“10 bulan 5 Hari Je Ummi Dapat besarkan Awak Sayang.” Allahu, Bayi 10 Bulan Retak Tempurung kepala Sudah Tiada.

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedih dan pilu mendengar perkhabaran akan kematian Adik Naufal Amsyar  pagi semalam selepas empat hari dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Berita sedih tersebut dikongsikan oleh bapanya Nabil Fikri Anwar, 28,menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Nabil, anaknya Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.

“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi,” katanya hari ini.

Selasa lalu, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.

Dalam pada itu, ibunya Eyka Rohmat memuat naik status selepas kematian anak tunggalnya itu. Sedih dan pilu terasa tatkala membaca catatan ibu ini.

9 bulan ummi bawak awak kehulur hilir , 10 bulan 5 hari je ummi dpt besarkan awk syg? ALLAHU. Disini awk dilahirkan disini jugak awak pergi tinggalkan ummi ayah syg ?tnggu ummi ayah tau nnt kita main air sama sama?

#naufalamsyar
#anaksyurgaummiayah
#alfateha

Sumber: Eyka Rohmat’s

IKLAN