Dibohongi memang susah untuk diterima dan sangat menyakitkan lebih-lebih lagi oleh orang yang paling kita percayai.
Jika anda merasakan bahawa suami anda sedang menyembunyikan sesuatu dari anda, baca tips berikut.
Mungkin boleh membantu anda mengetahui sama ada suami anda sedang berbohong atau tidak.
Gambar Sekadar hiasan
1. Berhenti seketika sebelum menjawab soalan
Ciri yang satu ini petanda kebohongan yang paling umum. Berhenti seketika biasa digunakan untuk mencari alasan yang sesuai. Bahkan jika suami sudah mempunyai alasan kukuh, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat kembali apa yang sudah sedia tersusun.
2. Menutupi wajah
Faktanya, beberapa ciri-ciri di wajah kita boleh memberi tindakan ketika kita gugup. Jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang seolah-olah direka, memang anda patut rasa curiga!
3. Tidak mahu melihat mata isteri
Ketika suami tidak mahu mengakui apa yang mungkin telah dilakukan, lihat air muka atau lebih tepat matanya. Jika dia mengelak untuk bertentangan mata semasa bercakap pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikannya.
Ads
4. Berpeluh-peluh
Jika suami tiba-tiba berpeluh (padahal cuaca tidak panas), kemungkinan dia sedang berbohong. Berpeluh adalah salah satu tanda orang sedang gugup atau takutkan sesuatu. Mungkin juga gugup untuk bercakap yang benar dengan anda kan?
5. Cerita sering berubah
Setiap orang kadang-kadang boleh menjadi pelupa, namun jika cerita yang disampaikan suami sering berubah, jadi anda harus berwaspada.
6. Menjadi defensif
Ads
Saat ada yang ditutup-tutupi, suami akan mudah menjadi defensif, sehingga akan marah semula kepada isteri untuk menghindari pertanyaannya yang lebih lanjut.
7. Memberikan terlalu banyak maklumat
Kadang-kadang kerana berusaha keras untuk meyakinkan anda, suami akan memberikan terlalu banyak maklumat, bahkan menceritakan hal-hal yang tidak penting, seolah-olah mahu mengelak anda bertanyakan lebih lanjut.
8. Sering gelisah
Ketika takut rahsianya terungkap, suami nampak gelisah. Misalnya, menggoyang-goyangkan kakinya, mengambil dan memainkan sesuatu di tangan dan sebagainya bagi menutupi kesalahannya.
Ads
9. Tidak menjawab pertanyaan
Suami mungkin akan mencuba mengubah topik perbualan dengan hati-hati untuk menggelak pertanyaan anda yang lebih lanjut. Contohnya, buka cerita lain yang tiada kena-mengena dengan hal yang dibincangkan atau mengajukan pertanyaan kepada anda tentang hal lain yang tidak berkaitan.
10. Suara atau tingkah lakunya berubah
Anda tentu mengenal suami dengan baik. Jadi jika anda menanyakan sesuatu lalu tiba-tiba suara suami berubah nadanya, atau sikapnya tiba-tiba jadi aneh, maka boleh jadi suami sedang berbohong.
Jika 10 tanda di atas ada pada suami anda, sebaiknya jangan cepat melenting. Kena ingat, selesaikan dengan baik dan terus menuduh suami berbohong. Selidik terlebih dahulu sama ada betul atau tidak. Cari punca kenapa ia berlaku dan cari jalan supaya hubungan anda tidak keruh dek kerana masalah tersebut.
sumber: TheAsianParentsMalaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setelah tujuh hari dilahirkan, Ernie dan suami berkongsi nama anak perempuannya itu kepada umum.
Memilih nama Nur Khawla Soleha buat puteri sulung, Ernie memuatnaik gambar tangan mereka sekeluarga dan menitipkan kata doa buat anak kesayangannya.
Assalamualaikum. Welcome to the world, Nur Khawla Soleha. Semoga menjadi anak solehah Daddy dan Ibu, membesar dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah swt. ❤
Aidid Marcello bersama isteri, Norzie Pak Wan Chek serta anak perempuan mereka, Nailina Marcello kini sedang mengerjakan umrah.
Di dalam perkongsiannya sebelum ini, Aidid ada menyatakan akan berkongsi info dan tip sepanjang berada di Tanah Suci itu buat tatapan pengikutnya di laman Instagram.
Namun, satu video dimuat naik Aidid yang berkongsi luahan hatinya tentang cara yang betul dalam mendidik anak-anak untuk solat.
Video tersebut memaparkan seorang bapa meletakkan anaknya di atas lantai yang sejuk sementara mahu menunaikan solat Subuh.
Cara si ayah saya selamba meletakkan anaknya di lantai sejuk, seolah-olah memberi tamparan hebat buat Aidid sekali gus membuka matanya tentang tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak.
“Ramai orang sayangkan anak termasuk saya. Takut nak buat itu ini, tetapi diorang ini sejuk gila lantai ini , relaks ja letak nak solat.
“Sedikit tamparan hebat untuk saya sendiri membuka mata dan kena levelkan balik tahap sayangkan anak itu macam mana?
“Adakah kita sayangkan anak kita… boleh lengahkan depa solat? Banyaknya dosa dan jahilnya kita kan? (Saya dalam kategori ini)
Rata-rata netizen memuji dan cukup kagum melihat video yang dikongsikan oleh Aidid itu. Tak kurang yang bersetuju kerana mereka pernah mengalaminya sendiri.
Berdoa ada adab dan tatacara yang molek kita amalkan. Berdoa merupakan senjata orang Mukmin. Apabila kita memahami bahawa doa merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah, maka sudah semestinya kita berdoa bagi memohon segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Doa adalah senjata orang Mukmin.” (HR At-Tirmidzi).
Doa merupakan rayuan dan pengharapan kita kepada Allah SWT. Seperti mana bila kita berbicara dengan kedua ibu bapa, saudara mara atau sesiapa sahaja, soal adab tentunya menjadi keutamaan.
Maka begitu jugalah ketika berdoa kepada Allah. Ada adab dan tatacara yang kita perlu amalkan agar doa-doa kita diterima Allah SWT.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Moga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan amal ibadah kita agar menjadi lebih baik.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.