“100 Kg Durian Goreng Laku Terjual Dalam Sehari…”-Dapat Pulangan Lumayan, Guna Bancuhan Resipi Ibu

Share

Rezeki tidak pernah salah alamat, sedang ramai peraih dan peniaga yang terkesan dengan harga durian yang jatuh akibat berlakunya lambakan raja buah tersebut namun berbeza kisahnya bagi seorang lelaki ini  yang dikenali sebagai Suhaimi Azimi, 39 tahun.

Keputusannya untuk menjual durian goreng, siapa sangka mendapat permintaan yang luar biasa dan akhirnya memberi pulangan lumayan kepada peniaga durian ini.

Memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, Gerai yang beroperasi dengan nama Kedai buah-buahan Cik Bunga di Jalan Besar Bercham bersebelahan Taman Sri Kurau, di sini, mula tular kerana keistimewaan isi durian yang terus digoreng bersama bijinya.

Lambakan Durian 

Suhaimi berkata, idea itu tercetus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengakibatkan hampir 80 peratus buah duriannya tidak terjual.

“Dalam tempoh PKP ini lambakan buah durian terlampau banyak, kalau dahulu sekurang-kurangnya 500 kilogram (kg) buah durian terjual setiap hari tetapi sekarang hendak jual 100 kg pun susah.

“Saya tidak dapat lagi menghantarnya ke bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor, malah harga juga jatuh teruk sehingga RM3 sekilogram berbanding RM20 sebelum ini.

“Jadi, saya bersama rakan terfikir untuk mencuba sedikit kelainan dengan menggoreng isi durian terus bersama bijinya, syukur cubaan kami menjadi dan mendapat sambutan. Sekurang-kurangnya sebanyak 100 kilogram durian yang digoreng itu laku terjual dalam sehari,” katanya.

Resipi Ibu

Menurutnya, banyak usaha sudah dilakukan untuk mempelbagaikan menu yang berasaskan durian untuk memikat hati sesuai dengan selera atau tekak pelanggan.

“Sebelum ini saya ada cuba membuat pelbagai variasi seperti cucur durian, durian crepe, kek ‘topping’ isi durian, dorayaki dan sebagainya demi untuk mengatasi lambakan buah durian itu,” katanya.

Katanya, dia mendapat bekalan durian dari Kuala Kangsar dan Batu Kurau serta menggunakan isi durian kampung bagi menghasilkan durian goreng untuk dijual kepada pelanggan.

“Saya menggunakan bancuhan tepung resipi yang diwarisi daripada ibu, sepertimana cempedak goreng saya mencelupkannya ke dalam bancuhan dan kemudian digoreng sehingga kuning keemasan.

“Bagi saiz besar saya menjualnya sebanyak RM1 seketul, manakala bagi saiz kecil pula RM1 untuk dua ketul,” katanya.
Menurutnya lagi, gerainya beroperasi bermula jam 12 tengahari sehingga jam 7 malam pada hari Selasa hingga Ahad.

“Setiap hari pada sebelah pagi kami akan mula pergi mendapatkan bekalan daripada peraih, ini bagi memastikan pelanggan benar-benar dapat merasai nikmat isi durian goreng yang sedap dan segar,” katanya.

Promosi Di Media Sosial

Katanya, selain itu, bagi merancakkan hasil jualan menu itu turut dipromosikan di dalam pelbagai medium media sosial.

“Selain daripada menu istimewa durian goreng, dalam masa yang sama kami turut menjual cempedak goreng, durian crepe dan pelbagai buah-buahan tempatan di gerai itu agar pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan,” katanya.

Sumber: myMetro 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club