













Tak Dapat Asrama, Pelajar UiTM Sengsara Deposit Rumah Sewa Cecah RM9000!

Tak Dapat Asrama, Pelajar UiTM Sengsara Deposit Rumah Sewa Cecah RM9000!
Ibu ayah mana yang tidak keruan apabila memikirkan beban kewangan yang harus ditanggung setelah anak diterima masuk ke pusat pengajian tinggi.
Tular dimedia sosial keluhan mengenai deposit rumah sewa hingga cecah RM9000! Ini ekoran pelajar tidak mendapat kemudahan asrama.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Situasi itu didedahkan oleh puan Zuraini Kamal yang melahirkan simpati kepada anak saudaranya yang terpaksa melalui situasi begitu setelah ditawarkan belajar di institusi pengajian tinggi berkenaan.
Lebih menyedihkan lagi anak saudaranya adalah dari keluarga B40 yang sudah tentu agar sukar bagi keluarganya menyediakan sejumlah peruntukan itu.
Bukan semua mampu untuk mengeluarkan bajet yang besar dalam satu masa.
Malah katanya lagi telah membuat aduan mengenai perkara ini namun respon yang diterima didakwa tidak positif.
Berikut perkongsian ini yang telah mendapat perhatian warganet yang bersimpati dengan masalah ini.
PELAJAR UiTM SENGSARA DEPOSIT RUMAH SEWA RM9000
UiTM Offer Kursus kepada Pelajar Tanpa memikirkan Kebajikan dan Masalah Penempatan Pelajar!!
Saya menulis Bagi pihak anak saudara saya Adlina, pelajar UiTM Shah Alam Semester 03.
Kisah seorang Pelajar, dari Keluarga B40. Mai jauh dari Pulau Pinang untuk belajar di UiTM Shah Alam. Tidak memiliki kenderaan sendiri.

Sebulan sebelum Tarikh Kemasukan (11.10.2022),
Adik saya, Shafinaz Kamal baru mendapat makluman bahawa anaknya, Adlina tidak berjaya mendapat kemudahan Kolej (asrama).
Dalam tempoh tak sampai sebulan, pelajar terpaksa mencari RUMAH ATAU BILIK UNTUK DISEWA yg berdekatan dengan UiTM Shah Alam.
DI sini MIMPI NGERI bermula ….
SEWA RUMAH YANG TERLALU MEMBEBANKAN:
1. Sewa Rumah, RM1500 – RM3000 sebulan.
DEPOSIT 2 + 1 + Utiliti + Tenancy Agreement:
Bayangkan mereka yg berkongsi rumah, perlu menyediakan DEPOSIT berjumlah RM 9000
MASALAH:
1. BAYAR DULU, BARU BOLEH TENGOK RUMAH!
Pelajar disuruh bayar deposit dahulu. Mereka tidak boleh tengok rumah selagi tak bayar deposit. Dengan pelbagai alasan.
Anda tidak ada pilihan!.
2. Pelajar dari luar (Negeri lain) yg tidak ada kenderaan sendiri, sangat memerlukan Pengangkutan, malangnya Bas UiTM sangat terhad. Laluan Bas UiTM tidak cover semua kawasan perumahan berdekatan kampus.
Saya difahamkan, Sehingga ke hari ini, masih ramai Pelajar dari Pahang, Sabah, Sarawak, Penang, Kedah yg belum mendapat kemudahan tempat tinggal.
Bayangkanlah, setiap pelajar yg terpaksa menyewa, perlu menyediakan KOS SEWA BULANAN sebanyak RM 255 ini belom termasuk Caj Api, air , wi-fi dan pengangkutan.
Dah macam Kos orang Bekerja. Sedangkan Mereka semua adalah PELAJAR KOLEJ.
📌 Pihak ibubapa ramai yg mengadu dan meluahkan perasaan dalam GRUP FB: UITM RUMAH SEWA/BILIK SEWA DI SHAH ALAM
Boleh baca di sini keluhan ibubapa yg sangat frustrated! 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://www.facebook.com/groups/biliksewauitmshahalam/?ref=share
BUAT ADUAN
ADUAN TELAH DIBUAT KEPADA PIHAK UiTM (VC UiTM) malangnya masalah ini tidak ditangani sebaik mungkin.
1. VC kata, dia dah maklum kpd YB Menteri KPT tentang permasalahan ini.
2. Depa kata nak buat Kelas ONLINE pulak. Sedangkan ramai pelajar yg sudah berhabis duit untuk membayar Deposit Sewa Rumah/Bilik.
3. VC kata ibubapa menolak tawaran belajar ke Kampus lain, malangnya TIADA TAWARAN diberikan semenjak awal. Anak saudara saya TIDAK menerima Tawaran belajar di UiTM Pulau Pinang atau Kedah atau Perlis yg berdekatan dengan rumah.
PELAJAR BERHASRAT BERHENTI BELAJAR
DESAKAN HIDUP dan Bebanan kewangan menyebabkan Ramai Pelajar berhasrat untuk menghentikan Pengajian mereka.
(Ramai juga yg buat kerja Partime untuk menambah pendapatan dan menampung Kos Pembelajaran)
Sumber: Zuraini Kamal
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Meninggal Dunia Akibat Kanser Otak, Niat Adik Aariz Faiz Jumpa Hafiz Suib Tak Kesampaian!

Hasrat seorang anak kecil allahyarham adik, Aariz Faiz untuk berjumpa dengan penyanyi kesukaannya, Hafiz Suip tidak kesampaian selepas peminat cilik itumeninggal dunia disebabkan kanser otak.
Menerusi satu hantaran di Facebook, ibunya, Siti Fairuz Sapiee berkongsi kisah sedih anaknya yang sudah lama menjadi peminat setia Hafiz.
Menurut ibunya, Aariz sangat meminati lagu Hafiz yang berjudul ‘Kisah Cinta Kita’ dan seringkali menyanyikan lagu itu.
“Alkisah cerita. Aariz Faiz merupakan peminat cilik Hafiz Suip. Sejak kecil dia suka menyanyikan lagu KISAH CINTA KITA. Bagi Aariz ini lagu dia dan ibunya. Sehinggakan kakaknya tidak boleh sama sekali menyanyikan lagu ini.
Sehingga pada satu masa, Aariz disahkan mengidap penyakit kanser otak yang tidak boleh diubati ketika usianya 6 tahun.
Saat dalam kesedihahan itu, ibunya sering memperdengarkan lagu kegemarannya bagi menaikkan semangat Aariz untuk bersuara semula.
Semenjak disahkan Kanser Otak DIPG Malaysia dia dah x boleh mengeluarkan sepatah kata. Namun bila mendengar lagu Hafiz Suip KISAH CINTA KITA, terkeluar bunyi suaranya yang berusaha membuka mulut tetapi gagal.
Walaubagaimanapun, jauh disudut hati ibunya berkata Aariz gembira mendengar lagu kegemarannya itu dan berharap suatu hari nanti Aariz dapat bercakap semula.
Namun takdir Allah dah tertulis hayatnya sampai di situ sahaja. Perginya Aariz meninggalkan ibu dan keluarganya setelah hampir 5 bulan berjuang dengan kanser otak yang sangat agresif.
Video yang ditayang masa konsert Hafiz Suip ini adalah video yang diambil oleh ibu Aariz yang berjanji hendak membawa artis kesayangannya menyanyikan lagu ini untuknya tetapi tidak kesampaian.
Pada 100 hari pemergian Aariz, Allah telah menemukan ibu Aariz dan Hafiz Suip di Plaza Merdeka. Lalu ibu Aariz memberitahu bahawa arwah Aariz peminat setia Hafiz.
Dan pertemuan ini membawa ibu Aariz dan keluarga nya ke konsert Hafiz Suip yang gilang gemilang ini dengan jemputan khas yang diberi oleh pihak pengurusan MCF Event.com.
Saya lah ibu Aariz dan kami sekeluarga amat terharu dengan jemputan ini. Namun luka di hati dengan pemergian anak tercinta tidak akan sembuh. Hanya pinta ibunya agar Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Sabar & Redha.
“TQ Hafiz Suip, ktk dh berlagu untuk arwah anak kmk seperti nok kmk janji ngan nya. Walaupun arwah dah xda tp kmk anggap consert tok hadiah hari jadi dari penyanyi kesayangan Aariz sbb nya lahir bulan Oct (22.10.17),” tulisnya menerusi Facebook.
Walaupun bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu dengan Hafiz, Siti Fairuz meluahkan rasa luka di hati atas pemergian anaknya tidak dapat diubati.
Namun ibu muda ini turut berterima kasih kepada Hafiz kerana telah menjemput mereka sekeluarga untuk menghadiri konsert itu bagi memenuhi hasrat Aariz dan bersempena dengan bulan kelahiran anaknya.
Menarik: “Kalau Ada Rezeki Tahun Depan”, Mira Filzah Mahu Tambah Anak Kedua!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Beg Tangan & Tudung, Orang Perempuan Memang Suka Hingga Terover! Ikuti Luahan Hati En Suami Ni!

Ada sesetengah wanita memang ter-over dan gila-gila luar biasa. Betulke? Senang cakap, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Dan jika dibaca artikel yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali di dalam Majalah Keluarga edisi Julai-Ogos 2018 ini, memang menarik!
Dan ini antara pandangan dan luahan hatinya sebagai seorang suami dan lelaki dalam melihat ‘kegilaan’ minat wanita. Jom baca.
Perihal beg tangan dan tudung bawal
Tanpa prejudis, memang selalu ada andaian bahawa isteri saya berlebih-lebih, sehingga ke tahap membazir. Saya bercakap mengenai tudung bawal!
Seingat saya, sejak mula kahwin, hingga sekarang – sudah lebih tiga dekad berkongsi tilam – perihal kain penutup kepala itu kerap menjadi isu. Ada ketikanya isu tersebut berlarutan sehingga dia tidak bercakap dalam kereta, dan menunjukkan muncung ikan todak di meja makan.
Saya ada sebab tidak suka dia melebih-lebihkan tudung. Sebenarnya bukan sahaja tudung bawal, tetapi ada macam-macam design tudung lagi. Antara yang saya ingat ialah tudung ‘awning’, tudung belit leher, tudung bonjol unta, tudung layang-layang. Nama-nama ini saya beri mengikut cara tudung itu dipakai.
Bagi saya semua tudung itu, tidak kira apa material, design, warna atau corak, fungsinya hanya satu: menutup aurat seperti yang diwajibkan.
Mengapa perlu ada bawal, pari, awning dan semua itu? Tidakkah lebih mudah sekiranya ada dua, tiga atau lebih-lebih pun lima helai?
Saya membandingkan diri sendiri. Tidak pernah saya ada lebih dari dua helai singlet. Basuh satu, pakai satu lagi. Jika sudah koyak dan berlubang di perut, saya pakai untuk berkebun. Selagi tidak berlubang sana-sini seperti roti jala, saya tidak akan beli yang baru. Betul-betul menepati pepatah ‘alah membeli, menang memakai’.
Tetapi, dia pun ada alasan. Katanya, orang lelaki tidak sama dengan orang perempuan. Orang lelaki tidak kira ‘trendy’, main bantai sahaja, asal boleh pakai.
“Tetapi kita orang perempuan lain,” katanya. Lain itu ertinya cara berhias dan berfesyen wanita tidak semudah sarung dan sangkut. Mesti ada tema. Kalau baju biru muda, tudung mesti biru tua. Kasut, beg tangan dan lain-lain aksesori pun mesti sesuai dengan tema.
Kalau tema merah, semua kena dekat-dekat dengan merah. Demikian juga jika kuning, kelabu tahi anjing dan sebagainya, mesti bertema. Katanya: “Kalau tidak bertema, nampak loklak!”
Saya memang tidak ambil kisah bab tema-tema. Seluar coklat, kemeja biru, stokin hijau tua pun kira okey. Loklak-moklak, apa yang penting selesa. Sebab hendak bertema-tema itulah yang pantang tengok tudung bawal, dia akan sambar. Hendak ke majlis rasmi, cari tudung baru. Makan kenduri kahwin, tudung baru.
Cari awning baru juga jika ada acara-acara tidak rasmi seperti kenduri masuk rumah baru, majlis berkhatan sepupu, hatta panggil kawan pejabat minum petang di rumah. Selalu dia bertanya pandangan saya – agaknya untuk mengambil hati – jika berkenan dengan satu-satu bawal: “Sesuai tak yang ni dengan saya?”
Tidak kira apa warna, apa jenama, jawapan saya sama dan selalu selamba: “Biasa jer…” Cuma sekiranya yang dia berkenan itu di luar kemampuan dompet, saya akan komen: “Tak sesuai langsung, loklak semacam!”
Dulu-dulu memang saya selalu membebel setiap kali dia merengek minta tudung baru. Tetapi sekarang sudah tua, saya mengikut sahaja, biar dia puas sanubari. Lagi pun tudung bawal adalah satu-satu kesukaannya sejak zaman asmaradana. Dia tidak pernah minta banglow mewah siap kolam renang, tidak juga emas berlian. Tambahan pula si bawal yang dia suka bukanlah dari jenama yang harga RM ribu-ribu. Waktu mula-mula kahwin dia sudah puas hati dengan tudung berharga RM10 atau RM15 sehelai.
Sekarang oleh sebab ada rezeki sikit, dan anak-anak sudah bekerja, dia memilih bawal atau l atau awning RM60 – RM70, lebih-lebih pun RM100. Ada juga pada hari-hari tertentu, seperti hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan, sengaja saya suruh dia sambar emak bawal RM300 sehelai. Katanya: “Tak mahal sangat ker?” Pulak!
Oleh sebab terlalu banyak, saya sendiri tidak pasti apakah dia ada masa dan kesempatan untuk memakai semua tudung-tudung yang beraneka itu.Apa yang saya pasti ruang baju saya di almari besar itu semakin sempit, sebab lebih banyak ruang digunakan untuk menggantung bawal. Sebab itu saya kata dia sudah terlebih!
Sesetengah wanita memang ter-‘over’ dan gila-gila luar biasa
Tetapi, rupanya bukan dia sahaja yang berlebih-lebih. Saya berbual dengan rakan-rakan sekerja wanita, dan rata-rata mempunyai perangai ter-‘over-over’.
Dalam kalangan wanita bekerja, ramai yang terlebih-lebih baju. Kalau boleh setiap hari dalam sebulan pergi ke pejabat dengan baju baru. Tidak mahu ulang pakai baju yang sama.
Maka saya tidak terkejut apabila seorang rakan wartawan memberitahu isterinya mempunyai tiga almari baju; boleh buka butik sendiri, dan boleh adakan SALE sendiri di rumah.
Alkisah ada juga wanita yang gila-gilanya pada pinggan mangkuk. Pantang ada ‘rumbungan Cik Kiah’ ke Langkawi dia mesti ikut sebab di Pulau Mahsuri itu dikatakan pinggan mangkuk memang murah. Ada macam-macam set minum petang, set makan malam, set sarapan, dan set-set makan lain. Tidak muat lagi untuk disimpan dalam almari, dia membuat satu stor khas hanya untuk menyimpan pinggan mangkuk yang bertimbun itu.
Minat paling teruk lagi menyeramkan yang pernah saya dengar, dan lihat sendiri, ialah kegilaan mengumpul pisau. Saya pernah berkunjung ke kediaman opah bercucu sembilan ini dan ditunjukkan satu lemari penuh dengan pisau.
Hatta, ada juga wanita yang tahap ‘ovr’-nya melampaui paras normal, hingga sukar untuk diterima akal. Dia memiliki sejumlah kira-kira 300 beg tangan. Dia mungkin boleh dimasukkan dalam ‘Book of World Records’ sebagai wanita paling banyak memiliki beg tangan. Dengan hanya dua tangan yang dikurniakan Allah, ramai tertanya-tanya bagaimana dan bila beg-beg tangan tersebut dapat digunakan.
Tambahan pula beg tersebut semuanya berjenama supermewah, harganya setiap satu bukan RM ribu-ribu,tetapi RM puluhan, dan RM ratusan ribu. Malah, ada yang harganya mencecah RM 1 juta.
Selain beg tangan yang nilainya jutaan RM itu, wanita ini juga meminati intan berlian, berkotak-kotak disimpan di dalam rumah. Setakat rencana ini ditulis, belum diketahui berapa nilai sebenar berlian yang banyak itu. Isteri saya memiliki 300 tudung bawal, harganya tidak lebih RM100 sehelai. Sedangkan ada orang memiliki 300 beg tangan mewah yang harganya setiap satu RM100,000.
Betullah, sesetengah wanita memang ter-‘over-over’!
sumber : Majalah Keluarga Julai-Ogos 2018