Sejak kita kecil, ibu ayah sanggup berkorban apa sahaja untuk membesarkan dan menyediakan keperluan anak-anak.
Namun, ada segelintir anak tidak menghargai pengorbanan itu.
Sebagaimana perkongsian seorang Dr Ahmad Firdaus yang mendedahkan sikap segelintir anak-anak yang tidak menghiraukan ibu ayahnya yang terlantar sakit dan sengaja meninggalkannya di hospital.
Lebih ketara apabila tiba hari raya. Katanya kemasukan warga emas meningkat apabila menjelang hari mulia itu.
Namun katanya lagi, bukan semua warga Emas yang dimasukkan ke wad ketika perayaan akibat tidak disayangi. Ada yang betul-betul dimasukkan ke wad kerana anak-anak ikhlas ingin menjaga kesihatan ibu bapa.
ANAK TAK HIRAU IBU AYAH SANGGUP TINGGALKAN DI HOSPITAL
Masa saya kerja di hospital dulu, setiap kali musim perayaan mesti akan ada peningkatan kemasukan Warga Emas ke wad. Tak kisah la Hari Raya Aidilfitri, Raya Cina, Deepavali atau Christmas. Trend sama sahaja.
Kisah Warga Emas yang dikejarkan ke hospital juga sama. Tidak kira bangsa dan agama. Si Ibu atau Ayah akan dibawa ke kecemasan oleh salah seorang anak. Biasanya dikatakan ibu bapa mereka amat lemah, ada cirit birit, batuk berpanjangan atau lemah akibat tak mahu makan.
Dari raut wajah Warga Emas ini, kita dapat lihat kesedihan yang dialami. Mereka tahu, mereka dibawa ke hospital bukanlah atas sebab kasih anak kepada ibu bapa. Mereka sedar yang anak mereka bukan hiraukan tentang kesihatan mereka.
Dari saat mereka dibawa ke hospital, mereka tahu yang mereka akan ditinggalkan berseorangan di wad di hospital dan hanya akan mendapat perhatian dari doktor dan jururawat. Mereka tahu tiada seorang pun anak-anak mahukan sanak saudara yang akan melawat.
.
Sejurus selepas Warga Emas ini dimasukkan ke wad, anak-anak mereka akan menghilang. Apabila jururawat atau doktor ingin menelefon waris untuk memaklumkan ibu atau bapa mereka sudah sihat untuk dibawa pulang, tiada satu pun panggilan dijawab. Kalau dijawab pun, seribu satu alasan diberi untuk tidak mengambil pulang ibu atau bapa mereka. Sehinggalah musim perayaan berakhir.
Ini yang saya perhatikan semasa saya bertugas di hospital hampir 10 tahun lalu. Hospital awam dijadikan sebagai “dumping ground” Warga Emas sementara anak-anak beraya sakan di musim perayaan.
Harapnya ia bukan lagi sesuatu yang biasa di hospital. Harapnya sudah ada kesedaran dikalangan masyarakat untuk menjaga ibu bapa mereka dengan baik.
Menjelang Syawal ini, saya doakan anak-anak dan saudara mara pulanglah ke kampung halaman dengan selamat. Raikanlah ibu bapa anda. Kita tak tahu bila mereka akan pergi selamanya.
Sumber: Dr Ahmad Firdaus
Ex ED MO
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club