Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, pepatah yang sesuai dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil perniagaannya sehingga tabungannya mencecah sekitar 167 juta rupiah (anggaran RM48,904).Perkongsian ini di muat naik oleh CNN Indonesia berkongsi tentang peniaga makanan bergoreng di Bulukumba, Sulawesi Selatan bernama Eril itu dikatakan menyimpan wang keuntungan berniaga sejak Oktober 2020 yang lalu.
Hasil sisihan keuntungan daripada warung gorengannya, Eril berjaya memperoleh simpanan sekitar RM48,904 selepas membuka tabungnya pada September baru-baru ini.
Menerusi video dikongsikan pemuda itu di laman TikTok, dia bersama ibu bapanya mengira wang tabungan yang disimpan di dalam tong di rumah mereka.
Di dalam video berkenaan, kelihatan pemuda itu menangis gembira atas kejayaan menyimpan wang tersebut dalam tempoh 11 bulan sahaja.
Berkat usaha gigih dan bijak menyimpan inilah hasilnya. Sangat berinspirasi cara pemuda ini.
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi dia yang menentukan segalanya.
Kegembiraan bergelar ibu dan ayah hanya seketika bila mana isteri tersayang pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan, arwah tidak sempat menatap wajah si kecil.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh saudara Izrul Mat Taib apabila isteri tersayang tidak sempat melihat anak sulung mereka membesar kerana di jemput Ilahi selepas 40 hari melahirkan.
Allahyarhamah Norehan Zainal dikatakan meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung tanpa melihat anak mereka, Annur Ayesha.
Baru-baru ini (8 September ), pasangan ini sepatutnya menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat kali kedua.
Namun, mereka hanya mampu merancang, biarpun tidak dapat menyambut bersama isteri tersayang, saudara Izrul membawa anak kecil mereka ke pusara arwah isterinya.
Hari ni ulang tahun perkahwinan kita syggg yg ke 2thun..sdih xdpt smbut ngan awk tahun lpas pon kita smbut biase2 je awk ckp xpe tahun dpn kita smbut bertiga meriah skit sbb ade ank tapi tahun ni kita smbut at sni je cme alam kita berbeza…
Kadang hati ni rasa redha kdg x sy sygggg awk sngt2 trbyang2 awk ade lagi ngan sy…da lame nk mlwat awk tapi hari ni sy ambk cti nk bwak ayesha jmpe awk sbb hari ni ulang tahun perkahwinan kita…..
kdg sy rasa down sngt2 tapi hdup prlu dtruskan hrap awk damai la dsana dan smga awk dtmpatkn dklngan org beriman smga suatu hari nnt kita dpt berkumpul kluarga kcik kita nnt d syurga……
Sy ngan ayesha syggg awk sngt2….awk sntiase dhati sy love u sygggg
#8-9-18
#8-9-2020
#ulangtahunperkahwinanke2
#sytetapsygggawk
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berwaspadalah bila bercadang melancong ke luar negara. Jika anda sering melakukan perjalanan melalui udara, berhati-hati dengan jiran tempat duduk yang mesra dan terlebih ramah.
Ini kisahnya moga menjadi iktibar supaya tidak terjerat dengan penjenayah yang mengambil kesempatan. Akhirnya diri kita menjadi mangsa.
Seorang wanita yang agak berumur datang dan duduk di sebelah saya di dalam pesawat. Dia meminta saya membantunya memasukkan begnya ke dalam ruang bagasi atas.
Tetapi seorang lelaki yang duduk di seberang dengan cepat datang. (Saya tidak terlalu tinggi dan ruang bagasi atas adalah sesuatu yang saya memang elakkan.)
Segera dia duduk dan memulakan perbualan. Dia sangat mesra dan bercakap dengan baik. Jadi kami berbual sepanjang penerbangan ke Dubai.
Tiba-tiba, apabila juruterbang mengumumkan bahawa kami sedang memulakan perjalanan ke DXB, kawan baik baru saya ni ‘mengalami’ sakit perut. Saya dengan hati yang baik, menekan butang pramugari, dan pramugari datang untuk menanyakan apa masalahnya. Saya memberitahu beliau tidak sihat.
Dan wanita ini, dia tiba-tiba mula memanggil saya sebagai ‘my daughter’. Pramugari memberitahu saya bahawa tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali memberinya beberapa ubat penahan sakit dan tunggu sehingga kami mendarat.
Juruterbang mengumumkan bahawa kami mengalami kecemasan perubatan di atas kapal dan menasihatkan kami semua untuk bertenang. Kawan baru saya menangis dan berpeluh gila. Dan dia enggan melepaskan tangan saya… semua orang menganggap kami mengenali antara satu sama lain.
Jadi kami mendarat di DXB dan lelaki yang sama yang membantu meletakkan bagasinya di ruang atas mengeluarkan bagasinya. Tetapi semasa dia mengeluarkan bagasi, dia menasihati saya supaya menjauhkan diri daripada wanita ini dan menjelaskan kepada kru kabin bahawa kami TIDAK pergi bersama.
Oleh itu, kru kabin datang dan bertanya kepada saya sama ada kami mempunyai pertalian persaudaraan, saya memberitahu mereka bahawa kami baru sahaja bertemu di dalam pesawat. Saya tidak mengenalinya langsung. Jadi kami mula berlepas dan semasa saya mengucapkan selamat tinggal dia terus merayu saya untuk membawa beg tangannya.
Saya sangat berbelah bagi… tetapi lelaki itu memandang ke dalam mata saya dan dengan tegas menggelengkan kepalanya. Dia memberikan saya nota yang memberitahu saya untuk membiarkan kru kabin mengendalikannya.
Jadi saya keluar dari pesawat dan meninggalkan ‘kawan baru’ saya untuk menunggu kerusi roda dan dikendalikan oleh kru kabin dan berasa sangat bersalah.
Semasa kami menunggu bagasi kami datang, saya mendengar kekecohan ini. ‘Kawan baru’ saya sedang berlari, cuba melarikan diri dari krew kabin, dan bangun dari kerusi roda! Dia meninggalkan pramugari dengan beg tangannya dan hanya berlari ke arah pintu keluar dengan baki bagasi tangannya! Nasib baik polis lapangan terbang lebih laju daripada dia.
Mereka menangkapnya dan membawanya kembali dalam keadaan bergari. Wanita ini mula memanggil saya.. my daughter… my daughter!.. bagaimana tergamak lakukan ini kepada dia….. baru saya tahu. Dia membawa d_a_d_a_h dan dia cuba mengaitkan saya!
Nasib baik bagi saya, lelaki yang membantunya membawa bagasinya tampil ke hadapan dan memberitahu polis lapangan terbang bahawa saya dan dia baru sahaja bertemu di dalam pesawat.
Polis mengambil pasport saya dan memintanya mendedahkan nama penuh saya jika benar kami melancong bersama. Dengan izin Tuhan, saya tidak memberitahunya nama saya! Saya masih diminta untuk mengikut polis ke bilik kecil di mana saya disoal siasat secara terperinci. Di mana saya bertemu dengannya?… di mana saya board… di mana dia board. Dan lain-lain… Dan bagasi saya telah banyak diselongkar dan diperiksa untuk cap jari.
Mereka membersihkan semua bagasinya dan cap jari saya tidak ditemui di mana-mana pada bagasinya atau pada beg tangannya!
Saya dilepaskan dengan nasihat jangan sekali-kali menyentuh bagasi sesiapa sama ada dalam penerbangan atau di lapangan terbang. Jadi mulai hari itu, saya tidak kisah berapa banyak bagasi yang kamu ada, kamu akan uruskanlah sendiri.
Saya tidak akan menawarkan kamu troli untuk meletakkan bagasi anda! Bagasi kamu… masalah kamu…. itu polisi saya. Dan jika kamu tidak dapat mencapai ruang atas, dan saya adalah orang yang terdekat, sila hubungi kru kabin! Pengajaran untuk semua yang kerap mengembara menggunakan pesawat udara.
Moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Sumber: Learning Petals via Malaysia Chinese News.
Kalau anak tidak sihat tentunya orang yang paling risau kitalah sebagai ibu bapa. Tak duduk senang dibuatnya bila lihat suhu badan anak tinggi hingga mencecah suhu 39 C. Kalau boleh ingin segera diberi ubat agar cepat sembuh sepertimana saranan doktor.
Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh doktor ini berkenaan sikap segelintir ibu ayah yang juga merupakan kawannya, tidak membenarkan ubat demam dimasukkan melalui punggung dek kerana ada tanggapan yang salah berkenaan ubat tersebut.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Baru-baru ni, kawan saya dari Selangor hubungi saya. Dia kata anak dia demam tinggi dan tak kebah-kebah. Bila pergi ke klinik, rupanya positif jangkitan Influenza.
Doktor tu nak bagi ubat demam melalui punggung tapi kawan saya ni tak bagi.
“Aku dengar bahaya bagi ubat demam melalui punggung. Betul ke?”
Saya kata gini.
Ada 2 jenis ubat demam yang selalu diberi melalui punggung ni.
Yang pertama namanya Paracetamol.
Bila Paracetamol diberi melalui punggung, kita panggil ia sebagai Suppository Paracetamol.
Nama pendek dia Supp. PCM.
Yang kedua, namanya Diclofenac dan ia dibawah kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drug).
Diclofenac pun boleh diberi melalui punggung dan nama pendeknya ialah Supp. Voren.
Ada 1 kajian yang diterbitkan di Jepun. Dia dapati kadar kematian meningkat bila ubat Diclofenac diberi pada pesakit yang positif jangkitan Influenza.
Jadi, dah jelas yang kita tak boleh bagi Suppository Diclofenac kalau positif jangkitan Influenza.
Saya nasihatkan dia untuk guna Supp. PCM sahaja.
Dos untuk Supp. PCM, kiraannya macam ni:
Selalunya, Supp. PCM datang dalam dos 250mg.
Jadi kalau anak umur setahun, boleh patahkan ubat Supp. PCM jadi dua dan beri separuh.
“Separuh lagi tu kau simpan. Lagi 6 jam, kau bagi lagi separuh tu kalau masih demam.”
Maksimum boleh bagi Supp. PCM 4 kali sehari dan ubat ni tak boleh ditelan. Kalau masih tak sihat, saya minta dia bawa ke klinik lagi.
Di hujung perbualan tu, kawan saya cakap
“Kita yang dewasa ni kalau demam, senang sikit.”
Saya tanya dia, dah kenapa pula senang.
Dia jawab gini.
“Kita demam, pergi ambil MC dah terus baik. Hahaha!”