Biarpun anda suami isteri sibuk dengan kerjaya dan menguruskan anak-anak, namun sentuhan seksi buat pasangan amat penting supaya tidak wujud masalah rumahtanga. Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang hambar.Hubungan hambar disebabkan kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri.
Barangkali, ini tip sentuhan seksi ini dijadikan panduan untuk keharmonian rumahtangga.
Biarpun kamu boleh bertukar dari workday ke foreplay, lebih berbaloi jika ambil masa untuk bermesra sebelum kalian go for it. “Sentuhan lembut menyediakan tubuh untuk sesi yang lebih mendalam kerana kamu membina keinginan untuk apa yang bakal terjadi,” kata Jamye Waxman, penulis bersama Hot Sex: Over 200 Thing You Can Try Tonight. Ia berikan kamu masa untuk fikirkan perkara seksi yang ingin kalian lalui bersama.
Go Panini-Style
Konsepnya ala-ala sandwic di mana kamu dan suami berbaring atas satu sama lain. Dalam dakapan suami, bernafas bersama selama beberapa minit. Ia membenarkan tubuh relaks dan merasai kehangatan masing-masing. “Pasangan perlu tenangkan diri dan nikmati perasaan diselimuti kehangatan,” kata Waxman. Apatah lagi, sesi sentuhan itu akan membawa kepada idea manja lain
Masuk Ke Dalam Zon
Ada tiga bahagian paling padat dengan saraf yang menghubungkan deria pada otak iaitu mulut, hidung dan pinggulnya. “Sentuh di sekitar kawasan itu kemudian baru betul-betul di tiga bahagian itu untuk cipta sensasi baru,” kata Fisher.
Tunjuk dan Beritahu
Bahagian tubuhmu yang mana paling terasa seksi? (Cosmo berikan kamu seminit untuk pilih satu). Sudah ada jawapan? Ambil tangannya dan letakkan di situ. “Tubuh saya bak hourglass, dan suami cukup sukakannya. Merasai lekuk tubuh saya akan buatnya terangsang, dan buat saya rasa sangat kurus. Win-win,” kata Maya, 27
Berlengah-lengah
Belai bahagian pinggulnya selepas sesi intim. Ian Kerner, kaunselor seks dan penulis She Comes First mencadangkan agar kamu usapnya secara perlahan, lembut atau membulat. Jika rasanya cukup mengasyikkan, mungkin ia boleh membuatkan suami lebih manja kepadamu.
TIP SENTUHAN SETIAP HARI SUPAYA KALIAN LEBIH ERAT
Cumbu Manja
“Pada hari biasa bila saya sedang cuci pinggan, suami akan datang peluk dan cium belakang leher saya. Setiap kali dia lakukannya, terus rasa ‘cair’ dan rasa nak berasmara saat itu juga,” kata Shira, 34. Tabiat pasangan yang baik adalah bercumbu setiap hari selama lebih beberapa saat, kata Kerner. Ia akan menyingkir efek seperti hanya ‘teman sebilik’, dan lebih banyak masa dihabiskan melakukan kerja rumah daripada memberi tumpuan pada satu sama lain.
Kembalikan ‘Tamparan’ Cinta
“Suami suka pukul manja punggung saya bila kami berjalan keluar dari apartment,” kata Anne, 29. “Ternyata ia a huge turn on bila saya rasa seolah-olah ada kupu-kupu berterbangan dalam perut dan terfikir dia mahukan saya atau sedang berfikir nakal tentang saya.” Mulakan satu tradisi seksi. Berikannya pukulan manja di punggung bila dia nak keluar dari rumah.
Maksimumkan Sesi Intim
Cuba sentuhan atau gerakan throwback yang masih berkesan seolah zaman kalian bercinta dulu. “Tiada apa yang lebih seksi bila sang suami tahu kamu tak sabar mahu ‘bersama’ dengannya,” tambah Kerner.
Idea Dari Filem
Babak intim dalam filem semuanya membabitkan sentuhan dan sensual dan kelesuan… Tetapi dalam hidup sebenar? Taklah sebegitu. Kamu boleh jadi gadis filem itu! “Saya suka berdrama ala Hollywood bila dengan suami,” kata Lisa, 34. “Dengan hanya melakukan aksi ini, kamu rasa lebih passionate.”
Please in Threes
Cari tiga cara dalam sehari untuk tunjukkan yang kamu dambakan dirinya, seperti berikan urutan kepala, gosok tangannya, atau sentuh dadanya. Ia akan mengingatkan suami betapa dia amat disayangi, yang mana ia membentuk emosi kuat untuk sesi intim hangat yang akan kalian lakukan nanti.
Selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember yang lalu, genap hari ketujuh kelahirannya, pengacara Dayah Bakar berkongsi pilihan nama buat anak lelaki keduanya.
Dayah dan suami sepakat memilih nama yang cukup indah iaitu, Armand Muhammad Fayyadh yang mempunyai makna yang cukup indah.
Menerusi Instagramnya, Dayah berkongsi makna pilihan nama tersebut.
“Setelah 7 hari, kami berkongsi nama putera kedua kami, Armand Muhammad Fayyadh 🤍
Armand : Pengikut Tuhan, harapan, tekad , tentera, orang baik dan terhormat Muhammad : Yang terpuji, dirahmati Fayyadh : Banyak berbuat kebajikan, banyak memberi/dermawan
“Semoga sifat-sifat yang membentuk seiring dengan namamu. Semoga menjadi seorang anak yang soleh, budiman, besar jiwanya, merendah diri dan berbakti kepada agama dan negara,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Dayah juga turut berkongsi momen bahagia mereka bersama anak sulung, Achbar Muhammad Fahri yang baru pertama kali bertemu dengan adiknya yang digelar ‘baby adik’. Memang comel.
Terdahulu, Dayah selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember lalu dan kini sedang berpantang.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan sepasang suami isteri, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan Nik Mohd Zulmi Ramli, serta seorang anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, yang maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok.
Dua lagi anak kepada pasangan tersebut iaitu Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Machang.
Lebih memilukan apabila dua beradik tersebut hanya mengetahui mereka bergelar yatim piatu 22 jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurut nenek mereka, Amnah Ismail, 64, ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu Zulaikha dan Adam bahawa mereka sahaja yang terselamat daripada tragedi itu.
Namun, mereka akhirnya mendedahkan perkara yang sebenar sewaktu urusan membawa pulang jenazah kesemua mangsa untuk proses pengebumian.
” Sejak balik, Kaklong (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi… umi.. (Nik Amirah), manakala Adam banyak diam.
” Dia beritahu umi, baba (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada di dalam kereta.” katanya.
Dalam pada itu, Amnah menafikan bahawa arwah anaknya itu sedang mengandung seperti mana yang tular di media sosial.
Menurut Amnah, kemungkinan besar pasukan penyelamat keliru dengan tubuh badan arwah yang bersaiz besar.
Sementara itu, sepupu kepada Nik Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah yang mahu sehidup semati dengan suaminya sekitar dua bulan yang lalu menjadi kenyataan.
” Arwah juga suka sangat sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah. Petang sebelum kejadian, arwah sempat menyangkut terung di pagar rumah sepupu kami.” katanya.
Terdahulu, berita mengenai tragedi ini meruntun hati wargamaya apabila Amira ditemui dalam keadaan sedang meriba Aishah ketika kejadian.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 7.12 malam Ahad.
Jika asyik beli, apa kata kita tanamnya sendiri di rumah. Cara wanita ini memang mudah. Jom ikut cara ni.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kami panggil Kangkung Paya. Atau kangkung kampung.
Tumbuh liar kat paya or mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani jual seikat 2 ringgit.
Tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu. Sebab sayur faveret atuk. Tim cubalah tanam. Kihkih. Jimat lah beberapa ringgit seminggu. Kalau setahun banyak gak jadinya.
Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah. Anytime nak makan pun boleh petik gak. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.
Ada 2 jenis macam dalam gambar. Cara tanam dia pun senang.
1. Masa beli tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk kat atas sekali dan batang dia. Ada pucuk pokok akan cepat tumbuh. Kalau terpotong pucuk dia pun takpe. No worries.
2. Rendam kejap 2/3 hari kasi akar keluar. Kadang Tim rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam. Kahkah.
3. Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau takde pasir pun takpe sebab kangkung nak air banyak.
4. Boleh juga tanam dalam air bertakung. Tim buat macam no 3 cuma tak tebuk lubang. Kiranya ada sepasu ada lubang. Ada sepasu lagi takde lubang. Cuma Tim rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
5. Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas . Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau cam layu or lecur pindah balik tempat redup.
6. Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bebila nak. Batang pucuk yang potong tu boleh ditanam semula.
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanam lah banyak-banyak. Tim pun nak tanam lagi beberapa pasu. Supaya stok sentiasa banyak hihi.
RUJUK GAMBAR:
Mudah aje kan. Boleh dah start tanam kangkung.
Kredit: Fatimah Naamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.