10 Beradik Sepakat Renovate Rumah Mak Ayah Untuk Lebih Selesa & Membahagiakan!

Share

Terlihat perkongsian saudara Faisal Suhaimi di  Group Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka adik beradik mengubah suai rumah orang tuanya cukup mengujakan.

Tempoh ubah suai mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan total kos yang dilakukan adalah di bawah RM 10K.

Mengetahui lanjut kisah keluarga yang hebat ini, ikuti perkongsiannya bersama KELUARGA.

Sebelum & Selepas

SELEPAS

Adik Beradik Berkerjasama 

Berkongsi kisah bagaimana tercetusnya keinginan10 adik beradik ini agar sepakat membuat ubah suai kediaman orang tua mereka daripada biasa menjadi cukup luar biasa, ianya dikongsikan oleh Faishal Suhaimi yang merupakan anak ke lima daripada 10 beradik.

Katanya,  “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.

“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”

Semua Buat Sendiri

Bila diajukan soalan mengenai siapakah yang melakukan kerja-kerja pertukangan,  jawapan yang diberikan cukup mengujakan.

“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.

“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.

“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah  hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.

Tersentuh Hati Ibu

“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”

“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”

Bergambar bersama 8 dari 10 adik beradik. (2 orang lagi di Pasir Putih, sorang di Ipoh tak boleh rentas daerah)

“Jadinya bolehlah kami adik beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah.

Sumber : Faisal Suhaimi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club