Keibubapaan

“10 Hari Sebagai Mum Bapak Mohsein” Sharifah Amani Kongsi Momen Indah Berpantang!

Share

Pelakon Sharifah Amani yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 26 Jun lalu berkongsi momen indahnya ketika berpantang.

Menerusi Instagramnya, pelakon genit cantik manis ini memuat naik beberapa koleksi foto dirinya yang kini sedang berpantang.

Malah dia yang kini bergelar ibu, meluahkan rasa syukurnya dengan pengalaman 10 hari membesarkan buah hati kesayangannya, Ahmad Mohsein.

 

“10 hari sebagai Mum Bapak Mohsein. Syukur Alhamdulillah 🫶❤️🫶,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Namun apa yang menarik perhatian pastinya beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh pelakon handalan ini buat kenangan serta tatapan pengikutnya di Instagram.

Selain menu berpantang yang enak-enak belaka, Sharifah Amani juga turut berkongsi rutin harian berpantangnya iaitu mengurut.

Paling menarik perhatian pastinya beberapa aksi suaminya, Ahmed Faris yang begitu setia menjaga cahaya mata mereka malah mendodoikan buah hati kesayangan yang berada dipangkuan.

Meninjau di ruangan komen rata-rata rakan selebriti dan wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut mendoakan yang terbaik buat pasangan ini serta si comel Ahmad Mohsein agar terus membesar dengan sihat.

Terdahulu Sharifah Amani dan suaminya, Ahmed Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022. Pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 26 Jun yang lalu.

 

Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA

 atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my