Selamat datang tahun 2020! Pastinya bila tahun baru, bermakna ada azam baru yang ingin direalisasikan untuk tahun tersebut. Apatah lagi bila bercakap tentang tahun 2020, ianya begitu istimewa dan unik sekali.
Sejak zaman kanak-kanak lagi kita tertunggu-tunggu untuk berada di tahun 2020 ini, dan alhamdulillah hari ini kita direzekikan dengan usia yang panjang hidup bersama pasangan dan keluarga tercinta.
Oleh itu, apa sebenarnya azam anda dan pasangan ye untuk tahun ini?
Andai masih keliru, ini disenaraikan 12 azam yang wajar anda dan pasangan lakukan bersama demi hubungan yang membahagiakan. Nak tahu lanjut, jom hadam perkongsian dari Saudara Akhtar Syamir ini yang dikongsikan baru-baru ini di akaun fbnya.
Jom semak.
2020 hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Pelbagai azam tahun baru kita sudah fikirkan. Banyak juga azam tahun-tahun lepas yang kita gagal tunaikan.
Tapi perasan tak yang kebanyakan azam kita itu bersifat individu? Apa kata tahun 2020 ini kita terbitkan azam untuk tingkatkan kualiti perhubungan suami dan isteri juga?
Pada pendapat saya, segalanya bermula dari rumah. Prestasi kita di luar, di tempat kerja, perniagaan, perhubungan dengan orang lain, saudara-mara, adik beradik dan sebagainya, banyak bergantung kepada betapa harmoni dan gembiranya keluarga kita.
Jadi, tidak keterlaluan jika tahun ini kita berazam untuk perhubungan yang lebih berkualiti. Mari kita lihat, bagaimana pecahan azam perhubungan suami isteri.
Ads
Kita mulakan dengan deria yang ada pada diri kita.
1. Mata dan Penglihatan – Berazamlah untuk mula melihat gaya tubuh dan air muka pasangan kita. Jika geraknya longlai dan lemah, dia sedang penat. Kita beri dia rehat. Jika pergerakannya agresif, dia sedang marah dan kita beri dia ruang dan masa. Jika mukanya berkerut, dia sedang risau. Kita peluklah dan serap kerisauannya.
2. Telinga dan Pendengaran – Berazamlah untuk mula mendengar. Sama ada suami atau isteri, ada percakapannya yang jelas dan ada percakapannya yang disebut SEKALI sahaja. Mula fokus pada yang sangat jarang disebut itu kerana besar kebarangkalian, itu hasrat hatinya yang paling utama tetapi disimpan.
Mula mendengar dengan teliti apa yang pasangan ungkapkan supaya tiada maklumat yang tertinggal dan boleh mencetus keadaan tegang yang sia-sia di dalam perhubungan.
3. Hidung dan Bau – Berazamlah untuk sentiasa wangi apabila bersama pasangan. Bau badan, bau mulut dan bau ketiak adalah antara bau yang selalu diabaikan bila berada di rumah. Bau yang menyenangkan bakal membawa lebih kemesraan dan jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan kemesraan ini.
Ads
4. Kulit dan Sentuhan – Berazamlah untuk selalu menyentuh pasangan. Tidak kira sama ada pegang tangan, pinggang, bahu atau pelukan. Semuanya baik untuk lebih intim. Mulakan di rumah. Sekali sekala apabila berjalan di luar pula, cuba tarik tangan pasangan. Kalau tak boleh lama, sekejap pun sudah mencukupi.
5. Lidah dan Rasa – Berazamlah untuk selalu makan di rumah. Banyak kebaikan makan di rumah sebagai contohnya bahan-bahan yang lebih baik berbanding di luar. Jika anda pandai masak, teruskan memasak. Jika anda kurang pandai, cari inisiatif untuk menambah kemahiran memasak. Terlalu banyak resipi yang mudah untuk dibuat. Saya pasti suami atau isteri akan hargai kesungguhan anda menyediakan makanan buat pasangan.
Selesai bab deria luaran. Kita sentuh pula bab emosi.
6. Tidak kira suami atau isteri, berazamlah untuk mula menjaga emosi pasangan. Jika dia sedang marah, jangan ditambah marahnya. Jika dia sedang sibuk, jangan mengganggunya dengan perkara yang penting. Jika dia terlalu penat, dia perlukan rehat. Jangan dipaksa-paksa.
7. Sebut mengenai rehat, berazamlah untuk mengambil berat masa rehat isteri. Sama ada yang bekerja atau suri rumah. Kedua-duanya penat, penat dan penat. Mereka memang penat dan suami kena mula bantu buat kerja-kerja di rumah. Pilih apa sahaja yang anda boleh biasakan buat dan selalulah buat. Apa sahaja yang boleh memudahkan urusan isteri, itu adalah yang terbaik.
Ads
8. Komunikasi yang baik bakal menentukan tahap kualiti perhubungan suami isteri. Berazamlah untuk mula bercakap dengan pasangan. Tanya bagaimana harinya. Tanya apa yang ingin dilakukan nanti. Berbuallah. Berterus teranglah. Berilah teguran dengan baik dan terimalah teguran dengan baik juga. Amalkan komunikasi yang jelas dan tidak disembunyi-sembunyikan.
9. Pujian dan penghargaan adalah elemen penting dalam meningkatkan kualiti perhubungan. Berazamlah untuk memuji pasangan. Dari sekecil-kecil perbuatan, sehinggalah sebesar-besar pengorbanan. Bukan pasangan tidak tahu, tetapi pasangan suka untuk mendengarnya dari mulut orang yang dia cintai sebenarnya. Pujian juga memberi semangat untuk pasangan melakukan sesuatu dengan lebih ikhlas dan gembira.
10. Berazamlah untuk mengendalikan sesuatu isu dengan lebih baik. Kadang-kala, apabila masalah timbul, kita panik dan benda yang kecil boleh jadi pergaduhan yang besar. Fokus pada penyelesaian masalah dan bukannya mencari siapa yang betul dan siapa yang salah. Membincangkan dan membetulkan yang salah bukanlah satu pertengkaran. Tidak perlu anggap ia begitu. Anggaplah ia sebagai suatu perbincangan yang tidak dipengaruhi emosi.
11. Berazamlah untuk menjaga ketrampilan pasangan. Yang suami, pastikan keperluan penjagaan isteri mencukupi dan isteri, sentiasalah menjaga pemakaian dan penampilan suami. Ia perlu seiring.
12. Yang paling penting. Berazamlah untuk menjaga solat dan mementingkan solat berjemaah bersama pasangan. Solat bersama ini terlalu banyak kebaikannya. Jangan amalkan solat berasingan. Jika ada kesempatan bersama di rumah, solatlah bersama.
________________________________
Itulah serba sedikit cadangan azam tahun baru untuk pasangan suami isteri. Semoga tahun baru ini menjadikan ikatan perhubungan kita semua semakin erat. Ikatan yang erat tidak akan terkesan dengan anasir luar yang merosakkan. Jadikan perhubungan dengan pasangan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Video seorang ibu yang menunggang motorsikal bersama dua anak kecilnya yang tular di platform TikTok ternyata amat menyentuh hati ramai.
Ketika minyak diisikan ke dalam motorsikal, bayi kecil pula terpaksa dikendong kemas dalam pelukan.
Menerusi perkongsian video yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faizal Danial, dia telah memuat naik video yang dirakam sewaktu berhenti di sebuah pam minyak apabila melihat seorang wanita menunggang motosikal bersama dua orang anak yang masih kecil.
Malah anak muda ini turut menawarkan bantuan untuk membawa dua anaknya pulang ke rumah namun permintaan itu ditolak dengan cara yang baik ibu ini.
“Lepas habis solat, aku berjalan pergi ke kereta, tiba-tiba nampak seorang ibu ini baru sampai nak isi minyak bersama dua anaknya. Seorang bayi dan seorang lagi budak kecil.
“Perkara paling menarik perhatian aku apabila wanita tu menunggu motorsikal sambal mengendong bayi yang umurnya seperti tak sampai setahun lagi, manakala abangnya pula aku anggarkan antara dua hingga tiga tahun.
“Apabila aku masuk dalam kereta, aku perhatikan dari jauh gelagat keluarga itu. Aku rasa kesian, tak bahaya ke tunggang motorsikal sambil bawa bayi macam tu? Aku pun turun dari kereta dan cuba tawarkan bantuan.
“Aku tanya dulu nak ke mana, kemudian aku cakap aku boleh tolong bawakan bayi dan budak tu guna kereta, lebih selamat. Si ibu pula boleh ikut dari belakang dengan menaiki motosikal,” kata.
Namun pelawaan itu ditolak secara baik oleh ibu berkenaan.
“Aku pun masuk balik dalam kereta dengan perasaan sedih tak dapat tolong akak tu..
“Bila dia gerak aku follow belakang sambil-sambil nak balik rumah. Ingatkn dia nak balik dekat area situ je sekali dia turun highway dari Educity menghala ke Perling.
“Aku follow dari jauh tak nak dia takut sebab highway tu banyak motor & lori yang balik kerja dari Singapore.
“Lebih kurang 10-15 minit aku follow dia sampai tol Perling banyak lori & motor hon dekat akak tu sebab bawak motor kejap tengah kejap tepi,” katanya lagi.
Situasi sebegini membuatkan kita tersedar bahawa ada insan lain yang mengalami kesulitan yang lebih hebat.
“Kadang-kadang kalau rasa diri kita susah & ingatlah ada orang yang lagi susah dari kita,”katanya lagi.
Semoga urusan ibu ini dan dua anaknya dipermudahkan.
Jasa dan pengorbanan orang tua dalam membesarkan kita tidak harus dilupakan. Bila mereka sudah tua, tibalah masa kita pula menjaga kebajikan mereka. Walaupun kita sudha berkahwin dan memiliki keluarga sendiri, namun tanggung jawab kepada ibu bapa tidak boleh terhenti.
Bagi pelakon dan juga penyanyi, Abby Abadi, dia meluahkan rasa syukur dikurniakan Muhammad Faizal Zakaria yang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah dengan baik.
Malah Abby berkata, suaminya itu turut menjaga kedua-dua ibu dan bapanya yang kini berhadapan masalah kesihatan.
“SyukUr ALLAH pilih dpt bantu suami @jaiezzany hari ni mandi Ayah Sy. Ayah Sy tp suami yg tiap2 hari mandikan, Sy sheshekali jew ?
Sebab apa mcm tu, sebab suami pagi2 kalau nak cepat, dia naik motor hantar Baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar Baby besar gi sekolah terus gi umah Mak Ayah kita hantar sarapan + mandikan Ayah. Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, Suami kata takyah ikutlah sbb dia nk kejar masa (gi pasang cctv dsb)
. Bila sesekali je dpt mandikan Ayah, rasa Sy ni huhu… Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab2 mcm ni. Harap suami2 Sahabat Sy disini pun rajin juga bantu isteri2nya jaga Mak Ayah kalau dah tak berdaya ye ?
Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...