Untitled design (38)

Selepas tiga minggu berada dalam keadaan koma, anak kepada penyanyi era-80an Azian Mazwan Sapuwan, menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Mohamad Aqil Zulkarnain meninggal dunia jam 11.30 pagi tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospitala Selayang.
Berita pilu tersebut dikongsi Azian yang juga bekas bintang Gegar Vaganza musim kedua, menerusi laman instagramnya.
“Ya Allah, kuatkan aku.” 3 Minggu Koma Akibat Kemalangan, Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia. Al-Fatihah!Assalamualaikum semua..
Innalillahiwainna ilaihirojiu’n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yg beriman.
Ya Allah..kuatkan aku.

Ads

Allahyarham Mohamad Aqil sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Dalam kemalangan tersebut Mohamad Aqil mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan. Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan.
“Ya Allah, kuatkan aku.” 3 Minggu Koma Akibat Kemalangan, Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia. Al-Fatihah!Sebelum ini suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain menulis di Facebooknya memaklumkan anaknya dalam keadaan koma bagi memulihkan hati dan limpanya selepas dibius sejak dimasukkan ke hospital.Beliau turut meminta sahabat handai dan orang ramai supaya mendoakan Mohammad Aqil Zulkarnain dan memohon maaf seandainya anak mereka pernah melakukan kesalahan terhadap sesiapa.

Ads
Ads

Lebih menghibakan, Aqil Zulkarnain baru sahaja menimang cahaya mata lelaki sebelum mengalami kemalangan jalan raya itu. Selain Aqil, pasangan ini memiliki enam lagi anak pasangan itu ialah Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI