidupnya apabila isteri kesayangan yang selamat melahirkan terpaksa pergi jua setelah bertarung nyawa 13 hari melawan Covid-19.

Norieszah Ishak meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.

Memetik laporan di myMetro, Norieszah, 31, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.

Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jenazah isterinya itu buat kali terakhir.

“Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.
“Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi.

Tunggu Hari 

Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.

“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.

“Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.

“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan,” katanya.


Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Covid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.

Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.

“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.

“Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.

“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arwah berehat.

“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya,” katanya.

Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.

Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.

“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.

“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.

Sumber : myMetro 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club