Kasih ayah sepanjang masa begitulah ungkapan yang biasa kita dengar apabila membayangkan kasih sayang seorang ayah kepada ahli keluarganya.
Malah ada yang sanggup berkerja lebih masa untuk memberikan kemewahan dan kebahagiaan buat ahli keluarga.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai kerajinan seorang ayah tetapi kena hadnya supaya keluarga tidak terabai.
11 Pesanan Buat Ayah Yang Rajin Bekerja
1 – Nak kerja “lebih masa” setiap hari boleh. Malah sangat di alu-alukan tetapi jangan sampai “tiada masa” langsung untuk bersama anak dan isteri.
2 – Seperti wang ringgit, masa pun ada harga dan nilai sendiri. Wang ringgit boleh di cari tapi masa tak boleh di cari ganti. Hargai masa sebaiknya.
3 – Kejar kerjaya. Kejar pangkat. Kejar gaji yang lumayan. Silakan kejar, tapi ingat jangan sampai keluarga yang di gendong berciciran sudah la.
4 – Jangan jadikan duit sebagai visi mencari rezeki. Duit itu hasil. Jika tercapai visi maka duit la ganjarannya. Visi yang baik mestilah mencari keredhaan Allah dan melaksanakan tanggungjawab pada keluarga.
5 – Baik atau buruk rezeki itu tak di tentukan pada pangkat dan darjat. Asalkan halal, pemungut sampah yang busuk itu pun lebih wangi rezeki dia berbanding mereka yang tidur di meja pejabat pada waktu kerja.
6 – Ingatlah kerja yang di buat sekarang ni tak menentukan keseluruhan asbab rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai rupa. Usah terlalu taksub dengan wang ringgit.
7 – Jangan mengeluh jika gaji tidak setimpal dengan kerja tapi mengeluh la bila gaji banyak tapi tetap tak pernah cukup. Ada kemungkinan rezeki bocor gara-gara tidak ikhlas bekerja.
8 – Rezeki ada dalam banyak bentuk. Badan sihat itu rezeki, anak baik pun rezeki, isteri rajin juga rezeki, jarang di timpa musibah pun rezeki. Berlapang dada la usah mengeluh.
9 – Jika setelah semua usaha dah di buat, kerja 7 hari seminggu pun sudah tapi masih belum dapat hasil yang diinginkan. Berhenti la. Berlapang dada la. Percaya kepada kudrat Allah SWT. Sesungguhnya kudrat Allah itu lebih berkuasa berbanding kudrat manusia.
10 – Pastikan niat bekerja itu betul. Niat mesti untuk utamakan yang wajib. Nafkah isteri, nafkah anak-anak, tempat berteduh, makanan, dan pakaian mesti di dahulukan sebelum benda-benda lain yang tak wajib.
11 – Rajin bekerja bagaimana pun di luar rumah, kerja hakiki jangan di lupa. Kerja hakiki suami ialah di rumah iaitu mendidik anak-anak, mendidik isteri, jadi ayah yang prihatin, suami yang penyayang dan paling penting jadi imam yang boleh memimpin.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Kerja adalah ibadah, keluarga adalah amanah. Mana satu lebih utama?
p/s : Dipersilakan share post ini kepada pasangan dan kenalan anda semoga dapat memberi manfaat.