“12 Tahun Kerja Tanpa Rehat, Kini Tuhan Tunaikan Hasrat Untuk Luangkan Masa Dengan Keluarga. Ada Hikmah Apa Yang Berlaku-Izreen Azminda

Share

Kecaman demi kecaman diterima pasangan ini setelah mereka bergelar suami isteri. Lebih memburukkan keadaan bila mana si suami bercerai dengan isteri pertama. Pelbagai cercacan dan kata nista diterima sehinggakan kedua-duanya mengambil keputusan menutup ruangan komen di laman instagram masing-masing.

Bahkan, dek kerana hal tersebut, Izreen Azminda yang dulu sering kali terlihat kelibat di kaca tv , namun kini jarang kelihatan terutama dalam drama mahupun telemovie.

Berpeluang menemu bual anak kelahiran Perlis ini, menurut Izreen apa yang berlaku ada hikmah dan sehingga kini mereka berdua sudah lali dengan kecaman yang diterima.

“Kalau diikutkan kami sudah tak ada perasaan sebab dah lali dengan kata-kata orang. Cuma bila berbincang dengan suami, saya selalu cakap, peliknya orang sekarang sebab kami sudah kahwin dan apa yang kami tunjukkan di dalam gambar adalah berkaitan dengan apa yang membuatkan kami gembira.

“Kami  bukan minta pendapat dari orang lain. Sebaliknya dalam perhubungan adalah antara suami isteri dan bukan orang lain untuk handle tentang keluarga kami. Inilah prinsip yang kami pegang.

“Lantaklah apa yang orang nak cakap sebab yang  kami  nak happy  dan abaikan apa yang orang cakap,” ulas Izreen ditanya tentang kecaman yang diterima selepas memuat naik gambar kahwinnya baru-baru ini.

Dia dalam pada itu mengakui ada menerima  tawaran berlakon tapi sebab kecaman terlalu banyak  menyebabkan dia dinasihat berehat dulu.

“Memang saya ada dapat tawaran berlakon, tetapi buat masa sekarang saya rehat dulu  dan bila dah sampai waktu sesuai baru saya ambil.  Itu pun bergantung juga pada kesesuaian watak dan status.

“Lagipun sebelum ini saya sudah bekerja selama 12 tahun tanpa rehat,kerja berat , susah dan sebagainya jadi inilah masanya untuk saya berehat dan beri tumpuan pada keluarga pula. Tambahan pula sekarang dah kahwin, jadi nak habiskan masa dengan suami dan anak-anak.

“Dulu sibuk dengan kerja, tapi sekarang Tuhan dan tunaikan hasrat untuk saya luangkan masa  dengan keluarga.  Ada Hikmah dengan apa yang berlaku, dulu bukan tak bertanggung jawab tapi sebab banyak kerja, jadi kekangan masa dengan keluarga.

“Tapi sekarang gembira dengan skituasi sekarang dan betul-betul rehat. Walaupun di rehatkan tapi Alhamdulillah ada sahaja rezeki yang masuk,”jelas isteri kepada Ude Wahid ini lagi.

 

Menyentuh mengenai kifarah atas apa yang berlaku, akui Izreen,  itu tidak menakutkannya kerana dia percaya setiap yang berlaku ada Hikmah di sebaliknya.

“Buat apa kita ambik kerja Tuhan sedangkan masa depan pun kita tak nampak rupa bentuk. Jadi buat apa cakap benda yang tak elok pada orang yang tak kenal, bukan duduk di rumah sekali dan tak tahu jalan cerita dan hal sebenar.

“Manusia sekarang mudah jatuh hukum sedangkan diri sendiri tak terlihat akan kekuarangan. Setiap manusia ada ujian dan bahagian masing-masing. Kita sebagai manusia  kena hadapi dengan tenang dan hadapi dengan reda,”ujarnya lagi.

Ditanya bagimana dia melalui situasi tersebut, tegas Izreen yang penting hati kena keras, kering dan reda dengan apa yang berlaku.

Kita kena reda dengan apa yang berlaku. Kalau tidak kita akan jadi pendendam dan tak puas hati, marah, sedih dan benci. Bila reda kita akan tenang. Allah akan tolong. Suami ada dan keluarga yang selalu support. Suami tak lari tinggalkan pun, dia hadap benda ni bersama.

“Sebab hanya kami sahaja yang tahu apa yang terjadi. Dan sokongan dari suami lebih penting dan hadapi benda yang mendatang. Bila kita hadap benda ni bersama maka Allah permudahkan dan saya okey sahaja.

“Bila kita tenang semua hal akan jadi ‘smooth’ dan takkan jadi masalah sebenarnya. Jadi saya percaya apa yang saya lalui ini adalah ujian yang Tuhan berikan  kerana Dia nak beri yang lebih baik lagi lepas ini.

Menyentuh soal anak, biarpunmereka tidka merancang, namun buat masa sekarang dia dan suami mahu habiskan masa bersama terlebih dahulu.

“Soal anak, saya dan suami berserah pada Allah soal zuriat. Kalau boleh nak enjoy momen berdua dulu memandangkan masing-masing sudah ada anak sendiri sebelum ini. Sekarang lebih kepada masa bersama dan kalau Allah nak berikan awal kami terima.

Sumber gambar: IG izreen.azminda