Soda bikarbonat memang banyak kegunaannya. Tidak hanya sebagai bahan untuk membuat kek dan aneka pastri lain tetapi rupanya banyak kegunaannya dalam memudahkan urusan rumah tangga. Tak kurang juga untuk mencantikkan seluruh tubuh kita.
Walaupun tiada sebarang kajian yang membuktikan kesahihan ini namun ramai yang mencubanya. Paling utama rata-rata mereka yang mencuba beberapa petua menggunakan bahan ini memberi tindak balas yang cukup hebat.
Benarkah? Kita tengok apa soda bikarbonat mampu lakukan untuk mudahkan urusan harian kita.
1. Bersihkan Microwave
Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas berisi air. Kemudian panaskan di dalam mikrowave selama 2 minit. Hasilnya kesan kotoran yang melekat dan bau yang tertinggal pada microvawe akan hilang. Kesan minyak juga lebih senang dicuci.
2. Buang Black Head
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan masukkan 1/4 cawan jus lemon dalam mangkuk. Kacau sebati dan sapu rata ke muka. Biarkan sekejap selama 15 minit dan bilas dengan air suam.
3. Putihkan Gigi
Campurkan sesudu soda bikarbonat dengan sedikit perahan jus limau nipis. Campurkan rata dan gosokkan pada gigi hingga nampak kesannya. Jika suka anda boleh juga menggunakan lemon atau buah strawberi.
4. Putihkan Muka
Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat ke dalam 2 gelas air. Gaul sebati dan sapu rata pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas.
5. Bersihkan Tandas
Soda bikarbonat merupakan pembersih semulajadi dan berkesan untuk mencuci. Taburkan sedikit serbuk soda ke atas lantai dan seluruh tandas kemudian biarkan seketika. Barulah dibilas seperti biasa. Kerja mencuci jadi lebih mudah dan kotoram ditanggalkan sekelip mata.
6. Hilangkan Bau Badan
Masalah bau badan utama adalah daripada bawah ketiak. Lakukan campuran 4 sudu makan bikarbonat bersama air (jangan cair). Kemudian sapukan dengan perlahan-lahan pada ketiak atau kawasan sekitarnya. Biarkan hingga kering.
7. Bersihkan Buah & Sayur
Cara paling tepat untuk menanggalkan bakteria dalam sayur dan buah adalah dengan mencucinya menggunakan serbuk soda. Rendam buah dan sayur seketika dengan soda kemudian basuh bersih dengan air mengalir. Bakteria akan turut tertanggal.
8. Manicure & Pedicure
Kuku juga mampu dirawat dan dicantikkan dengan bahan ini. Campurkan 2 sudu besar soda bikarbonat dan sedikit air. Gaul sebati dan sapukan pada kuku. Sental sedikit pada kawasan kuku yang agak keras dan bahagian tepi kuku. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air suam.
9. Segarkan Peti Sejuk
Bau kurang enak di dalam peti sejuk adakalanya buat kita rasa tidak selesa. Bancuh soda dengan air suam dan bersihkan seluruh peti sejuk dengan campuran bahan ini. Lebihan airnya, dibiarkan sahaja untuk menyerap bau-bauan lain.
10. Rawatan Kaki
Buang kulit kasar pada kaki dengan skrub daripada soda bikarbonat ini. Mulakan dengan mencampurkan air rendaman daripada soda ini. Campurkan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat ke dalam air.
Kacau sebati dan rendam kaki selama 20 minit. Boleh juga campurkan 3 titis essential oil seperti lavender. Untuk skrubnya, campurkan 2 sudu soda bikarbonat bersama sedikit air dan sentallah kulit kasar pada kaki hingga sempurna.
11. Cerahkan Kulit Wajah
Campurkan serbuk penaik dengan satu sudu besar jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu, kemudian sapukan campuran berkenaan pada kulit. Bilas selepas 10 minit. Untuk hasil yang lebih maksimum, bilaskan wajah dengan air suam.
12. Redakan Jerawat
Soda bikarbonat ini bukan hanya merawat jerawat bahkan dapat memutihkan kulit. Ambil sesudu soda bikarbonat dan bancuh bersama sedikit pencuci muka kegemaran anda. Sebatikan dan kemudian sentallah ke kulit wajah seperti mencuci muka seperti biasa. Bilas dengan air suam dan rasai hasilnya. Lakukan setiap hari.