10 Petua Berguna Ni Memang Boleh Kongsi Dengan Anak Perempuan!

Share

Orang melayu dulu memang banyak khazanah petuanya. Boleh kata serba serbi dalam kehidupan ini ada amalan yang dilakukan sama ada untuk kesihatan, kecantikan dan sebagainya.

Memastikan amalan yang baik dan bermanfaat ini tidak dilupakan, kini tiba masanya, kita sebagai orang tua mewariskan pula petua ini kepada anak-anak generasi kini agar petua yang baik-baik tidak lenyap begitu sahaja.

Ini antara 10 petua yang simple dan sebenarnya bila-bila masa kita boleh buat. Jom teliti.

MERAHKAN BIBIR : Mahu memiliki bibir merah semulajadi, maka jangan lupa sapukan hampas halia yang telah dikisar pada bahagian bibir setiap hari. Namun jika tidak gemar rasanya halia apa kata gunakan ubat gigi sahaja dan sapu pada bahagian bibir sebelum tidur, biarkan semalaman sebelum dicuci. Hasilnya bibir merah dan menawan secara semulajadi

REDAKAN SAKIT KEPALA : Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua dengan menggunakan daun sirih. Caranya mudah, hanya ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

TELINGA MASUK AIR :Jika telinga masuk air sebelah kiri, caranya mudah. Cuba berbaring dan kemudian mengiring sebelah kiri begitu juga jika telinga kanan yang masuk air maka mengiringlah sebelah kanan. Maka dengan sendirinya air tadi akan mengalir keluar.

 

HILANGKAN PEDIH MATA AKIBAT KUPAS BAWANG: Apa yang selalu terjadi, bila mengupas bawang mesti mata akan pedih dan berair. Cara nak elak ini berulang lagi, pastikan sebelum kulit bawnag dikupas, rendam terlebih dahulu bawnag tersebut dan barulah dikupas.

TERCEKIK TULANG  : Segera kepalkan nasi dan telan, lakukan beberapa kali sehingga tulang tersebut tertolak masuk ke dalam. Atau jika tidak berjaya, eloklah bertemu doktor untuk dapatkan rawatan seterusnya.

ELAK TUMIT KAKI PECAH : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

MUDAH BANGUN PAGI : Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

HILANGKAN JERAWAT : Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. kemudian sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

HILANGKAN BAU MULUT: Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

KURANGKAN LEBAM MATA : Ambil  teh uncang yang telah digunakan dan kemudian lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.