10 Cara Pulihkan Gigi Yang Sakit, Cuba Dulu Dan Tengok Hasilnya, Sangat Membantu!

Share

Kalau cakap pasal sakit gigi memang tak dapat nak gambarkan bagaimana rasa sakitnya. Memang rasa teramat sakit. Kalau waktu ni jangan la ada yang nak datang bertanya itu dan ini atau nak komen macam-macam.

Lebih-lebih lagi sakit ketika waktu malam hari. Cemas dan adakalanya rasa pemikiran jadi buntu untuk cuba kesemua petua yang pernah diajarkan oleh orang tua kita. Ketika inilah kita sibuk cari Mr Google untuk dapatkan info bagi meredakan kesakitan.

Kalau anda terdesak, patut cuba 10 cara ini untuk kurangkan kesakitan anda. Tapi esoknya, wajib pergi jumpa doktor dan rawat gigi yang sakit tu ya.

1. Tempelkan bawang merah yang telah dilumatkan, bersama dengan garam ke dalam gigi berlubang.

2. Letak garam kasar ke dalam lubang dan kumur dengan air garam.

3. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

4. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

5. Ambil bunga cengkih, tumbuk kasar kemudian letakkan pada kawasan gigi yang berlubang.

6. Gunakan garam sebagai ubat berkumur. Garam mengandungi zat yodium yang dipercayai dapat menghapuskan bakteria yang menempel pada gigi yang berlubang.
Larutkan garam ke dalam air suam dan kumur tiga kali. Lakukan dengan kerap untuk cepat sembuh sakitnya.

7. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

8. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.


9. Bagi gigi garham pula, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam gigi garham yang berlubang.

10. Gosok gigi berlubang dengan asam jawa dan buat langkah ini setiap hari.

Buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang tinggi adalah baik untuk mengurangkan kesakitan gigi. Ambillah buah-buah seperti oren, kiwi dan strawberi
untuk pulihkan sakit anda.

Selebihnya, pastikan anda berjumpa pakar atau doktor gigi untuk memeriksa kondisi gigi anda. Ini penting!