Nak cantik dalam sekelip mata bukannya mudah. Cantik dengan solekan memang pantas namun kecantikan bersifat sementara itu langsung tiada sifat semulajadinya.
Sebagai wanita, memilih makanan yang tinggi khasiat amat membantu untuk kekal sihat sekaligus tampil cantik. Apa yang wanita perlu tahu, banyak makanan yang khusus untuk kecantikan dalaman wanita. Apakah jenis makanan itu?
Kapsikum Merah
Sebiji buah kapsikum merah mengandung 100 peratus keperluan vitamin C harian anda. Malah sayur ini juga mengandungi serat diet dan vitamin B6.
Coklat
Antioksidan dalam coklat menghilangkan masalah kulit kasar dan dikatakan mampu melindungi kulit daripada sinar matahari. Bukan itu sahaja, malahan koko dalam coklat juga buat arteri jadi lebih relaks.
Salmon
Bagi peminat ikan salmon, andalah wanita paling bertuah. Yang anda perlu tahu, ikan salmon kaya dengan lemak omega-3 yang membantu mengurangkan inflamasi, kedut dan juga masalah jerawat. Hebat bukan?
Ads
Minyak Kelapa
Minyak kelapa kaya dengan vitamin E yang dapat melembutkan kulit dan bebas jerawat. Jika anda penggemar minyak kelapa dara, cuba anda bayangkan kuasa hebatkan kepada kulit anda.
Teh Hijau
Teh hijau sememangnya sihat untuk tubuh. Mengapa? Kerana kandungan L-theanine yang terdapat di dalamnya membantu tubuh menjadi lebih relaks dan mengubati stress. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau panas sekarang.
Ads
Bayam
Sayur bayam memang banyak khasiatnya. Bagi aspek kecantikan, bayam yang tinggi antioksidan mampu melawan semua jenis masalah kulit. Jadi mengapa anda harus mengelakkan sayur ini? Menu bayam rebus atau ditumis dengan sedikit minyak sudah menjadikan ia berbaloi dan untuk nampak cantik.
Chia Seed
Chia seed mungkin baru diterima dalam masyarakat kita sedangkan makanan ini sudah lama diketahui akan khasiatnya. Lemak Omega-3 yang terdapat dalam flax seeds dan chia seeds sempurna untuk melawan kedutan dan jerawat.
Seleri
Seleri yang selalunya dimakan mentah bersama sos istimewa juga dijadikan bahan sampingan dalam sup sebenarnya banyak menfaat untuk kulit cantik. Ia mengandungi sodium dan potasium yang membantu kulit dari dehidrasi.
Ads
Betik
Buah tempatan ini usah dipandang remeh kerana fungsinya cukup besar untuk kulit yang cantik. Betik rendah fruktosa dan mengandung nutrisi antioksidan, kaya vitamin C dan E serta beta karoten, yang bagus untuk jerawat.
Lobak Merah
Selain baik untuk kesihatan mata, lobak yang kaya dengan vitamin A ini mampu mencegah produksi sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Mata cantik kulit pun tampil cantik. Jom amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seakan sudah menjadi kebiasaan anak-anak kecil jika dibawa ke shopping mall, pantang lalu depan kedai mainan. Mesti mereka hendak memilikinya dan kalau kita sebagai ibu ayah tidak membeli mainan tersebut, masa-masa itu juga anak akan melalak dan meragam.
Begitu jugalah cabaran yang dilalui oleh isteri usahawan terkemuka, Datin Seri Shahida baru-baru ini ketika pergi ke pusat membeli belah bersama anak-anaknya.
Keadaan tersebut dikongsikan olehnya melalui rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Beliau dilihat menarik-menarik anaknya untuk tujuan menghalang dua anak kecilnya, iaitu Yusoff dan Raudhah daripada memasuki kedai mainan.
Akhirnya Terpaksa Akur
Melihat keadaan Datin Seri di dalam video tersebut yang bersungguh-sungguh menghalang anak-anaknya masuk ke kedai tersebut, hingga terpaksa ‘bergelut’ dengan si kecil namun akhirnya terpaksa akur jua dengan membelikan belon sebagai ‘umpan’ untuk tenangkan anak-anaknya itu.
Tak Semestinya Banyak Duit, Semua Keinginan Anak Dibelikan
Meninjau diruangan komen, nyata netizen memuji sikap Datin Seri Shahida dalam mendidik anak-anaknya agar tidak dimanjakan dengan membeli mainan. Pun begitu, netizen juga turut terhibur melihat gelagat santai seorang suami dan juga ayah yang terakam di dalam video tersebut.
Terlihat Datuk Aliff Syukri tidak menghiraukan keadaan tersebut namun terlihat santai membelek-belek label botol air sebelum minum .
ketika mama tgh struggle uruskan anak², ketahuilah ada seorg abah yg menikmati sebotol minuman.. 😂😂
Datin dok haru ngn ank2.. dato be like.. hidup harus tenanggggg.. 🤣🤣🤣🤣
adoii sabar ja lahh.. nasib ada kakak tolong mama😂😂. abah dok santai 😂
Buat penggemar kek buah yang dikukus pastinya akan berpuas hati bila dapat menikmati kek buah kukus yang mempunyai rasa yang lemak manis, moist dan sarat dengan pelbagai jenis buah-buahan kering di dalamnya.
Pun begitu, diakui menyediakan kek buah kukus ini bukanlah mudah dan biasanya mengambil masa yang panjang ketika proses mengukusnya. Melebihi dua tiga jam barulah kek buah kukus ini masak sempurna. Tapi bila sudah suka, masa memasak yang panjang bukanlah halangannya untuk kita sediakan kek buah kukus ini. Apatah lagi, keistimewaan kek buah yang dikukus boleh bertahan hingga berbulan-bulan lamanya jika disimpan dengan baik.
Untuk itu, sesiapa yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri apa kata buat dengan resipi yang dikongsikan oleh Maz Abdul. Merujuk resipi yang dikongsikannya itu, masa yang diambil untuk mengukus kek buah ini adalah dua jam dan ada tips atau teknik kukusan yang dikongsikannya juga. Nak tahu lanjut, ikuti resipi dan cara membuatnya.
RESEPI KEK BUAH KUKUS
Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit
– panaskn gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
– masukkn air panas perlahan-lahan dan masak semula hingga gula larut.
– masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
– masuk pula mix fruit, masak hingga mendidih
angkat dan biarkan sejuk.
Bahan B
300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
– ayak bahan2 3 kali
– masukkan ke dalam adunan A sikit-sikit sambil dikacau hingga rata.
Bahan C
3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla
– pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
– boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
– tuang adunan dalam loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak sahaja)
– tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dengan kain.
– pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
– kukus kek selama 2 jam.
Sejam yang pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
– bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dalam kek tak turun ke bawah)
-tunggu sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA
Asyik makan sup atau daging goreng sahaja, apa kata ibu-ibu cuba resipi Yang dikongsikan oleh saudara Hmi Yusof ini . Nampak sedap dan menyelerakan.
Daging bakar Thailand style.. Sawadikappp…!!! Gais, saya nak share menu saya try semalam. Nampak macam sikit & simple tapi bila makan memang kenyang.
Kalau dah bosan mengadap nasi hari-hariBoleh la cuba resepi ni…serius sedap. aroma segar dari daun ketumbar buat rasa nak repeat buat lagi.
Jangan lupa share dulu, nanti dah kebawah post ni jenuh nak scroll balik bile nak buat. Raya korban dah dekat nanti daging banyak kat rumah boleh la cuba.
RESEPI
Untuk daging:
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Serbuk lada hitam
Minyak masak .
Caranya:
Gaul semua bahan dan perap bersama daging selama 1 jam. Lepas tu bakar ikut tahap garing yang korang suka.
Tips:
Jangan bakar lama sangat untuk maintain moist daging tu.. baru sedap.
Saya bakar atas hot plat / gridle pan. . Untuk Pencicah… Bawang putih (bakar dulu) Cili merah Cili thai Daun ketumbar Sos nampla(sos ikan) Air limau nipis .
Caranya:
Potong halus dan tumbuk cili & bawang putih.
Cincang halus daun ketumbar Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis.
Nak hidang bersama salad atau bahan lain pun boleh juga.Tapi saya suka steam & grill vege. . .Sos ni sedap juga kalau uolls nak grill udang @ sotong sekali…Siappp…!!! jom makann….
Sumber: fb Hilmi Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.