Tidak dapat digambarkan bagaimana susah payah dan tabahnya ibu dan ayah ketika membesar dan mendidik anak-anak. Semua itu untuk pastikan agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Apatah lagi jika bukan seorang dua jumlah anaknya, tetapi 16 orang kesemuanya. Cukup luar biasa.
Untuk itu ayuh kita baca perkongsian daripada anak lelaki bongsu keluarga ini tentang rahsia dan prinsip yang dipegang oleh kedua orang tuanya.
Semoga dengan ini kita sama-sama boleh ambil sebagai pengajaran untuk kita mendidik anak-anak kita pula.
Ini perkongsiannya :
Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.
Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki.
Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yang sama uruskan ayah yang lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah
Ads
Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Tidak mengeluh
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ads
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Tidak berhutang
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Utamakan solat
Ads
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yang kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.
…………………………..
Ini kisah survival keluarga suami saya.
Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle.
Kita ibu bapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat.
Penat berjalan seharian mahupun berdiri terlalu lama mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki. Sakit tumit ini seringkali terjadi pada golongan wanita kerana gemar memakai kasut bertumit tinggi ataupun memakai rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama.
Ia mengakibatkan rasa bisa, berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.
Berikut merupakan antara petua yang boleh dicuba bagi merawat sakit tumit ini dan dipercayai mampu menangani masalah ini.
Bahan-bahan:
1 kilo garam kasar
Kuali
Kain / tuala bersih
Cara membuat:
1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Info Ekstra!
Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih sayang ibu ayah buat anak tiada galang ganti. Apa kesusahan anak, ibu ayah tetap akan berusaha memberikan yang terbaik.
Begitulah sikap ibu ayah menyediakan keperluan buat anak-anak tanpa berkira asalkan anaknya bahagia.
Begitu dengan perkongsian lelaki ini meruntun jiwa yang membuktikan orang tua sanggup berkorban demi anak ketika susah.
Test pinjam RM10,000 sahaja. “Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?” Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia. Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat “wayang” pasal nak pakai duit untuk hospital,
ini respon yang isteri dia bagi: 1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam. 2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000. 3. Kesimpulannya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu. Okay beralih kepada orang terpilih kedua. Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.
Pendek cerita, respon bff: 1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar. 2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah. Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000. Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong. Siapa orang terakhir dia call ni? Mak dia.
Respon mak dia:
Gambar sekadar hiasan
1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena ‘penyakit’ tapi tak bebel banyak macam isteri dia. 2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000. 3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna. 4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia. Selesai ‘cabaran’ kawan aku ni, meleleh air mata aku woih.
Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir. Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak. Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu.
Sumber: Faim Yusof
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Rumah tangga kita, kitalah yang perlu mencoraknya bagaimana ia perlu berlangsung dengan baik. Namun jangan dibiarkan hilang serinya biarpun telah lama berumahtangga.
Periksa semula masih adakah rasa saying, gurau senda dalam rumah tangga? Ini yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin. Jom periksa semula rumah tangga kita.
Hilangnya seri dalam rumah tangga.
Bila kita dah tak lagi bergurau senda dengan pasangan, bila kita dah tak lagi bergelak ketawa dengan pasangan, bila kita dah tak lagi bermanja dgn pasangan, bila kita dah tak lagi bercerita bertukar pandangan dgn pasangan, bila kita dah tak lagi berkongsi perasaan dengan pasangan, maka disaat itulah SERI di dalam rumahtangga kita sebenarnya dah HILANG.
Kau kau, aku aku…kau dengan cara kau, aku dengan hal aku.
Masing-masing ada kehidupan sendiri walaupun tinggal sebumbung. Masing-masing bawak hal sendiri walaupun tidur sekatil.
Komunikasi dan kemesraan seperti pasangan lain itu tiada dalam rumahtangga yang dah hilang serinya.
Seri dalam rumahtangga tu apa…?
Kemanisan berumahtangga, rumahtangga yang penuh dengan gurau senda, gelak ketawa. Isteri manja dengan suami, suami melayan karenah isteri. Usik mengusik sesama suami isteri.
Beratnya tanggungjawab dan banyaknya kewajipan tidak akan menghalang kita untuk menjadikan rumahtangga kita itu BERSERI-SERI.
Namun, pudarnya rasa, kuatnya pendam perasaan dan banyaknya bebanan yang akan mengakibatkan SERI itu semakin hilang.
Ada yang mgkin kata, sebelum kawin takpelah nak buat semua tu, bila dah kawin mesti lain. Sebenarnya, kita ni perlu sentiasa bercinta dan menyayangi pasangan, bukan ketika tak dapat lagi dan sebelum kawin sahaja.
Nature hidup berpasangan memang perlu ada rasa antara kita dan dia. Kalau tiada rasa, maka kehambaran hubungan akan terasa.
Check balik, adakah rumahtangga kita masih ada SERI…?
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.