
Kadang kala, manusia alpa dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Kejar dunia, akhirat dilupa.
Antaranya mereka lupa bersyukur nikmat kerluarga, menghitung kekurangab pasangan, lakukan maksiat dan lupa persiapan mati.
Ikuti 10 pesanan penceramah terkenal, Ustazah Asma Harun mengenai sikap segelintir manusia. Moga muhasabah diri.
Ikuti perkongsiannya.
1.Ramai yang sibuk mengintai kelebihan rezeki orang lain, hingga lupa nikmat yang dia ada.
2.Ramai yang sibuk mencela kesilapan dan maksiat orang lain, hingga lupa keaiban diri.
3.Ramai yang sibuk memuji memuja manusia, hingga lupa Allah yang Maha Terpuji.
4.Ramai yang sibuk menghitung kekurangan pasangan dan anak², hingga lupa bersyukur nikmat ada keluarga.
5.Ramai manusia sibuk menghitung kesusahan hingga lupa bersyukur akan kesenangan.
6.Ramai yang sibuk memberi dan mencari ilmu hingga lupa beramal.
7.Ramai yang sibuk beramal soleh hingga lupa membantu mereka yang memerlukan.
8.Ramai yang sibuk menikmati hidup hingga lupa persiapan akan kematian.
9.Ramai yang sibuk dengan perkara yang tak sepatutnya dia sibuk, akhirnya masa dan umurnya habis sia².
10.Manusia sentiasa sibuk, hingga saat kematian lalu dia terkejut. Barulah tersedar, dunia yang direbut² semuanya akan ditinggalkan.
Renungan Muhasabah Bersama.
Asma’ binti Harun.
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Tiba-Tiba Lapar Waktu Malam. Nak Makan, Tapi Tengah Diet? 6 Snek Ni Boleh Buat Anda Kenyang & Mudah Tidur!

Demi mendapatkan berat dan bentuk tubuh ideal, ramai individu memaksa diri untuk berlapar ketika waktu malam dengan cara skip makan malam. Akan tetapi, tahukah anda ada makanan diet malam yang boleh diamalkan buat mereka yang ingin turunkan berat badan?
Jika anda tergolong daripada golongan ini, teruskan membaca kerana artikel ini akan mengupas mengenai makanan yang tidak akan menggemukkan jika dijamah waktu malam!
6 jenis makanan diet malam sihat yang boleh dijadikan sebagai ‘snacking’
1. Pisang
Pisang adalah buah manis yang terdiri daripada karbohidrat dan membuatkan usus anda mampu untuk mencerna dengan baik dan cepat.
Sebaiknya, makanan yang dimakan sebelum tidur haruslah dapat dicerna dengan senang dan cepat agar kenaikan berat dapat dielakkan.
Memilih buah pisang merupakan pilihan yang tepat sekali! Anda tidak perlu susah-susah masak atau panaskan, hanya ambil sebiji dan kupas!
2. Kiwi
Buah kiwi yang mempunyai tekstur yang agak berbulu dan isi buah berwarna hijau yang cantik ini juga sesuai dijadikan makanan diet malam.
Kiwi pilihan snek sesuai bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Bagi 2 biji buah kiwi hanya mengandungi 93 kalori, 5 gram serat dan 190% daripada pengambilan vitamin C harian (RDI) yang disyorkan.
Selain itu, buah kiwi ini dapat membantu anda tidur dengan lebih lena. Sebuah kajian mengenainya dibuat ke atas 24 individu dewasa yang mempunyai masalah tidur.
Dalam kajian tersebut, peserta dikehendaki memakan dua biji kiwi satu jam sebelum tidur setiap malam.
Selepas satu bulan, kajian mendapati penurunan sebanyak 35% dalam masa yang diperlukan untuk mereka tertidur. Mereka juga tidur sekitar 13% lebih lama dan 5% lebih berkualiti.
Kiwi adalah salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi serotonin, yang mempunyai kesan menenangkan dan dapat membantu anda tidur lebih cepat.
Buah ini juga membantu mengekang keinginan anda untuk makan makanan berkarbohidrat.
Walaupun diperlukan kajian yang lebih besar untuk mengesahkan manfaat tidur daripada buah kiwi, banyak lagi sebab lain untuk anda menikmati buah ini.
3. Pistachio
Pistachio menonjol antara kacang yang lain kerana mengandungi tahap melatonin yang menggalakkan tidur.
Pengambilan kacang pistachio sebanyak 28 gram, mempunyai 160 kalori dan sekitar 6.5 mg melatonin.
Sebagai perbandingan, jumlah melatonin yang biasanya disyorkan untuk membantu tidur adalah 0.5-5 mg.
4. Yogurt
Yogurt adalah sumber kalsium yang sangat baik. Badan anda memerlukan kalsium untuk menghasilkan melatonin daripada asid amino triptofan.
Yogurt, terutama yogurt Greek, juga kaya dengan protein, jenis kasein.
Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan protein kasein pada waktu malam dapat membantu mengurangkan rasa lapar pada keesokan harinya.
Sekiranya yogurt adalah makanan ringan pilihan anda, pilih yang kurang gula ataupun original agar anda dapat memanfaatkannya secara maksimum.
Jumlah yogurt sebanyak 170 gram bagi yogurt kosong tanpa lemak mempunyai hanya 94 kalori.
5. Edamame
Edamame, kacang soya hijau yang belum masak, boleh dibeli sama ada secara segar ataupun yang telah dibekukan.
Ia sangat sesuai dijadikan makanan diet malam yang ringan ketika lewat malam, hanya makan edamame segar atau dipanaskan dengan sedikit garam dan lada hitam- setiap 113 gram hanya mempunyai 150 kalori.
Edamame adalah sumber protein yang baik, yang merangkumi sejumlah besar asid amino triptofan.
Bagi membantu menggerakkan triptofan ke otak anda untuk menghasilkan melatonin, gabungkan kacang ini bersama makanan yang mempunyai karbohidrat.
Sebagai contoh, gunakan edamame dan bukannya kacang garbanzo dalam resipi hummus kegemaran anda dan sapukan pada roti bakar.
6. Telur
Telur sangat versatile dan dapat digunakan dalam berbagai-bagai jenis makanan termasuk makanan diet malam yang ringan.
Contohnya, anda boleh menyimpan sebilangan telur rebus di dalam peti sejuk anda untuk dijadikan sebagai snacking atau diletakkan dalam salad.
Sumber : Hello Doktor
“Dulu Stres Susu Tak Cukup, Baby Marah-Marah.” Sabar & Tak Paksa Diri, Zahirah Kongsi Tip Menyusu Anak Sepenuhnya!

Lumrah bagi setiap ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, pasti momen si kecil yang sedang membesar diambil untuk dijadikan kenangan kelak.
Demikian juga dengan pasangan muda yang sama cantik sama padan ini. Selepas berkongsi berita kelahiran dan nama anak lelaki mereka, pelakon Zahiran Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza turut memuat naik gambar serta video sambil bercerita pengalaman sebagai ibu bapa.
Dalam satu perkongsian, Zahirah yang menyusukan isaac Raees sepenuhnya tidak lokek bercerita yang dia turut membuat stok simpanan susu untuk anak lelakinya itu bagi digunakan ketika mereka keluar.
“Right now Isaac is 100% breastfeed. Kalau keluar ke mana-mana, then i will pump & bottlefeed the breastmilik.
“But its ok to mix. Dont feel bad. Asalkan baby kita sihat,” tulis Zahirah.
Zahirah dalam pada itu mengakui dia turut mengalami masalah kekurangan susu terutama di awal kelahiran Isaac.
Namun, kekerapan menyusukan anaknya memmbolehkan dia membekalkan susu yang mencukupi buat permata hatinya itu.
“Waktu awal-awal ada kurang sikit tapi bila baby marah-marah sebab susu tak cukup, saya tenangkan dia dulu dan cuba menyusukan semula.
“Kadang-kadang akan ada rasa stress bila susu tak mencukupi tapi saya belajar untuk tak paksa diri, sabar dan dapatkan sokongan,” ujar Zahirah menjawab pertanyaan dari peminatnya berkenaan penyusuan bayinya.
Menurut ibu cantik manis ini lagi, Isaac akan bangun dua kali pada waktu malam untuk menyusu sebelum kembali tidur nyenyak sehingga ke pagi. Sekali gus memberi keselesaan untuk dia tidur.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 februari 2020 dan pada 5 Januari lalu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Isaac Raees.
Kehadiran Isaac ternyata menambahkan keharmonian dalam rumah tangga pasangan ini. Sementelah Isaac sendiri turut menjadi perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi wajah comel dengan lesung pipitnya membuatkan ramai geram melihatnya.
Bahkan, Zahirah sendiri mengakui turut cair dan obses dengan si comel Isaac ini.
Yes, i’m that obsessed mum 😝
I mean.. it’s normal right? Hehe goodnight!
Rata-rata memuji akan kecomelan wajah anak pasangan ini dan tak kurang yang bersetuju dengan Zahirah kerana itu naluri seorang ibu apabila melihat anak yang dikandung selama ini.

“Ramadan Tahun Ini Akan Berbeda.” Tahun Pertama Sambut Ramadan Tanpa Suami , Bunga Citra Lestari Tabah!

Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. Seolah-olah separuh jiwa turut dibawa pergi bersama. Kehadiran ramadan dan syawal tidak lama lagi pasti lebih dirasai.
Demikian juga dengan pelakon dan penyanyi dari negara seberang ini. Buat pertama kalinya wanita ini menyambut ramadan tanpa suami di sisi. Bunga Citra Lestari bagaimana pun tetap tabah dan reda menerima hakikat tiada lagi teman tersayang di sisi.
Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari yang lalu.
Biarpun nampak tersenyum manis ketika mengadakan persembahan baru-baru ini, namun ada masanya BCL tidak dapat menahan emosi dan menitiskan air mata kerana masih lagi terkesan dengan pemergian mengejut suami tersayang.
Penyanyi dan pelakon ini bersama anaknya Noah Sinclair, 10, berkongsi ucapan Ramadan mereka untuk tatapan semua pengikut yang di muat naik menerusi instastory miliknya.
“Marhaban ya Ramadan, selamat menunaikan puasa Ramadan 1441H untuk teman-teman semua.
“Meskipun Ramadan tahun ini akan berbeza, aku berharap kita semua dapat menjalankan ibadah dengan lancar.
“Semoga bulan ini membawa banyak berkah untuk kita semua,” tulis Bunga menerusi ruangan IG Story.
Petrkongsian tersebut dimuat naik bersama sekeping foto dirinya yang memakai telekung sembahyang bersama ucapan tersebut.