Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya. Demikian juga air tangan isteri.
Meski pun apa yang dimasak itu ringkas saja tapi disebabkan ia diolah dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus maka tatkala anak dan suami menikmatinya ia terasa enak sekali.
Dorongan memasak seorang ibu juga bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Yakni untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anak.
Sebab itulah walau penat pulang dari kerja petang hari, seorang ibu akan tetap memasak untuk keluarganya.
Masakan dari seorang ibu juga adalah petua berkesan untuk mengeratkan kasih sayang. Malah semasa memasak turut ibu boleh melakukan usaha untuk melembutkan hati anak dan suami.
Berikut adalah amalan yang boleh ibu praktikkan .
1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
2. Baca doa ketika masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Ads
3. Ketika mengambil beras baca surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4. Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5. Semasa memotong sayur atau daging bacakan surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud;
“Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”.
Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
Ads
6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7. Apabila meletak kuali atas dapur ibu boleh membaca doa dari surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
8. Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
9. Sewaktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri mengikut sunnah.
Ads
10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Sumber: Petua Ibu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pening kepala memikirkan bagaimana nak suburkan tanaman? Bagi ibu-ibu yang suka berkebun dan bercucuk tanam, melihat tanaman subur menghijau dan merimbun tentu suatu kepuasan.
Namun nak suburkan tanaman sayur dan semua sejenis tanaman di rumah pun ada rahsianya. Kali ini mak-mak boleh cuba menggunakan cara ini. Semburan oraganik!
Ini caranya
Resepi semburan organik. Racun pokok organik sesuai untuk semua tanaman.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 cili padi
Seinci halia
300ml air
1 sudu minyak masak
1 sudu sabun basuh pinggan
Cara-cara:
Blend semua bawang putih, cili & halia bersama air. Tapis. Campurkan dengan minyak dan sabun. Kacau- kacau, simpan 24 jam. Tambah air nisbah 1:4 sebelum menyembur. Lagi lama simpan lagi berkesan. Selamat mencuba.
SEBELUM
tengok ni haa, hitam tak dak rupa daun
SELEPAS
woww hasilnya. yang ni saya sembur 2 kali saja. selang seli (contohnya harini dan lusa)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila masuk bulan ramadan ni, tak dinafikan sesekali pasti akan teringat kenangan bersama yang tersayang. Lebih-lebih lagi bagi orang yang sudah tiada meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Baru-baru ini, penyanyi lagenda, Datuk Hattan ada meluahkan rasa rindu kepada ibunya memandangkan sekarang kita berada di bulan yang mulia, malah memberi cadangan untuk adik beradik berkumpul untuk membersihkan dan menziarah kubur mereka yang sudah pergi.
Bukan cuma itu, perkongsian berbentuk video yang dimuat naik di laman instagram miliknya itu juga terselit pesanan kepada orang di luar sana yang amat menusuk kalbu lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan seorang ibu.
Dalam video berdurasi 1 minit itu, Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin berkata sekiranya si anak telah menjatuhkan air mata ibu, maka dengan itu segala kemewahan yang dimilikinya langsung tidak bermakna.
“Ibu kita ni jangan sesekali pun kita menitikkan air matanya. Kalau terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita.
“Tak kisah macam mana tinggi pun kita berdiri di muka bumi ni, tapi kita mengguriskan hati ibu, baik pergi minta ampun.
“Kalau jatuh kebawah, sakit. Macam mana berjaya pun tak ada makna. Sebab apa? Dalam masa 24 jam semua benda boleh hilang dalam sekelip mata.
“Banyak kali dah terbukti benda macam ni. Percayalah cakap saya. Emak kita ini adalah segala-galanya untuk kita. Kena ingat tu,” pesannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat peribadi pelantun lagu ‘Gadis Jolobu’ ini. Malah, ada yang mengatakan bertuah bagi sesiapa yang masih ada ibu dan jangan pernah abaikan mereka demi orang lain.
Di sebalik kegembiraan anak-anak dapat pakaian baru, beg sekolah, kasut dan sebagainya ketika melangkah ke sekolah, namun ada lagi insan yang serba kekurangan. Jangankan nak beli yang baru, yang lama pun terpaksa dikongsi.
Tetapi niat untuk belajar dan menimba ilmu tetap ada dan itu yang patut dipuji dan dijadikan contoh buat anak-anak yang lain.
Seorang guru menerusi catatannya berkongsi pengalaman seorang pelajar yang berkongsi kasut dan seluar milik abangnya kerana tidak mampu beli yang baru.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan menerusi facebook Mohd Nasir Mohd Zain yang juga merupakan seorang guru.
Mengalir air mata bila lihat ada lg yg dhaif. Lihat dari jauh kenapa budak ni jalan tak amgkat kaki.. dan tangan pegang seluar.. bila panggil dan pergi dekat..tanya dia awat tak angkat kaki : kasut besar ustaz kasut sape ni: kasut abg sek men
awat pegang seluar: takut terjatuh seluar abg
emosiku dijentik pg ni..
Kasut dan seluar pakai milik abg yang dah ke sek men. Kita bawa dia ronda2 dan belikn semua baru.
Ada nampak keceriaan diwajah.
Azam 2019
Membahagiakn seramai mungkin orang.
Itu antara catatan yang dimuat naik guru ini. Rata-rata yang membaca mengakui cukup tersentuh hati dengan sikap prihatin guru berkenaan yang membantu budak ini untuk menceriakan zaman persekolahannya.
Zaman persekolah adalah zaman manis untuk dikenang! Tidak kiralah berada di asrama sekolah, kolej atau universiti, sudah pastinya momen itu manis! Bak kata sesetengah orang, dunia belajar ni momen sangat manis.