11 tahun tunggu si kecil, hanya dipinjamkan selama 7 bulan, “kami reda lepaskan dia pergi.” 11 tahun menanti kehadiran si kecil, namun hanya sempat mengukir kenangan indah hanya selama 7 bulan.
11 Tahun Tunggu Si Kecil, Hanya Dipinjamkan Selama 7 Bulan, “Kami Reda Lepaskan Dia Pergi”
Menerusi perkongsian Nurul Afiqah, 35, wanita ini berkongsi satu-satunya zuriat, Nur Malaiqa Aqeela Ilham yang meninggal dunia pada usia tujuh bulan selepas berjuang melawan lapan penyakit yang didiagnosis sejak lahir.
“Tujuh bulan yang mencipta memori bersama Aqeela adalah hadiah terindah yang tiada ganti namun dia hadiahkan ‘syurga’ untuk kami selepas 11 tahun menanti kehadirannya. Kami reda serta ikhlas melepaskannya dia kembali kepada Allah SWT,” kata Nurul Afiqah Saidi.
Nur Malaiqa Aqeela atau nama panggilan Aqeela adalah anak sulung Nurul Afiqah dan suami, Ilham Ismail, 30-an selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas menanti selama 11 tahun.
Nurul Afiqah berkata, Nur Malaiqa Aqeela dilahirkan bersama ujian besar apabila bayi itu didiagnosis dengan lapan penyakit antaranya Kabuki Sindrom, Laryngomalicia, Thyroid, Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), Upper Respiratory Tract Illness (URTI).
Menurutnya, Aqeela pernah membuat pembedahan membesarkan saluran pernafasan sempit pada Mei lalu dan sepanjang tujuh bulan dia ditempatkan di wad hospital untuk pemantauan rapi.
“Sepanjang tempoh itu, kami banyak habiskan masa di hospital dan tukar kerjaya daripada mengambil tempahan kek kepada ejen hartanah supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada Aqeela.
“Aqeela seorang ‘fighter’ (pejuang) walaupun ada banyak penyakit dan pernah beberapa melalui keadaan kritikal, sejak lahir bernafas dengan menggunakan bantuan mesin oksigen yang akhirnya dia boleh bernafas tanpa mesin.
Ads
“Namun takdir Aqeela ‘pergi’ selepas demam dan dijangkiti kuman pada paru-paru (Influenza A), rotavirus, Adenovirus, dan Respiratory Syncytial Virus (RSV) pada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 9 Ogos lalu,” katanya menetap di Melor, di sini.
Dia yang menjalani rawatan IVF buat kali pertama itu turut mengakui kehilangan insan tersayang sangat perit, namun mereka reda meskipun Nur Malaiqa Aqeela adalah buah hati paling ditunggu-tunggu.
“Aqeela hadiah paling indah dalam hidup saya dan suami yang menyambut hari jadi pada 31 Januari lalu dan saya lahir, 5 Ogos namun anak meninggal dunia pada 9 Ogos.
“Selain Aqeela saya ada dua anak angkat masing-masing perempuan dan lelaki berusia lapan serta enam tahun yang dianggap seperti anak kandung,” katanya.
Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Afiqah berkata, ia sekadar kenangan keluarga bersama Nur Malaiqa Aqeela dan gambar keluarga mereka bersama jasad bayi itu satu-satunya gambar kenangan mereka.
“Itu foto kenangan kami (lima beranak) yang dirakam pada hari anak meninggal dunia sebelum dikebumikan,” katanya.
Umum mengetahui kisah pergolakan pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil yang tidak berkesudahan. Lama berdiam diri, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya bila mana dia dipersalah malah menghasut anaknya untuk berjumpa bapa mereka.
Tambah Rita menerusi satu temubual, dia benar-benar kecewa malah tiada siapa yang mengetahui kepayahannya membesarkan dua anaknya, Rayyan dan Arjuna.
Bahkan kata Rita lagi, jauh sekali dia menghasut dua anak lelakinya itu untuk membenci bapanya.
“Yang korang nak sedih dan kesian tu, aku yang berpeluh-peluh bela anak daripada kecik korang kesian tak?
“Yang di sana sebut sikit nama terus kesian,” luahnya kecewa.
Dalam satu temubual kata Rita, dia paling terkesan bila mana anak pertamanya dituduh bukan anak kandung kepada bekas suaminya, Aidil.
“Satu benda yang saya akan ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okay baik, anak orang lain. Jadi jangan tengok anak aku. Aku tak akan bagi dia dekat,” luahnya kecewa.
Tambahnya lagi, anak pertamanya iaitu Rayyan sendiri yang sudah tidak mahu berjumpa dengan bapa mereka dek kerana terlalu lama tidak bertemu.
“Tiada masa saya nak hasut anak-anak. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa, Rayyan kata tak nak jumpa.
“Saya tak boleh nak paksa, korang jangan menilai orang dari segi luaran. Buka mata hati, kena scan betul-betul,” jelasnya.
Terdahulu, Rita dan Aidil mendirikan rumahtangga pada 2008 namun berpisah pada tahun 2013. Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan, 15 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.
Kalau dah namanya anak selebriti, ke mana sahaja kaki melangkah , apa yang dipakai semuanya menjadi perhatian.
Apalagi kalau bergelar anak kepada penyanyi nombor satu negara. Penangan bergelar anak Tokti, tempias glamour turut dirasai Siti Aafiyah Khalid, puteri dan anak sulung kepada pasangan sejoli Dato Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Terbaru, pasangan ini meraikan majlis hari lahir Aafiyah kali ketiga dalam satu majlis yang berlangsung mengikut SOP tapi tetap meriah.
Majlis yang berlangsung sehari lebih awal itu diraikan bersama dengan pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids kolaborai Beausiti X WonderLab serta majlis pelancaran single lagu kanak-kanak terbaharu, Medley Klasik Siti 1.
Di dalam majlis tersebut, Aafiyah tampil manis dalam persalinan gaun merah jambu sambil memandu sendiri kereta ferrari memasuki ruang dewan berkenaan sambil disambut oleh tetamu dan juga ahli keluarga.
Perasan tak ada orang nak beli sebiji rumah pun susah tapi ada pula sebahagiannya dengan mudah boleh membeli tiga empat biji rumah dalam satu-satu masa. Jadi apa rahsianya boleh semudah itu dan mampukah sebenarnya?
Untuk itu, ayuh kita fahami cara dan teknik yang dipraktikkan oleh Ija Syariza di akaun fbnya.
DAPAT RUMAH FREE
Panas je hati orang baca kan.. Jangan marah-marah nanti cepat tua…
Saya beli rumah mengunakan OPM (Other people money aka bank). Mana nak cekau duit banyak-banyak. Bukan anak orang kaya. Sekolah pun tak tinggi. ALLAH dah takdirkan perjalanan hidup banyak ranjau dan duri. Redha je lah.
Saya refinance rumah yang saya duduk. Cashback/cashout. RM260K. Komitmen baru RM2,800.00
RM260,000 Saya beli 3 buah rumah
➡ 91,000
Sewa – 1,150.00
➡ 112,000
Sewa – 1,000.00
➡ 55,000
Sewa – 650.00
Jumlah RM258k (legal fees gunalah saving
Pendapatan sewa sebulan ➡ RM2,800.00
Saya dapat 4 buah rumah termasuk rumah yang saya duduk sendiri. Saya punya rumah orang lain tolong bayarkan. Janganlah panas. Saya kongsi cerita pelaburan hartanah. Biar ada kesedaran beli rumah. Beli kereta mewah tapi duduk rumah sewa. Amboi.. amboi..
Ini sekadar contoh. Pelaburan saya panjang lagi ceritanya dan panjang jalan kira-kiranya.
Moga dapat idea.
Tips
1. Cari lokasi yang tidak hot. Tapi ada demand sewa.
2. Beli rumah dibawah harga pasaran (30% bmv)
3. Jika plan tak berjaya. Jual rumah ikut market value. Bayar semula hutang. Jangan beli kereta untuk kegunaan diri sendiri. Jerat leher namanya tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...