1 Hari 50 Kali Nak Cuba Cat Dinding Pun Boleh. Ni Triknya!

Share

Setiap kali ingin mengecat rumah pasti kita berdepan dengan delima sama ada pilihan warna yang kita pilih itu menarik atau sebaliknya. Bahkan andai tersilap pilih warna ruang rumah menjadi tidak berseri pula.

Jadi apa kata anda ikut trik yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini. Caranya cukup mudah dan menurutnya dalam sehari 50 kali mencuba mengecat dinding rumah tiada masalah baginya.


1 hari 50 kali boleh cat rumah sampai jumpa warna idaman ! Heee

Senang sahaja ikut step ini. Nippon tak best appsnya. Guna Dulux Visualizer MY. Downloand di Appstore or Google Play.

1 – Install apps

2 – Kena allow setting untuk guna kamera. Untuk mula tekan simbol kamera

3 – Ambil gambar direct atau tekan simbol dalam bulatan dan akses gambar dalam album. Pilih gambar dinding.

4 – Pilih More Colour dan mulalah bereksperimen. Lepas pilih colour,tap pada ruang dinding.

Mudahhh kan . Copy code colour dan pergi ke kedai Dulux / kedai jenama lain yang seakan sama warnanya.

Tapi kalau nak tepat,Dulux lah sebab ini app dia. Silakan mengecat. Haa

sumber : ben safwan