Kalau cakap pasal sakit gigi memang tak dapat nak gambarkan bagaimana rasa sakitnya. Memang rasa teramat sakit. Kalau waktu ni jangan la ada yang nak datang bertanya itu dan ini atau nak komen macam-macam.
Lebih-lebih lagi sakit ketika waktu malam hari. Cemas dan adakalanya rasa pemikiran jadi buntu untuk cuba kesemua petua yang pernah diajarkan oleh orang tua kita. Ketika inilah kita sibuk cari Mr Google untuk dapatkan info bagi meredakan kesakitan.
Kalau anda terdesak, patut cuba 10 cara ini untuk kurangkan kesakitan anda. Tapi esoknya, wajib pergi jumpa doktor dan rawat gigi yang sakit tu ya.
1. Tempelkan bawang merah yang telah dilumatkan, bersama dengan garam ke dalam gigi berlubang.
2. Letak garam kasar ke dalam lubang dan kumur dengan air garam.
Ads
3. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
4. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
5. Ambil bunga cengkih, tumbuk kasar kemudian letakkan pada kawasan gigi yang berlubang.
Ads
6. Gunakan garam sebagai ubat berkumur. Garam mengandungi zat yodium yang dipercayai dapat menghapuskan bakteria yang menempel pada gigi yang berlubang.
Larutkan garam ke dalam air suam dan kumur tiga kali. Lakukan dengan kerap untuk cepat sembuh sakitnya.
7. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
8. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
Ads
9. Bagi gigi garham pula, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam gigi garham yang berlubang.
10. Gosok gigi berlubang dengan asam jawa dan buat langkah ini setiap hari.
Buah-buahan yang mengandungi Vitamin C yang tinggi adalah baik untuk mengurangkan kesakitan gigi. Ambillah buah-buah seperti oren, kiwi dan strawberi
untuk pulihkan sakit anda.
Selebihnya, pastikan anda berjumpa pakar atau doktor gigi untuk memeriksa kondisi gigi anda. Ini penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi pasangan raja sehari, mereka ada cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia supaya dapat dikenang sehingga ke akhir hayat. Daripada pemilihan pakaian, lokasi, tarikh dan juga hantaran, segalanya mahu nampak istimewa.
Hantaran Al-Quran Tulisan Tangan
Sebut tentang hantaran, seorang jurugambar semalam memuat naik satu perkongsian di Twitter, tentang kawannya yang memberi hantaran berbentuk senaskah al-Quran yang ditulis tangan sendiri olehnya kepada isteri.
Ambil masa 3 tahun tulis tangan
Thread yang dibuat oleh Raja Nazrin ini telah nyata menjentik perhatian netizen. rata-rata memuji kegigihan pengantin lelaki tersebut dalam memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat pasangannya.
Menurut Raja Nazrin, al-Quran tulisan tangan itu mulai ditulis sejak tiga tahun sebelum ini, iaitu semasa pengantin lelaki masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama dengannya.
a
Cantiknya tulisan jawi dia..
Rata-rata netizen berasa kagum dengan pemberian tersebut. Mereka turut berasa terpegun dengan tulisan tangan pengantin lelaki yang sangat cantik dan tersusun itu.
Dalam ketawa kita, rupanya ada insan sedang berduka. Dalam kita diberi kesihatan yang baik ada insan yang kesakitan. Juga yang kaya, ada yang miskin. Begitulah putaran hidup manusia. Sebagaimana umat manusia, pastinya jiwa meruntun melihat ada umat yang dilanda kesusahan hidup.
Kala membaca coretan perkongsian di laman facebooknya, Yan Sg Pinang atau nama sebenar, Puan Azlezan yang disahkan menghidap kanser otak tahap empat, memohon kenalan mendoakan kesihatannya dan melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang dihulurkan kepadanya. Beliau tabah dengan dugaan ini demi suami dan anak-anak.
Sesiapa yang mengenali Yan Sg Pinang..di sini kyan ingin meminta pada semua hamba Allah, tolong doakan kesembuhan buat diri kyan..doakan… mudah-mudahan dipanjangkan usia supaya boleh beramal ibadat kepada nya sebelum menghadapi maha pencipta ?, doakan semoga kyan dapat melawan canser,kuat semangat,kuat antibodi,kuat fizikal mental dan emosi.. Aamin ya Rabbal Alamin… untuk makluman semua kyan sekarang di uji tahap kesihatan yang menurun dan kritikal…di mana sejak 2 bulan kebelakangan ini sel kanser aktif semula dan mengakibatkan saluran darah pecah kemudian merebak sebelah kiri tubuh badan kyan…di mana kaki kiri,tangan kiri tidak boleh berfungsi,mata kiri kabur,dan telinga kiri rosak, sekarang sejak kebelakangan ini kyan terpaksa menggunakan kerusi roda dan tongkat untuk pergerakan….di sini kyan merendah diri, ingin meminta sahabat handai doakan semoga kYan kembali sihat seperti sediakala,jika ada kesalahan tau pun terasa hati sepanjang mengenali diri kyan…kyan memohon ampun dan maaf kepada semua..di sini juga kyan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan, pertolongan dari semua pihak..dari NGO, persatuan,ketua kampung,penduduk2,taman perumahan, sekolah2,guru2, perseorangan,YB, datuk datin,keriah masjid mahupun surau…yang sudi meluangkan masa datang ziarah kyan sekeluarga..jasa baik budi kalian hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas nya..kyan tak dapat membalas budi baik kalian,hanya dapat mendoakan kesejahteraan kepada semua hamba Allah yang dermawan dan perhatian…. ucapan jutaan terima kasih dari kami sekeluarga….. doakan kesembuhan buat diri kyan..
Terdahulu, wanita berusia 35 tahun ini disahkan menghidap kanser itu sejak 2016 selepas mengalami strok otak. Menurutnya, sebelum itu dia selalu berulang-alik ke klinik kerana sering sakit kepala dan migrain.
“Bagaimanapun, pada Disember 2016 selepas bangun dari tidur, saya tak ingat apa-apa, otak rasa kosong. Selepas pemeriksaan lanjut di hospital, doktor sahkan saya menghidap kanser otak tahap empat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Pinang Raja.
“Bagaimanapun, pada Disember 2016 selepas bangun dari tidur, saya tak ingat apa-apa, otak rasa kosong. Selepas pemeriksaan lanjut di hospital, doktor sahkan saya menghidap kanser otak tahap empat,” katanya yang tinggal di kediamannya di Taman Pinang Raja.
Tidak lama kemudian katanya, doktor mengesahkan dia bebas tetapi kegembiraan itu tidak lama apabila sel kanser kembali aktif.
“Selepas Aidilfitri tahun lalu, sel kanser kembali menyerang menyebabkan mata jadi kabur dan telinga kiri kurang jelas. Begitu juga tangan dan kaki kiri jadi lemah. Mujur ada suami dan anak-anak membantu.
Minta bantuan jiran dan rakan sumbangan pakaian sekolah
Ibu kepada empat cahaya mata berusia 13 hingga 4 tahun ini berkata, dugaan datang bertimpa apabila suaminya, Zainal Abidin Mohamed Ali, 48, yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Sultan Suleiman, di sini tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu.
“Tuhan saja yang tahu apa yang kami tanggung. Lebih sedih lagi bila awal tahun kami tak dapat sediakan kelengkapan untuk anak-anak sekolah.
“Sehingga saya terpaksa meminta bantuan jiran dan rakan sumbangkan pakaian sekolah terpakai untuk anak-anak kami,” katanya.
Menurutnya, pendapatan suaminya hanya RM1,500 sebulan dan tidak cukup menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
“Dulu sebelum jatuh sakit saya memang ambil upah berurut untuk bantu tambah pendapatan keluarga. Malah masa sakit pun saya masih lagi gagahkan diri berurut sebab dua tangan masih kuat. Tapi sejak sel kanser kembali aktif, saya hanya mampu baring.
Azlezan memberitahu, dia bersyukur kerana ada jiran, sahabat serta orang ramai yang datang menghulurkan sumbangan barangan keperluan.
“Baru-baru ini Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumah. Alhamdulillah, mereka akan bantu ringankan beban kami,” katanya yang dilihat sesekali menahan sakit.
“Apa lagi pilihan lain yang saya ada, selain reda dan tawakal? Setiap hari saya tak pernah kenal putus asa berdoa supaya ALLAH SWT memberikan kekuatan dan sembuhkan penyakit ini,” katanya.
Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank Zainal Abidin Mohamed Ali, 112464126954 atau menghubungi Azlezan di talian 011-23352038.
Setiap yang manusia yang bernyawa pasti akan menemui ajal suatu hari nanti. Cuma kita tidak tahu pengakhiran yang bagaimana. Semua orang mahu mati dalam keaadaan yang baik namun segalanya di tangan Yang Maha Pencipta.
Namun wanita ini cukup ‘istimewa’. Arwah ibu kepada pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad meninggal dunia baru-baru ini dan berita tersebut dikongsikan oleh Ustaz Abdul Somad menerusi laman Instagramnya.
Menurut laporan portal berita seberang, Tribun News Ustaz Abdul Somad turut berkongsi detik-detik sebelum arwah ibunya menghembuskan nafas kali terakhir.
Ustaz Abdul Somad berkata, ibunya pergi mengadap Tuhan dalam keadaan yang dingininya iaitu selepas mandi, membersihkan diri, mengambil wudhuk dan menunaikan solat.
Ujar beliau lagi, seperti biasa ibunya sempat membaca Al-Quran, berzikir, mendirikan solat tahajud dan berwitir. Malah, arwah ibunya juga sempat bersahur untuk menunaikan puasa sunat hari Isnin. Sesudah itu, arwah membuka laman Youtube untuk menonton beberapa video ceramah milik Ustaz Abdul Somad.
Allahyarhamah Rohana kemudian mandi sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh sebelum mengadu sakit kepala. Bagaimanapun, sesudah sahaja selesai menunaikan solat subuh, arwah ibunya jatuh pengsan dan segera dikejarkan ke hospital RS Sansani Pekanbaru.
Akhirnya, arwah yang berumur 71 tahun menghembuskan nafas terakhir di hospital. Jenazah kemudian dibawa pulang ke kampung halaman mereka di Sumatera Utara untuk dikebumikan.
Menurut Ustaz Abdul Somad, arwah sebelum ini mengharapkan dirinya tidak menanggung kesakitan terlalu lama selain mahu ‘pergi’ dalam keadaan bersih dan selepas menunaikan solat.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.