Sejak kita kecil, ibu ayah sanggup berkorban apa sahaja untuk membesarkan dan menyediakan keperluan anak-anak.
Namun, ada segelintir anak tidak menghargai pengorbanan itu.
Sebagaimana perkongsian seorang Dr Ahmad Firdaus yang mendedahkan sikap segelintir anak-anak yang tidak menghiraukan ibu ayahnya yang terlantar sakit dan sengaja meninggalkannya di hospital.
Lebih ketara apabila tiba hari raya. Katanya kemasukan warga emas meningkat apabila menjelang hari mulia itu.
Namun katanya lagi, bukan semua warga Emas yang dimasukkan ke wad ketika perayaan akibat tidak disayangi. Ada yang betul-betul dimasukkan ke wad kerana anak-anak ikhlas ingin menjaga kesihatan ibu bapa.
ANAK TAK HIRAU IBU AYAH SANGGUP TINGGALKAN DI HOSPITAL
Masa saya kerja di hospital dulu, setiap kali musim perayaan mesti akan ada peningkatan kemasukan Warga Emas ke wad. Tak kisah la Hari Raya Aidilfitri, Raya Cina, Deepavali atau Christmas. Trend sama sahaja.
Ads
Kisah Warga Emas yang dikejarkan ke hospital juga sama. Tidak kira bangsa dan agama. Si Ibu atau Ayah akan dibawa ke kecemasan oleh salah seorang anak. Biasanya dikatakan ibu bapa mereka amat lemah, ada cirit birit, batuk berpanjangan atau lemah akibat tak mahu makan.
Dari raut wajah Warga Emas ini, kita dapat lihat kesedihan yang dialami. Mereka tahu, mereka dibawa ke hospital bukanlah atas sebab kasih anak kepada ibu bapa. Mereka sedar yang anak mereka bukan hiraukan tentang kesihatan mereka.
Ads
Dari saat mereka dibawa ke hospital, mereka tahu yang mereka akan ditinggalkan berseorangan di wad di hospital dan hanya akan mendapat perhatian dari doktor dan jururawat. Mereka tahu tiada seorang pun anak-anak mahukan sanak saudara yang akan melawat.
.
Sejurus selepas Warga Emas ini dimasukkan ke wad, anak-anak mereka akan menghilang. Apabila jururawat atau doktor ingin menelefon waris untuk memaklumkan ibu atau bapa mereka sudah sihat untuk dibawa pulang, tiada satu pun panggilan dijawab. Kalau dijawab pun, seribu satu alasan diberi untuk tidak mengambil pulang ibu atau bapa mereka. Sehinggalah musim perayaan berakhir.
Ads
Ini yang saya perhatikan semasa saya bertugas di hospital hampir 10 tahun lalu. Hospital awam dijadikan sebagai “dumping ground” Warga Emas sementara anak-anak beraya sakan di musim perayaan.
Harapnya ia bukan lagi sesuatu yang biasa di hospital. Harapnya sudah ada kesedaran dikalangan masyarakat untuk menjaga ibu bapa mereka dengan baik.
Menjelang Syawal ini, saya doakan anak-anak dan saudara mara pulanglah ke kampung halaman dengan selamat. Raikanlah ibu bapa anda. Kita tak tahu bila mereka akan pergi selamanya.
Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu selain melihat kejayaan anak-anak kan, demikian juga dengan pelakon dan pelawak Didie Alias.
Menerusi satu perkongsian di instagramnya, bekas finalis Dewi Remaja 1990 ini memuatnaik luahan hati usai anak perempuannya berjaya menggapai segulung Ijazah Sarjana ( Master). Lebih membahagiakan lagi apabila anaknya itu turut menerima anugerah Naib Canselor.
Masyaallah Ya Allah..
Syukur Alhamdullillah walaupun mumy tak dapat nk teman kakak utk hari istimewa kakak,mumy bangga ngan usaha & kejayaan kakak,doa mumy sentiasa dibibir mumy buat anak2 mumy.
Menerusi kapsyennya itu juga, Didie meluahkan rasa sebak dan menganggap kejayaan tersebut adalah hadiah yang paling berharga buat dirinya sebagai ibu.
Kakak nampak kesusahan kite selama nie,Allah bg hadiah yg paling berharga buat mumy.
Menariknya pokok daun sup ini jika ditanam dilaman rumah selain boleh digunakan di dalam masakan sup, malah pokoknya diatur rapi boleh dijadikan tanaman hiasan dilaman rumah.
Apa tidaknya, bentuk daunnya yang berlekuk-lekuk memang nampak cantik. Malah jika ditanam merimbun daunnya.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd Farhan Yang dikongsikan diakaun fbnya. Dimana dia selesa menjadikan tanaman daun sup ini sebagai pokok hiasan yang ditempatkan secara menarik ditiang-tiang rumahnya. Ini sekali gus menjadikan lanskap kediamannya cukup istimewa.
Dan disini turut dikongsikan langkah-langkah penanaman daun sup dengan menggunakan biji benih. Jom semak perkongsian bermanfaat ini daripadanya.
Assalamualaikum..Sedikit perkongsian ilmu cara mudah saya semai pokok daun sup. Semoga bermanfaat..
Langkah 1 : Tebuk bahagian bawah bekas minuman.
Langkah 2:Isi 1/2 cawan dengan cocopeat dan bahagian atasnya dilapiskan dengan peatmoss. Boleh juga Guna 100% peatmoss.
Langkah 3 : Tabur biji benih agak-agak secubit di dalam satu bekas.
Langkah 4 : Spray dengan air hingga basah.
Langkah 5 : Kemudian tuliskan tarikh untuk memudahkan kita mengetahui tempoh betcambah.
Langkah 6 : Biji benih akan betcambah dan begini keadaannya selepas 24 hari hari dari tarikh biji benih disemai.
Ini keadaannya setelah 3 bulan dan telah beberapa kali dituai hasilnya.
Selain ditanam untuk kegunaan sendiri, Mohd Farhan juga selesa menjadikan tanaman daun sup ini sebagai pokok hiasan yang ditempatkan secara menarik ditiang-tiang rumahnya.
Lain orang lain cara didik anak.. Pernah tak berhadapan situasi anak cranky apabila berjalan-jalan di pusat beli belah? Lebih-lebih lagi apabila mahukan sesuatu?
Haaa yang mana nak kurangkan anak cranky mengamuk nak itu ini, boleh cuba cara yang diamalkan oleh seorang pengguna akaun Facebook Mai Izyani berkongsi tip menarik untuk mendidik anak-anak dari meminta-meminta dan berdisiplin apabila berkunjung di sebuah kedai.
Nak tahu macam mana caranya? Boleh baca kisah yang dikongsi di bawah ini.
Ajar anak disiplin hanya pilih dua barang sahaja
“Hanya dua barang….”
Begitulah. Saya ajar Dhuha Mardhiyah untuk jadi anak kecil yang berdisiplin ketika ke kedai. Pesanan “hanya dua barang” ini bermula sejak usia dia dua tahun. Biarkan dia pilih barang, dan dia tahu dia hanya boleh ambil dua barang sahaja untuk dibayar. Tak boleh minta lebih. Dan barang itu masih perlu kelulusan saya. Boleh atau tidak. Jika tidak, tidaklah.
Ajar anak guna duit
Dan sepanjang proses itu, saya ajar dia hulurkan duit pada cashier. Ok dia belajar ‘barang itu boleh diambil bawa balik lepas bayar.’ Semua kena guna duit. Ingat lagi masa tu perkataan duit pertama yang dia sebut, “Satu PINGGIT.” Ye, pinggit, comel sangat.
Kemudian saya mula berikan beg comel untuk dia menabung. Duit-duit orang hulur saya ajar masukkan dalam tu. Dari situ lah, setiap kali keluar, dia akan bawa beg tangan dia sendiri untuk bayar dua barang yang dia nak beli. Walaupun ikut suka dia sahaja nak hulur berapa pada cashier. Barang lima ringgit pun dia letak ‘satu pinggit.’
Sekarang dia empat tahun. Tapi advance cara dia pikir, bila sesekali dia tertinggal beg tangan, dia cakap “Mak… Dhuha pinjam dulu duit mak. Balik rumah Dhuha byar.” Hahaha.
Ceritanya setiap kali keluar dan berhenti kedai, dia tetap mahu beli barang. Tapi hanya dua barang.
Alhamdulillah nenek, makcik-makcik dia kalau bawa dia keluar rasa senang dengan dia. Sebab tak suka-suka nak meminta atau merengek. Paksa mahu itu ini. Buat seperti apa yang mak pesan. Kalau kata tidak, tidaklah dia.
Begitulah. Cara saya ajarkan Dhuha tentang nilai wang dan keinginan. Jangan suka-suka mendesak meminta-minta dengan kerenah seorang kanak-kanak kecil ketika di kedai.
Ini, hanyalah pengalaman peribadi. Ada kebaikan yang boleh diambil untuk dipraktikkan, maka saya berkongsi.
Sumber: Mai Izyani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...