Secara umumnya, cecair antiseptik pembersih mulut digunakan untuk berkumur demi memastikan kebersihan bahagian ini lebih sempurna.
Namun begitu, melalui perkongsian Shairy Hanapiah beliau mendedahkan ada banyak lagi kegunaan cecair ini selain mencuci mulut. Memang awesome!
1. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika rasa malas hendak basuh tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit cecair pencuci mulut. Kemudian, tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Cecair tadi akan menyerap bau tersebut.
2.Membasmi kuman pada mangkuk tandas
Cecair antiseptik ini bukan hanya boleh membasmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Caranya, tuangkan sedikit dan sental mangkuk tandas dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
3.Bersihkan skrin tv atau monitor komputer
Caranya semburkan sedikit cecair pembersih mulut ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
Ads
4. Membasmi kuman pada berus gigi
Berus gigi sering digunakan untuk menghilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tapi bagaimana pula jika berus gigi yang digunakan itu pula berkuman? Tuangkan sedikit cecair antiseptik ini ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam ia membantu mematikan segala kuman dan bakteria yang ada.
5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan cecair pembersih mulut ini dengan air dan semburkan ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Ads
Bagi anak-anak kecil yang sering digigit nyamuk atau semut. Boleh sapukan sedikit cecair ini di bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
7. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika telah mencuba pelbagai produk pencuci muka namun tidak berkesan, boleh cuba gunakan cecair antiseptik pula.Caranya, sapukan sedikit cecair ini ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Hasilnya, jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.
8. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Ads
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Ia akan menghilangkan bau busuk dan memberikan bau yang lebih segar.
9. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan cecair antiseptik ini secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya.
Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Apa yang penting ia lebih menjimatkan daripada membayar rawatan bagi kulit kepala di salun.
10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan cecair ini ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ingin bercucuk tanam sepokok dua di tepi rumah tidak semestinya memerlukan ruang tanah yang luas. Bahkan jika tiada laman sekali pun anda sebenarnya boleh lakukan hobi bercucuk tanam dengan menggunakan kaedah tanaman di dalam polybag.
Polybag itu sebenarnya adalah bekas plastic yang dibuat khusus sebagai bekas tanaman. Buat yang belum biasa menanam menggunakan polybag ini, ada baiknya fahami cara penyediaan tanah untuk pastikan tanaman yang ditanam dapat hidup dengan subur. Ini kerana penyediaan tanah yang bagus penting untuk tanaman.
Sebagai panduan ayuh kita pelajari daripada perkongsian saudara Azuan Abdullah.
Ini cara kami isi cocopeat dalam polibag.
Bahan-bahan:
Polibag 15″ x 14″
Cocopeat
Baja basafic
Nak guna polibag lagi besar pun boleh. Tak ada masalah. Cuma banyak la guna cocopeat nanti.
Lipat bahagian atas lebih kurang 2-3 inci.
7 hari sebelum tanam.
Isikan cocopeat ke dalam polibag tadi. Tak perlu penuh, memadai 3/4 dari tinggi polibag je. Lepas tu flushing/basuh polibag dengan air kosong. Eloknya buat 3 hari turut-turut.
4 hari sebelum tanam.
Masukkan 20 gram baja basafic ke dalam polibag. Gaulkan dengan cocopeat.
Bila semua dah siap gaul, baru atur polibag dipetak tanaman. Drip air setiap hari hingga hari tanam.
Setiap orang berbeza cara dan pendekatan dalam menjaga kesihatan diri. Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan. Nak sihat kena amalkan makanan sihat dan seimbang.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau ada cara tersendiri. baru-baru ini dalam satu temu bual, beliau berkongsi tip pemakanan yang diamalkannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.
Rupa-rupanya setiap hari beliau mengambil empat biji telur setengah masak dengan roti bijirin penuh atau wholegrainsebagai hidangan sarapan.
“Kalau kita selalu bersenam pun kalau tak jaga makan, susah juga.
“Contoh, setiap pagi saya akan ambil empat telur setengah masak dan roti bijirin penuh,” kata Syed Saddiq dalam Agenda AWANI.
Selain sarapan yang lengkap, menteri kabinet paling muda di rantau Asia ini memilih untuk mengurangkan nasi dalam hidangan makan tengah hari dan malam.
“Saya juga sedang berusaha keras untuk menjauhkan diri daripada minuman berkarbonat,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cantik dengan solekan hanya bersifat sementara sahaja. Bila solekan di tanggalkan barulah rupa sebenar yang terlihat. Masa tu barulah boleh lihat kecantikan sebenar seorang wanita.
Selain mengamalkan penjagaan kulit wajah dan secara keseluruhannya dengan menjaga pemakanan dan pengambilan makanan tambahan, tak salah juga kalau kita nak cuba pelbagai petua. Biarlah seiring petua dan pemakanan. Baru hasil nampak lagi mantap!
Dua kaedah guna bahan semulajadi ini boleh kekalkan kecantikan sebenar kulit kita. Malah paling penting membantu mengatasi pelbagai masalah lain. Jom amalkan sama-sama.
Betik Rawat Kulit Mati
Macam tak percaya dengan kuasa betik ni. Tapi itulah hakikatnya. Kalau nak tahu, betik adalah antara bahan alami yang digunakan untuk mencantikan kulit. Ia boleh menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah jerawat. Tapi macam mana nak cantikkan kulit dengan betik ni? Ikut petua ini.
Bahan-Bahan:
Betik
Air mawar
1. Pilih betik yang masak ranum.
2. Lenyek betik sehingga halus.
3. Tuangkan sedikit air mawar dan gaulkan lagi hingga sebati.
4. Kemudian lumurkan dan gosok perlahan pada wajah. Lakukan amalan ini setiap hari.
Rawat Mata Sembab
Tak hanya betik, kentang yang selalu kita gunakan dalam masakan pun ada banyak kelebihannya. Kentang paling berkesan merawat masa sembap. Nak rawat macam mana?
Bahan-Bahan:
Kentang
1. Gunakan ubi kentang yang segar.
2. Hiris nipis ubi kentang dan letakkan potongan tersebut di atas mata selama beberapa minit.
3. Basuh dan bilas muka dengan bersih.
4. Lakukan proses ini berkali-kali hingga mata kembali pulih.
Tak susah bukan? Kalau kita perasan memang banyak produk kecantikan menggunakan dua bahan ini sebagai bahan utama. Itu membuktikan kedua bahan ini memang terbaik dan mujarab. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.