10 Tahun Rumah Arwah Ibu Kosong, Kini Diubahsuai Jadi Tempat Berkumpul Adik Beradik Yang Mewah!

Share

Rumah teres tahun 70an ini berubah wajah selepas di renovate dan di beri sentuhan dekorasi oleh pemiliknya yang berkongsi foto di akaun fb Farziehan Surf. Mendapatkan kisah selanjutnya, kami menghubunginya dan ini perkongsiannya.

Ni adalah rumah pusaka arwah ibu saya. Sudah 10 tahun rumah tersebut tidak berpenghuni. Ayah pula tinggal di rumah lain setelah berkahwin dengan ibu tiri saya. Jadi rumah ni dah lama kosong. Rumah ini di Sg Petani Kedah, jenis teres setingkat. Tapi sekarang rumah ini dah dipindah ke tangan saya.  Semua adik beradik dah ada rumah masing-masing.

3 bulan kerah idea

Deco sendiri oleh saya, 3 bulan saya kerah idea impian nak jadikan rumah lama arwah ibu ini macam kondo mewah di KL. Akhirnya siap juga hari ini.inilah hasilnya Alhamdulillah syukur.

Tempat berkumpul adik beradik
Tahun ni baru saya sempat nak baik pulih rumah ini. Mungkin ada sentimental value pada saya. Saya lahir di rumah ini dan membesar di rumah ini. Kebetulan adik beradik cadang supaya di baik pulih, senang nanti buat tempat berkumpul ramai-ramai bila raya atau kenduri.
Kos keseluruhan renovate dan deco hampir 140k. Saya suka konsep moden klasik..sebab jika konsep moden bagi saya agak “keras” sedikit..tapi jika dimasukkan unsur klasik ia ada kelembutan dalam sentuhan deco itu..mcm konsep rumah ini,moden tapi masih diblend dengan unsur kayu,fabrik,deco berunsur bunga2 besar dan daun2 hijau..
Konsep Kondo
Dlm ubai suai perlu tahu apa yg tuan rumah mahu..mahu jadikan rumah itu utk apa?? Bagi saya rumah ini sya nk jadikan macam rumah santai hujung minggu atau rumah konsep kondo dengan sentuhan gaya moden klasik.sbb itu bilik saya buang 1..asal 3..luaskan ruang tamu..dan buang bilik 1 diatas loteng..utk nampak ia simple dan cantik dan mudah untuk diselenggara.
Dan dalam deco rumah perlu tahu apa konsep yang nak kita tampilkan. Jangan gopoh dalam cari brg2 deco..konsep tak boleh caca merba..walaupun saya tiada ilmu atau pelajaran yg khusus dalam interior design tapi disebabkan minat dari sekolah sya belajar dari sumber dan pic pic ID di internet atau google saja.
Untuk perabot saya banyak beli dari SSF dan juga IKEA.Jenuh juga berulang alik pergi ke sana untuk cari barang dan konsep yang kita nak.nasihat saya nak deco perlu sabar cari barang.jangan gopoh gapah.sebab deco perlu ada konsep.bukan main tibai ja.