Tidak dinafikan harga durian sejak akhir-akhirnya di lihat agak murah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Namun pembelinya kurang. Situasi ini membimbangkan para penjual durian.
Jika dahulu sekitar 70an hingga 80an, kebanyakkan durian di jual secara longgok. Namun sekitar 10 tahun durian di jual dalam bentuk timbang kilogram. Ia membuatkan durian ramai tidak mampu membeli durian mengikut timbang kilo.
Akibatnya ramai yang kurang membeli raja buah ini. Malah kesannya akibat kenaikkan harga, ia membuatkan generasi muda sekarang kurang menggemari durian hingga menjejaskan buah ini dipasaran.
Inilah yang dikongsilah oleh seorang pensyarah, Ahmad Sahir Jais mengenai kesan dan akibat harga durian yang melampau tinggi.
Katanya lagi, kini kesannya sudah mula terasa apabila lambakan durian pada harga murah pun tetap tidak mempunyai permintaan.
Jom kita lihat kronologi yang dijelaskan oleh pensyarah ini.
Kesan dan Akibat.
sekitar 10 tahun yang lepas. durian mula dijual dengan menggunakan timbangan Kilogram.
Durian kampung, durian kahwin dan durian baka baharu.
Kesan dari ni, harga purata bagi sebiji durian naik mendadak.
Kesan dari ini juga menjadikan durian semakin mahal bergantung pada varieti.
Keupayaan untuk membeli berkurangan, dan durian bukan lagi keutamaan dalam pembelian dalam sesebuah keluarga. durian menjadi makanan kategori mewah, bukan lagi dianggap marhaen.
Ketua keluarga tidak lagi membeli, menyebabkan generasi muda dalam keluarga semakin tidak menggemari rasa durian.
10 tahun kemudian…
Bersembang dengan penjual durian semalam…
” durian banyak bang.. harga dah semakin murah.. tapi tak ada pembeli.. saya buka satu kepala RM 20 – makan sampai puas pun, tak berapa yang nak datang makan… saya jual saiz satu guni baja dengan harga RM 50 pun, tak berapa memberansangkan jualan nya.. yang datang makan dan beli pun banyak yang dah berusia dah tua, yang muda2 nie dah tak minat makan durian… tak macam zaman kita dulu2…”
Dengan membuatkan harga durian lebih mahal, dengan unit timbangan yang tidak masuk akal, kita telah membuatkan satu generasi tidak minat untuk menggemari durian.
jika di ulang kitaran ini… apa yang akan terjadi pada masa depan?
Dalam pada itu posting yang berbeza, dia juga menjelaskan ia daripada pengalamannya sendiri. Harga durian yang mahal membuatkan dia jarang membeli buah durian. Kesannya anak-anaknya kurang berminat terhadap buah itu.
Tak Konsisten Beli, Anak Tak Minat Durian
Terima kasih pada yang tag nama saya 2/3 hari nie. Mmg itu adalah nukilan dari FB post saya.
Ianya ditulis dari hati, berdasarkan pemerhatian terus, temu bual dan deduksi kepada apa yang saya temui.
Case in point… Saya ada dua orang anak remaja. 18 dan 15 tahun. Saya berhenti dan kurang membeli durian, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Harga di luar dari kemampuan kami sekeluarga.
Jika beli pun, sekadar untuk melepas kan keinginan… Dan biasa nya, produk siap proses seperti aiskrim, pastry atau kek yang kami beli.. bukan durian segar.
Hari ini, anak yang sulong, lansung tidak menggemari durian.. malah bau pun tak boleh.
Anak yang kedua, boleh makan, tapi sekadar seulas dua.. dan cukup. Saya lihat balik kenapa.. mungkin dalam tempoh mereka membesar… Durian itu menjadi semakin asing kepada deria rasa mereka.
Dan…. pengaruh ibubapa, citarasa, kemampuan, akses kepada bahan makanan oleh sesebuah keluarga mencorak kan sikap dan penerimaan makanan anak2 pada masa hadapan.
Bukti sudah ada di depan mata… Apabila ibubapa tidak memberikan pendedahan awal dan konsisten, maka makanan tersebut akan turut sama lenyap ditelan zaman…
Sumber: Ahmad Sahir Jais
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club