Dari kecil lagi asyik melekat, tak hairanlah anak jadi terlebih manja sehingga susah untuk berjauhan dengan ibu. Apa nak buat bila anak terlebih manja macam ni?
Beri anak kita masa untuk dirinya berdikari dan bantu anak kita untuk punya keyakinan diri. Ini yang mak ayah boleh lakukan.
1. Elak terlalu cepat datang bila dia menangis. Jangan menerpa anak dalam keadaan panik. Biar dulu sekejap, jenguk dulu kenapa dia menangis. Latih anak untuk tenang sendiri. Cuba bersuara dari jauh. Contohhnya “mommy kat sini”, “mommy ada ni”, “jap..jap mommy datang”. Biar dia rasa ‘secure’ dan tahu kita ada berdekatan.
2. Banyakkan komunikasi dengan anak walaupun dia tak faham. Sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh, bercakap ngan dia. Waktu dalam rumah pun bercakap.
Latih anak kecil kita untuk tahu yang kita bercakap dengan dia. Latih perlahan-lahan untuk si kecil terima arahan dari kita. Anak yang faham arahan akan lebih behave.
3. Elak untuk ‘over protective’. Biar anak meneroka dunia perkembangan dia dan elakkan terlalu menyekat dengan itu tak boleh, ini tak boleh. Cuma yang perlu dijaga, jangan bagi anak jatuh luka je. Anak manja kebanyakannya kuat merajuk dan suka memberontak.
Mommy cuma campur tangan bila perlu. Latih anak untuk bergaul dengan rakan sebaya, anak-anak saudara dan saudara-mara. Tapi jangan lupa ajar dia untuk elakkan orang yang tak dikenali juga.
4. Latih anak untuk tidur awal. Jam 8.00pm -8.30pm adalah waktu untuk tidur. 9.00pm paling lewat. Latih dari kecil, dia akan biasa. Bila anak terjaga waktu malam, lepas menyusu suruh atau tidurkan dia semula. Jangan sesekali ajar bermain atau buka lampu terang. Anak perlu tahu beza malam dan siang dan dia perlu dilatih.
Ads
5. Buat senarai setiap kali pergi shopping barang dapur. Masa anak kecil, bacakan untuk dia setiap barang yang ambil dari rak sambil tandakan pada kertas. Biar anak nampak perbuatan kita. Dia akan set dalam kepala, apa yang dibeli hanya dari apa yang disenarikan.
Elakkan pembelian yang tak dijangka. Bila anak dah besar sikit, boleh bincang dengan dia apa yang dia nak waktu kita buat senarai pembelian. Biasa dia akan minta mainan, coklat dan sebagainya. Jadi, masukkan dalam senarai barangan dia sekali.
6. Latih anak untuk bargain, nego, alternative. Contoh, waktu dia pilih mainan, cuba guide atau ajar untuk other option. Kalau yang mahal, cuba bandingkan dengan yang lebih murah. Kalau coklat, cuba cadangkan untuk biskut dan sebagainya. Tapi, jangan terus tolak permintaan dia.
7. Selalu pesan utuk berhati-hati dekat tempat awam. Pesan dari rumah, dalam kereta ulang lagi, sampai mall ulang lagi. Puji dia kalau dia ‘baik’. Bagi ganjaran sikit, contohnya cium dia.
Ads
8. Marah atau hukum jika anak buat salah. Contoh;
Bayi – Boleh gunakan nada suara atau gerak tubuh. Biar dia tahu perbezaan nada atau gerakan yang kita gunakan.
Anak 1-3 tahun – Nada suara atau pukul lembut di tapak tangan. Terangkan kenapa dia perlu dihukum.
Anak 3-6 tahun – Pukul ditapak tangan guna bare hand atau objek macam hanger kecil. Pukul perlahan je, ambil syarat. Terangkan kenapa dihukum, apa yang sepatutnya dan sebagainya.
6 tahun keatas – Waktu ni dah boleh gantung rotan pada dinding. Jangan lupa terangkan kegunaan rotan tu.
9. Selalu set yang kita adalah ibu bapa. Kita yang kawal dan bentuk anak, bukan anak yang kawal kita. Bentuk anak bukan maksud kita tak sayang anak, tapi kita cuba disiplinkan anak-anak. Setiap ibubapa ada caranya tersendiri.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Bahagia itu pilihan kita. Ada yang sanggup berhutang untuk kelihatan mewah dipandang mata orang lain.
Ada yang mampu tapi memilih cara hidup sederhana. Setiap orang punya pilihan sendiri.
Malah ada segelintir beranggap menilai berdasarkan kenderaan. Dianggap sengkek bila mana mempunyai kenderaan biasa-biasa aje.
Begitulah yang dikongsi oleh saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol mengenai sikap yang mementingkan status bergaya.
Biar Nampak Biasa Tapi Kaya Dan Mulia
Teringat masa Aku dan wife pakai wira dulu. Kami juga pernah lalui dan rasai pengalaman yang sama.
Kebanyakkan orang kita memang begitu fikirannya. Pada mereka, “status berjaya” bila kau memandu HONDA atau BMW sahaja…
“KERETA”, Itulah satu-satunya cara sesetengah orang kita nak tunjukkan pada “dunia” yang mereka itu telah sukses dan berjaya.
Yelah, takkan nak tunjuk duit berkepok dan emas depan kawan-kawan. Takut kena pow pula nantikan. Malah mungkin ada yang sindir riak.
Samalah juga kalau ada banyak rumah dan tanah, tak boleh jugak nak tunjuk kat kawan-kawan dan saudara-mara bila balik kampung nanti.
Jadi akhirnya, keretalah menjadi simbol paling mudah nak tunjuk pada orang kononnya mereka telah berjaya.
“Kita kena tunjuk apa yang kita ada bro. Kalau tak, orang tak tahu kita dah berjaya. Barulah mereka “respect” kat kita”…Kata seorang teman.
Dulu Aku suka perhatikan gelagat orang yang “upgrade” kereta dari kereta “biasa” ke jenama yang mahal dan mewah ni. Antara gelagat mereka ;
▪︎ Kalau dulu jarang “up” gambar kereta kat FB, lepas upgrade rajin pula selalu share status…Cth, “alamak jem pulak. Dah lambat ni”…Sambil “caption” bergambar tunjuk stereng kereta.
▪︎ Kalau dulu datang majlis open house, kenduri kahwin dan reunion sanggup parking jauh, tapi lepas upgrade kalau boleh nak park sampai depan pintu masuk majlis.
Rugilah nanti orang tak nampak depa datang naik kereta apa…Buat-buat turunkan barang atau wife pun takpe…Nanti abang cari tempat parking lain.
▪︎ Kalau dulu lepak kedai makan kunci kereta dalam poket je, lepas upgrade kunci selalu ada atas meja.
RAMAI AJE YANG MAMPU TAPI PILIH HIDUP SEDERHANA
Begitulah selalunya…
Ramai orang kita ingat, mereka yang bersederhana, pakai biasa-biasa dan naik kereta biasa-biasa tu sengkek dan tidak berada.
Ada beberapa kenalan Aku terdiri daripada pensyarah, lawyer, doctor dan engineer, yang mampu beli barangan mewah dan berjenama, tapi mereka beli yang biasa-biasa saja.
Ada yang mampu beli kereta mewah, tapi mereka tak upgrade. Depa naik kereta biasa saja bila pergi kerja.
Ada juga yang mampu beli rumah besar, tapi mereka duduk rumah teres biasa sahaja.
Ada yang mampu beli beg dan pakaian di butik berjenama, tapi mereka lebih gemar beli baju di kedai biasa saja.
Mereka ini lebih mudah memberi derma dan bersedekah kerana mereka pandai “bersederhana” dan berjaya mencapai “Financial Freedom” di usia muda.
Dik, ni abang nak pesan…
Jangan kita menilai kejayaan dan kekayaan orang melalui harta yang di tunjukkan oleh mereka.
Kadang-kadang semua “kemewahan” yang ditunjukkan tu semuanya auta dan “fake” belaka. Jangan kita mudah terpedaya.
Matlamat kita adalah untuk hidup sederhana dan menjadi contoh kepada generasi muda terutamanya kepada anak-anak kita.
Jadilah “KAYA DAN MULIA” dan berhentilah berlakon “PURA-PURA NAMPAK KAYA” kalau bab belanja makan dan sedekah pun kau nak berkira.
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pada era digital ini tidak dinafikan anak-anak kita semakin terdedah kepada teknologi skrin seperti penggunaan telefon pintar, tablet, komputer, laptop dan sebagainya. Meskipun teknologi membawa manfaat, penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk mengawal penggunaannya.
Menetapkan had masa pada anak-anak yang munasabah umpamanya boleh dijadikan salah satu cara yang berkesan untuk elakkan atau mengurangkan risiko ketagihan video games daripada terjadi.
Pun begitu, nak dijadikan cerita baru-baru ini melalui perkongsian TikTok @ainusdi telah berkongsi video di mana suaminya terpaksa membawa anak kedua mereka ke balai polis gara-gara anak mereka meninggikan suara disebabkan tidak dapat memuat turun game Roblok di telefon bimbit.
Tambah si ibu lagi, sebelum ini anak-anaknya telah diberikan hukuman cubitan namun seakan-akan tidak memberi kesan kepada anak-anaknya dan seakan tidak dapat pula dibendung sikap anaknya itu.
Oleh yang demikian, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan akhir dengan terpaksa menggunakan ‘tektik’ tersebut dengan membawa anak mereka itu ke balai polis. Meskipun anaknya itu terlihat meraung namun pasangan suami isteri ini nekad dan tujuannya hanya satu untuk memberikan kesedaran kepada anaknya itu.
Menjengah ke ruangan komen, siapa sangka meskipun tindakan ibu bapa ini terlihat begitu tegas dalam memberikan pengajaran kepada anak-anak mereka namun ada juga netizen yang menyokong cara sedemikian. Tidak dengan itu ramai juga yang berkongsi kesan buruk terhadap sikap anak-anak apabila ketagihan permainan video untuk dijadikan pengajaran bersama.
“addict game roblox ke….kalo betol…samalah..dgn anak sy…hujung2….saya ngamuk..uninstall terus….,” tulis salah seorang ibu di ruangan komen.
“pakai link fmly.. aq pakai link fmly tu dekat 5 tahun dh.. senang pantau ank ank.. game roblox ni memang xelok utk budk2,” tulis yang lain pula.
“Aku sokong method kau kak. 👍kte kne tegas dgn ank2 ni. xleh ikut ckp ank. BAHAYA.” ujar yang lain tanda setuju dengan tindakan yang dibuat.
Ustazah Asma’ Harun Dedah Gelaran Yang Buat Dirinya Hampir Nak Tinggalkan Dunia Dakwah, Kisah Yang Meruntun Jiwa.
Jadilah wanita hebat seperti Ustazah Asma Harun.
Walau di kecam tidak pula memburukan orang lain. Tidak pernah melontar kata-kata buruk untuk raih perhatian.
Tidak menyalahkan sesiapa apabila dirinya dikecam. Bagaikan lilin yang membakar diri, tetap mendoakan yang terbaik.
Lontaran kata-kata penuh inspirasi, figura berwajah redup ini pernah berhasrat untuk bersara dari dunia dakwah namun tetap tabah untuk menyampaikan ilmu dan hal kebaikan berpandukan Al-Qur’an dan hadis.
Bersuara lembut tetapi tegas apabila berbicara membuatkan anak kelahiran Terengganu dikagumi ramai. Lebih istimewa rupanya ibu kepada tujuh orang anak ini adalah keturunan daripada susur galur golongan pendakwah di Negeri Terangganu Darul Naim.
Seterusnya menerusi perkongsian video KELUARGA INSPIRASIPendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, mendedahkan dirinya acap kali menerima kecaman sehingga diberi beberapa gelaran yang kurang sedap didengar dengan kata-kata kesat dan sindiran.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hati wanita ini kental dengan cabaran yang datang, dia bersedia untuk menghadapi untuk kecaman apabila mengupas sesuatu yang tular atau pihak-pihak tertentu.
“Berpegang kepada kata-kata Iman Shafie, bahawa jadilah kamu seperti kayu gaharu, apabila dibakar akan lebih mewangi.
“Saya anggap hinaan dan kecaman itu ibarat mereka sedang membakar.
“Maknannya saya harus membalas dengan cara baik ,memberi reaksi dan kebaikkan. kadang Saya harus akui ada kesilapan dalam menegur ketika menyampaikan. Dan mungkin kaedah penyampain itu tidak sampai, jadi salah faham.
“Oleh sebab itu saya kena kawal kecaman dan hinaan itu. Kadang ia betul. Saya kena muhasabah diri. Jika ia tidak benar, kita minta ampun pada Allah semoga orang yang membuat kecaman itu diampun kan Allah.
“Begitulah cara saya bertahan dalam dunia dakwah yang tidak menjanjikan pujian tetapi lebih banyak cacian dan kejian.”
VIDEO KELUARGA INSPIRASI: USTAZAH ASMA’ HARUN
GELARAN DALAM BENTUK KECAMAN SEPANJANG BERDAKWAH
Hati mana yang tidak sebak apabila pelbagai gelaran diberi, namun begitulah pentas dunia. Kebaikkan dibalas dengan kata-kata kejian.
“Saya pernah digelar ‘penjual agama’, penunggang agama, sukakan kemasyuran. suka tunggang isu viral supaya kekal diperkatakan, wanita punca kepada fitnah.”
Jauh di sudut hatinya sedih apabila digelar sebegini, namun kadang kataanya lebih ralat apabila kecaman yang datang adalah daripada individu ilmuan.
RASA NAK BERSARA TAPI BANGKIT SEMULA
“Tipu jika kecaman itu datang dalam bentuk video dan kata-kata saya tak koyak., saya tak down, Saya manusia biasa dan perempuan. Tentu saya ‘down’. Memang fikir dan terasa hati.
“Tapi saya cepat bangkit. 10 kali jatuh, 11 kali bangkit. 10 duduk dan tanpa henti bangun kembali. Sampai saya kata cukuplah saya nak fokus kepada anak-anak pula.”
“Kadang rasa nak fokus kepada keluarga, semua Allah dah bagi cukup. Tapi setiap kali saya berniat begitu, setiap kali itu Allah akan tunjukkan keputusan itu salah. Allah beri ujian.”
“Motivasi diri buat saya apabila diperlaku begitu adalah dengan berkata bahawa,
‘saya layak di hina dan dikecam. Bahkan kalau manusia hakikat aib saya, hakikat diri saya dan keburukan saya. Saya lebih layak dikecam lebih daripada itu’.”
Nyata dunia dakwah bukan sesuatu yang mudah. Bukan calang-calang mampu bertahan dengan kata-kata kesat dan sindiran.
Namun Ustazah Asma Harun tekad untuk istiqomah untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.