Setiap kesenangan yang dikecapi hari ini tidak mustahil sebelum itu punya jalan ceritanya yang tersendiri. Mungkin orang melihat kehidupan kita sekeluarga nampak senang semua ada, namun kesusahan hidup tiada siapa pun tahu melainkan diri sendiri.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, semoga kisah pengalaman hidupnya ini dapat menyuntik inspirasi buat yang membaca.
Ini perkongsiannya.
“Cikgu tak apalah. Banyak duit, boleh la melancong sana sini bawa family. Kami yang biasa-biasa ni mana la mampu.”
Aku kahwin 11 Jun 2009. Dari hari pertama perkahwinan hingga Disember 2018, aku tak pernah bawa keluarga melancong ke mana-mana.
Hampir 10 tahun perkahwinan, kami hanya ke tempat yang dekat dengan rumah seperti pantai, air terjun, supermarket or pasar malam je.
Gitu je lah pusing-pusingnya dalam tempoh hampir 10 tahun perkahwinan. Pergi pasar malam bawa isteri dan anak-anak tu umpama bawa mereka menikmati sakura gugur di Jepun dah rasa masa tu.Kerana hanya itu kemampuan aku.
Kegembiraan Buat Keluarga
Aku cuma cikgu biasa. Gaji kecik, hidup pula dikota raya yang sangat menyesakkan dada. Namun aku ada satu semangat. Aku ada satu rasa tanggungjawab. Aku ada satu kemahuan yang tinggi.
Aku ada satu perasaan yang ingin memberi kegembiraan dan kebahagiaan seberapa banyak yang aku mampu kepada keluarga aku.
Tapi aku poket aku tak mampu. Memang tak sampai akhir bulan dah kekeringan. Aku takkan sesekali membuat pinjaman hanya untuk berjoli sakan dan enjoy sana sini. Bukan begitu caranya.
Keluar Pagi Balik Pagi
Tahun demi tahun, tanggungjawab makin bertambah dengan bilangan anak dan kos sara hidup. Bermula 2015 aku tidak lagi boleh mengharap gaji secara bulanan. Aku mula menjual air tin, menjual air mineral. Jam 2 pagi ke NSK mencari air.
2016 aku jual kasut bundle di downtown Cheras. Masa tu mengajar sesi petang. Balik saja sekolah, mandi, makan nasi, terus angkut kasut muat but buka meja di downtown.
Dari jam 8 malam keluar, pulangnya jam 5 pagi. Tidur sekejap bangun ke sekolah pula. Begitulah rutinnya. Jual air tetap jual juga.
Kerja macam kerbau. Aku dah kerja mengalahkan kerbau. Masa rehat kerbau lagi banyak dari masa rehat aku. Keluar pagi balik pagi. Dah macam zombie aku rasa. Masa dengan keluarga makin tiada. Sedangkan kewangan tak adalah berubah sakan. Ada la skit-sikit tambahan.
Masa ni aku duduk berfikir. Kenapa rezeki aku sempit. Kenapa susahnya nak tarik rezeki. Kenapa Tuhan bagai menjauhkan rezeki dengan aku. Aku duduk, aku fikir, aku muhasabah diri betul-betul. Di mana silapnya. Kenapa begitu kejam kehidupan pada aku.
Aku bukan meminta lebih. Aku tak minta Ferrari. Aku tak minta rumah agam. Aku tak minta gaji beratus ribu sebulan. Aku cuma mahu kehidupan yang lebih selesa buat keluarga aku.
Aku rasa loser gila. Simpanan langsung tak ada. Apa yang dicari, cepat sahaja habis entah ke mana. Sedangkan aku tak mencuri, segala modal kerja buat aku modal yang halal.
Ads
Abah dan ma perasan aku memang kacau masa ni. 2016 tahun betul-betul ujian buat aku. Hubungan dengan isteri jadi jauh. Selalu juga bermasam muka. Aku pula jenis tak pernah meluah apa-apa masalah kepada sesiapa. Tidak kepada isteri. Tidak juga kepada ma dan abah.
Namun naluri seorang ibu tu tinggi. Sangat tinggi. Dia tahu aku tengah sangat susah. Ma tahu aku sangat serabut. Ma dapat rasakan hidup aku penuh kekacauan. Ma telefon aku,
“Li. Kembali pada Tuhan. Kita hidup berTuhan. Solat kena jaga. Jauhi maksiat. Jauhi segala benda yang Tuhan haram. Li kena pergi Mekah sucikan diri. Buang segala kekotoran yang melekat tu. Minta sungguh-sungguh pada Tuhan. Menangis, mohon betul-betul.”
“Nak pergi macamana, Li tak ada duit. Langsung tiada simpanan ni. Tak apalah. Ma ada simpan duit yang anak-anak bagi. Yang abah bagi saban bulan. Pergilah.”
3 minggu sahaja dari tarikh ma call aku, aku sudah memijak tanah haram. Seorang diri aku pergi mencari diri yang hilang. Mencari tujuan hidup yang makin kelam. Mencari kebahagiaan yang makin terendam.
Aku hadap segala ujian sendiri di sana. Demam seorang diri. Menggigil seorang diri. Aku panjat Bukit Ajyad. Aku cari tok guru orang kita yang menetap di sana.
Aku minta mereka doakan aku. Setiap orang asing yang aku temui sepanjang jalan menuju Masjidilharam, aku minta mereka doakan kau.
“Doa ana.”
Itu je yang aku ucap setiap kali jumpa sesiapa yang mendekati aku.
Untuk Bahagia Perlu Membahagiakan
Sebaik pulang dari umrah, aku merenung lebih dalam. Aku membaca perkongsian positif yang ada. Aku cari di mana punca keberkatan rezeki. Aku mencari bagaimana untuk hidup bahagia.
Ads
Dan apa yang aku jumpa, untuk bahagia kita perlu membahagiakan.
Dari situ aku turun padang membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Walau masa tu aku sendiri tak berduit, namun aku bantu sekadar yang mampu.
Setiap kali ziarah, aku minta mereka doakan aku dan para penyumbang.
“Doakan saya. Doakan saya. Doakan saya.”
Itu yang aku duduk ulang-ulang dari dulu. Benarlah, bila kita bantu orang, Tuhan akan hantar orang baik-baik mendekati kita. Yang percaya pada kita. Yang sudi mengirim duit sampai puluhan ribu pada aku untuk disalurkan kepada orang miskin dan anak yatim.
Betapa mereka percaya pada aku yang bil letrik tertunggak, yang bank call nak tarik kereta. Mereka serah bulat-bulat tanpa minta bukti, tanpa usul periksa.
Dan inilah ujian yang besar. Ujian keikhlasan dan ujian amanah orang.
Aku sampaikan 100% kiriman orang. Tidak ada seringgit aku ambil untuk diri waima untuk mengisi minyak motor. Tiada seringgit aku ambil untuk buat makan nasi walau aku tak berduit sesen untuk membeli makanan tika itu.
Itu amanah orang. Abah pesan, jaga amanah lebih dari jaga nyawa sendiri. Aku pegang itu ketat-ketat dalam hati.
2017 aku mula menulis buku. Walau keuntungan kecil, aku terus saja. Senaskah buku yang dijual, royalti aku sekitar RM1 sahaja. Kalau aku jual sendiri, dapat la dalam RM5 untung senaskah.
Walau senaskah orang nak COD, aku tunggu tepi jalan kadang sampai sejam. Hanya untuk RM5 tuan tuan.
Ads
Apa yang aku dapat, aku simpan sebahagian, sebahagian yang lain aku bagi kat ma abah, sebahagian yang lain aku belanja isteri dan anak-anak, sebahagian yang lain aku sedekahkan yang aku sendiri sampaikan dengan tangan ini.
Dari situ bermula perubahan dalam ekonomi aku. Tuhan kirim puluhan ribu netizen follow aku. Tuhan kirim orang baik-baik mendekati aku. Tuhan kirim orang-orang berjaya mendekati aku.
Mereka dengan rela, mereka dengan ikhlas mengheret tangan aku membuka peluang aku bekerjasama dengan mereka. Mereka ajar satu persatu dengan rela tanpa caj apa-apa.
Mereka hanya ingin berkawan dengan seorang cikgu biasa yang tiada apa-apa ini.
Mereka tidak kisah duduk semeja dengan orang yang bil letriknya dah sampai surat merah, yang saban bulan makan berhutang di kantin.
Sedikit demi sedikit aku mula menyimpan. Aku main kutu, aku potong tabung haji. Dan aku perbanyakkan sedekah dan zakat. Nafkah untuk isteri, duit bulanan untuk ma dan abah aku naikkan dari masa ke semasa bila income bertambah.
Aku tidam enjoy untuk diri sendiri. Tidak.
Aku masih naik Ex-5 buruk yang dibeli second hand sahaja. Telefon aku telefon second hand juga. Ada lebih, aku simpan sebahagian, beri pada keluarga sebahagian, dan sebahagian wajib untuk sedekah dan zakat.
Dan buat kali pertama aku bawa isteri, anak-anak, mak dan adik-adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah pada 10 Disember 2018.
Itulah kali pertama kami melancong setelah simpanan dan kewangan aku makin kukuh. Ya tuan tuan. Kalian yang baru follow aku, inilah antara kisah kehidupan aku. Aku bukan kaya asal.
Aku bukan lahir atas dulang emas. Aku makan tidak disuap oleh dayang. Aku usaha. Aku usaha. Aku usaha. Dan yang pasti, kembalilah pada Yang Maha Esa. Kunci segala bahagia, kunci segala rezeki, kunci segala rahsia ada ditanganNya.
Semoga sedikit perkongsian ini tidak membuat aku rasa lebih dari sesiapa. Aku cuma seorang hamba. Aku cuma seorang bapa. Aku cuma seorang suami. Aku cuma seorang lelaki yang gigih mengubah nasib diri demi keluarga.
Aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa menunduk. Tidak sombong tidak ujub.
“Tuhan jangan kau izin aku lupa. Jangan kau biarkan aku mendepang dada. Pasakkan hatiku pada kaki. Paksakan ku tunduk sehingga mati.”
Melipat dan mengemas pakaian satu kerja yang mengambil masa terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak. Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.
Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Puan Syikin Zahir.
TIPS URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK =================================== So seperti yg cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu. Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12pasang sehari. Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya. Ni semua akan mengganggu mental&emosi mak2 kan? Nanti mulala stress, nak marah, penat bertingkat2, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini) Jom tengok nak kasi setel macam mana. Baca caption di gambar *jemput share sekira nya tips ni membantu mak2 bz yang lain
Langkah 1
==========
Sediakan bakul untuk setiap anak
Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa Jangan beli bakul besar-cari yg sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung jua.. Kikiki
Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.
Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yg diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pon.
Kenapa?
✔Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejooook hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.
✔Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.
✔Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2.sekali lagi.. PSIKOLOGI.. kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
✔MOTIVASI
YESSSS. tinggal satu bakul je belum lipat��� maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyakkkkk nau nak lipat!!!
Mak2 ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan..
Last, cara kita susun baju dalam almari anak. Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB.. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.
Sekarang dah pandai susun gini, anak2 pun senang nak pilih baju sendiri
Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat.. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah
Yang ni je cikgu susun berlapis. Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam. Mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini. Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci.. Kan.. Kan. So itu aje tips yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala menda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour, shaklee 24jam
Anak itu anugerah yang amat bernilai. Ada pasangan yang sukar mendapat anak, ada pasangan dikurniakan rezeki mempunyai anak yang ramai. Begitu yang dilalui pasangan Nor Shaeriani dan Mohamad Farisha.
Mereka dikurniakan tujuh orang anak perempuan yang berusia di antara dua bulan sehingga 13 tahun. Namun jauh disudut hati pasangan ini mempunyai impian untuk menimang anak lelaki pula sebagai pelengkap rumahtangga. Bukan tidak bersyukur kurniaan Ilahi tetapi naluri ingin jua memiliki zuriat lelaki.
“Masa mula dapat anak sulung perempuan, saya dan suami memang nak ‘cari’ anak lelaki. Kemudian dapat anak kedua, ketiga pun perempuan. Kami bersyukur namun tetap pasang impian nak dapatkan cahaya mata lelaki.
“Anak keempat dan kelima pula sepasang kembar, dan dua-dua perempuan juga. Begitu juga dengan anak keenam dan yang ketujuh.
“Saya dan suami okay sahaja, dan berharap dikurniakan anak lelaki selepas ini, mudah-mudahan sebelum berusia 40 tahun. Ada lagi tiga tahun untuk kami mencuba. Manalah tahu, dapat rezeki kembar lelaki pula,” kata wanita berusia 37 tahun ini.
Cuba pelbagai petua
Pasangan ini juga cuba pelbagai petua supaya impian mereka tercapai. Ia termasuk cadangan supaya ‘mencuri’ senduk di rumah orang yang mempunyai anak lelaki.
“Sejujurnya selepas dapat kembar, baru saya rasa nak tanya petua dapat anak lelaki. Ada orang kata, kena curi senduk di rumah keluarga yang ada ramai anak lelaki. Saya tak mahulah curi-curi ni… tapi kalau beritahu tuan rumah, tak menjadi.
“Dari segi pemakanan, kami juga ikut petua orang yang sarankan makan banyak daging dan seafood. Saya dan suami dua-dua cuba. Sampai suami ‘complaint’ kolesterol dia naik. Akhirnya tetap dapat baby perempuan juga.
Apa pun bagi pasangan ini, anak-anak adalah rezeki dari Tuhan. Pasti ada hikmahnya.
“Ini semua rezeki dari Tuhan. Pasti ada hikmahnya Dia nak bagi lelaki atau perempuan. Kita tak tahu. Kalau semua perempuan pun tak apa, nanti tunggu menantu lelaki pula.”
Semoga ada rezeki pasangan ini untuk mendapat zuriat lelaki pula.
Pengurusan anak ramai trik konsep ‘mak malas’.
Dalam pada itu, Nor Shaeriani sempat berkongsi tip menguruskan anak-anak perempuannya. Boleh dijadikan panduan bersama.
5 tips cara Mak ‘malas’ didik 6 anak pompuannya
1.Sebelum tidur Mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak-anak dia. Cuma Mak ‘malas’ membobel la jangan smpi esok kul 8 baru nk g sekolah…Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil
2.Anak makan Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Tapi Mak ‘malas’ akan pastikan 1 keluarga makan bersama-sama apabila tiba time makan..Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Anak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja
3.Anak main Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Selagi X selesai Mak ‘malas’ akan membobel kasi kemas betul2
4.Anak mandi Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Anak kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’
5.Spring cleaning Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, kak ngah dengan adik cuci toilet, papa buang sampah, kemas dapur”
Nasiblah dapat Mak ‘malas’. Lagi2 la sekarang Mak ‘malas’ kuat membobel time membuyung ni..bb dalam perut pun automatik terdidik oleh Mak ‘malas’
Hakikatnya Mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak didik anak tentang tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli
Biar Mak ‘malas’ memetir sekarang daripada akan datang menyusahkan suami, dan menyusahkan isteri. “Mak ko tak ajar dari kecik ke?”. Eh..eh..lupa pulak anak Mak ‘malas’ mane ada laki kan …so , esok2 jgn smpi laki korang ckp mcm ni tau.
Bagus trik ‘mak malas’ ni. Boleh dijadikan paduan buat ibu-ibu untuk mendidik anak-anak berdikari. Inspirasi!
Sumber: Mstar & Shaeriani A Hamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tarikan pada kemasan lantai selalunya bergantung kepada material yang digunakan dan biasanya ramai yang memilih untuk menggayakan jubin. Selain nampak berkilau dan mewah, ia juga mudah diselenggarakan.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk melakukan pemasangan jubin, mozek, kemasan kayu dan sebagainya pada bahagian lantai memerlukan kos yang besar. Andai tiada modal yang mencukupi, tentu sahaja terbantut keinginan.
Namun, tjanganlah dibiarkan lantai simen kosong begitu sahaja. Sebenarnya ada cara lain yang boleh anda lakukan untuk menaikkan seri kemasan simen rumah anda. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh oleh Abdul Khair Masjuni di group Tukang Apa Hari Ini.
“Alhamdulillah dapat juga siapkan buat warna pada lantai simen ni, buat sendiri je biarlah huduh-huduh pun kan. Rupanya senang je nak buat dan warna lantai dengan acid stain ni, macam-macam warna ada boleh deco ikut kreativiti kita,’ tulisnya pada kapsyen entry nya.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan nyata teruja untuk turut melakukan transformasi lantai simen dengan info yang dikongsikan.
Apatah lagi menurutnya bahawa material acid stain ini warnanya kekal tak tanggal, memang berbaloi. Caranya juga mudah dengan campur air saja, iaitu nisbah 1-1.
Tools yang diperlukan untuk mengubahsuai lantai atau dinding simen
1. Sprayer IK6Liter
2. Sponge
3. Fibre Design tape 8mm/12mm/18mm
4. Brush plastik
5. Acid Stain
6. Safety PPE
Barangan simple untuk hasilkan kerja yang bagus.
Antara rekaan yang boleh dihasilkan mengikut kreativiti.
Turut dikongsikan video untuk tontonan agar lebih faham berkenaan diy untuk membuat kemasan lantai menggunakan material acid stain. Nampak mudah dan cantik hasilnya. Bolehlah dicuba.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...