10 Ni Kalau Dibuat Dengan Alasan Nak Turunkan Berat, Kesannya Tak Akan Berhasil. Sila Takenote!

Share

Selalu kita dengar bila seseorang wanita itu dikatakan cantik mesti dia seorang yang kurus. Ini menyebabkan ada segelintir wanita merasakan belum puas hati dengan berat badan yang dimiliki. Sedangkan ada yang nampak kurus tapi tetap juga merasakan badan berisi.

Perasaan dan pemikiran seperti ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka berdiet dengan pelbagai cara dan hingga ada sampai tahap memudaratkan diri namun sedihnya berat badan tidak juga mencapai berat badan ideal.

Atas sebab ini juga seorang Coach Arif Sukri berkongsi 10 cara atau kaedah menurunkan berat badan tidak akan berjaya jika dilakukan.

Jadi buat anda yang ingin mendapatkan berat badan ideal, wajar membaca perkongsian ini agar usaha yang dilakukan tidak memudaratkan diri.

Ini perkongsiannya.

Kawan. Kaedah di bawah TIDAK boleh kuruskan badan anda.

1.  Minum air detox blend buah dan sayur sampai 2-3 liter sehari.

2. Amalkan kopi dan teh tanpa ada limitasi yang betul.

 

3. Tinggalkan nasi dan gantikan dengan biskut sahaja.

4. Bersenam dengan baju tebal-tebal sampai menyiksa badan.

5. Kunyah pil-pil tertentu untuk pembakaran lemak.

6. Guna mesin lekat di perut untuk kempiskan perut.

7. Minum air lemon untuk hapuskan makanan berlemak.

8. Pakai losyen untuk kuruskan perut.

9. Ambil “Fat Burner” tanpa lakukan senaman.

10. Berangan nak kurus tapi usaha tak pernah
nak mula. makan nasi.

Ini antara mitos dan cara diet yang amat tidak seimbang. Dan adakala jika berlebihan boleh buat badan jadi mudarat.

Kawan-kawan. Asas untuk penurunan berat badan adalah dapatkan defisit kalori. Dalam diet ni tidak ada kopi terbaik, teh terbaik, atau pun senaman yang terbaik.

Semua makanan baik. Semua senaman itu bawa kebaikan. Yang penting dalam pemakanan itu adalah pengawalan, kesederhanaan dan tidak ambil secara berlebihan.

Ia dibuat secara konsisten. Walaupun kalian hanya mampu bermula dengan usaha yang kecil-kecil sahaja.

Makanlah macam biasa. Kurangkan pemakanan sedia ada secara berperingkat. Yang penting. Aktifkan diri biar pun sekadar berjalan kaki. Insya-Allah mitos-mitos diet ini, akan anda ucapkan selamat tinggal. Dan selamat datang pada diet yang sihat.

Tag dan bantu share untuk kawan-kawan kita yang masih berjuang. Moga tips ini membantu, dan mereka beroleh kejayaan.

Sumber : Arif Sukri