Gaya Hidup

11 tahun kerjaya sebagai Abang Milo, Marzuki sambung legasi ayah, seronok tengok ramai gembira

Share

Keterujaan melihat masyarakat gembira apabila melihat kelibat lori MILO® bila tiba di sesuatu destinasi membuatkan Marzuki bin Abdullah tidak kisah bergelar Abang MILO®.
Kerjaya yang telah digenggam selama 11 tahun lamanya meninggalkan seribu satu kemanisan dan sehingga kini, Marzuki tidak pernah jemu untuk melayan setiap kerenah pelanggan yang datang untuk mendapatkan MILO® di traknya.

Bercerita mengenai kenangan manis sepanjang menjadi Abang MILO®, Marzuki yang merupakan generasi kedua memegang gelaran Abang MILO® menggantikan ayahnya berasa sangat bertuah. Di setiap lokasi yang disertainya mempunyai seribu satu cerita tersendiri.

“Antara pengalaman paling manis sepanjang menjadi Abang MILO® adalah sewaktu di lokasi pendalaman. Keterujaan mereka lebih berbanding dengan apabila berada di kawasan bandar.”

“Apabila mereka nampak sahaja lori MILO® masuk di kawasan mereka, saya sudah nampak mereka melambai. Kadang-kadang lori masih belum siap setup, mereka sudah pun menunggu”

Selain itu, gelaran sebagai Abang MILO® membawa tuah kepada Marzuki apabila di mana sahaja masyarakat sudah mengenalinya.

“Rasa macam artis bila setiap kali mneyertai acara, ramai yang datang untuk minta bergambar.”

“Saya pernah menyertai acara di sekolah anak saya. Rakan anak-anak semua teruja bila berjumpa saya, membuatkan secara tidak langsung anak-anak sangat berbangga dengan saya sebagai Abang MILO®”

Bercakap mengenai Hari Sarapan MILO® 2025 yang kini kembali dan bakal menggegarkan acara paling ikonik di 4 lokasi seluruh negara bermula tahun depan.

Kata Marzuki, dia sudah 8 kali menyertai acara ini. Setiap kali acara berlangsung, trak MILO® sememangnya menjadi perhatian ramai.

“Tidak kira dari pelbagai usia, kecil hingga dewasa setiap kali mereka lalu di trak MILO® pasti akan singgah untuk mendapatkan MILO®. Bila melihat mereka sangat menggemari minuman ini membuatkan saya berasa sangat teruja dan bangga.

“Ianya menjadi kepuasan buat saya bila melihat setiap reaksi masyarakat yang sangat gembira bila berada di trak kami sampaikan mereka sanggup tunggu sehingga trak kami buka”

MILO® dengan bangganya mengumumkan kembalinya MILO® Malaysia Breakfast Day (MBD) yang dinanti-nantikan pada tahun 2025. Acara ini mengalu-alukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan usia untuk bersama-sama meraikan kepentingan memulakan hari dengan sarapan berkhasiat. Tradisi tahunan ini menonjolkan komitmen MILO® yang berterusan dalam menyemarakkan gaya hidup lebih sihat dan aktif.

Sempena ulang tahun ke-75 MILO® di Malaysia, jenama ini meraikan legasinya sebagai nama dipercayai di setiap rumah, menyemai generasi dengan rasa ikonik dan kebaikan menyeluruhnya. Dengan tema “Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia,” sambutan ini menghargai sejarah luar biasa MILO® sebagai pelengkap hidup rakyat Malaysia, sambil terus memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepada semangat dan cita-cita negara.