16 tahun di persada seni, Fasha Sandha tetap percaya disiplin dan komitmen menjadi kunci kepada segala – galanya termasuk rahsia survival bertahan.
Kisah disiplinnya termasuk menghormati waktu dengan tiba lebih awal ke lokasi tertentu atau set penggambaran juga bukan perkara asing.
Menjadi ‘morning person’ turut menyumbang kepada punca rezeki ibu kepada tiga cahaya mata ini untuk terus murah .
Bukan bermaksud berlagak baik, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini berkata rutin hidupnya bermula sesudah solat Subuh.
“Sejak 16 tahun lalu saya memang jenis senang bangun pagi untuk memulakan rutin sebagai ibu, isteri dan anak seni.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang 16 tahun dalam kerjaya. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.
“Pada umur 18 tahun tu, saya sudah mula kerja jam 4,5 pagi. Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi.
“Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan cuba bangun awal,” ujarnya yang mengakui ‘mengunci’ jam pada tiga handphone supaya tidak terbabas untuk bangun pagi.
Justeru, sebagai senior dalam bidang seni, ibu kepada tiga cahaya mata ini sering berkongsi pengalaman dan nasihat kepada pelakon baru.
“Saya selalu cakap dekat artis baru, yang lama kelamaan kita akan jadi ‘lama’. Itu putaran hidup. Cuma kalau tak bagus tak apa, berusaha memperbaiki kelemahan dan jaga benda yang boleh dijaga contohnya disiplin dan komitmen kerja.
Ads
“Dua hal itu saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah ada jalan dan rezekinya. Pada masa sama kita terus gilap bakat dan sentiasa belajar. Tahap sekarang pun populariti yang saya fikir. Kalau ada… bonus,” kata Fasha pada majlis memperkenalkannya sebagai duta atau pengguna setia produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute.
Malah hingga kini biar berganti wajah pelapis dunia seni, Isteri kepada Aidil Aziz dan ibu kepada Putra Rayfal, Putri Raysha Jemyma serta Aisha Amaira tetap berada di liganya tersendiri.
Malah selepas kali pertama membintangi drama Scammer Mei tahun lalu di Astro Ria terbitan Radius One Sdn Bhd, jodohnya terus melekat dengan produksi berkenaan.
Ia diikuti dengan drama Khilaf Asmara bergandingan dengan Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose dan Fattah Amin. Seterusnya diikuti drama 80 episod yang masih melunaskan baki penggambaran iaitu Dendam Seorang Isteri buat kali pertama bergandingan dengan Nad Zainal. Hingga bertebaran kisah kononnya dia anak emas produksi terbabit.
“Tak ada istilah macam anak emas itu pun. Cuma saya pertaruhkan cara bekerja dan disiplin. Mungkin itu juga buat produksi berkenaan senang dan terus tawar peluang kerja.
“Nak kata saya jauh dan hebat tidaklah sama sekali. Ramai bakat baru yang cantik dan bergetah. Namun rezeki itu takkan salah alamat. Ikutkan akan ada kesinambungan drama Scammer 2. Tapi saya terikat dengan komitmen lain,” katanya.
Ads
Tidak hanya ‘laku keras’ dengan tawaran seni, kakak kepada Elisya Sandha ini juga terus diintai diberi kepercayaan sebagai duta produk.
Malah jika mengikuti perkembangannya di Instagram, tag line ulasan produk atau makanan dipanggil ‘tak sedap kami tak kongsi’ juga mencuri perhatian.
Dalam erti kata lain, Fasha tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima kerja ulasan produk. Sejak dulu lebih 15 produk sudah memilihnya menjadi duta.
“Rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya,” katanya.
Kata Fasha, dia tersentuh hati melihat kesusahan dan pergelutan dilalui pengasas produk berkenaan hingga mahu membantu golongan ibu, suri rumah dan bekerjaya untuk sama sama menjana pendapatan sebagai agen.
Ads
“Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja.
“Alhamdulillah setakat ini Saya bersyukur kerana tidak terjejas sumber pencarian sepanjang PKP kerana Sejak awal lagi saya memang praktikkan sikap berjimat cermat selain memastikan ada simpanan untuk digunakan apabila kecemasan.
Dalam persahabatan, yang paling sukar untuk ditemui adalah sahabat yang sanggup bersusah bersama dengan kita.
Ketika gembira, kita pasti akan dikelilingi dengan insan-insan yang turut sama bergelak tawa bersama tapi jika berduka, hanya yang benar-benar memahami sahaja akan setia di sisi.
Namun video yang viral baru-baru ini, seakan mengubah persepsi tersebut. Video yang menunjukkan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) telah di suapkan makanan oleh rakannya.
Apa yang menyentuh hati adalah rakannya itu setia menguapkan ‘corndog’ sehingga kanak-kanak itu menghabiskan makanan tersebut.
Adegan ini telah berlaku ketika waktu rehat di sebuah sekolah rendah. Jelas terlihat kanak-kanak OKU tersebut tidak mampu untuk memegang makanan tersebut sendiri tanpa bantuan dari rakan.
Bagaimanapun, kekurangan fizikal pada dirinya itu dilengkapkan dengan seorang rakan yang berhati mulia, yang sabar menyuapkan makanan kepadanya.
Dari ruangan komen, ramai yang memuji tindakan rakannya itu memandangkan jika rakan lain seusia mereka ini pasti akan memilih untuk bersama rakan sebaya yang lain untuk menikmati waktu makan bersama.
“Mulianya hati awak dik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan nak makan tu. Sangat istimewa.”
Dalam pada itu, ramai yang memuji didikan ibu bapa kepada pelajar tersebut sehingga membentuk peribadi yang baik dan mulia yang mungkin sukar untuk didapati oleh kanak-kanak sebaya dengannya.
Ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka agar berjaya dan mengharapkan persahabatan ini akan terus kekal.
Teka teki mengenai kehamilan isteri kepada pelakon Fizo Omar akhirnya terjawab selepas empunya diri berkongsi berita tersebut.
Menerusi laman Instagramnya, Fazeera Nazri membuat kejutan dengan memberi hadiah buat suami tersayang.
Berita tersebut disampaikan menerusi sepotong video yang menperlihatkan reaksi suaminya ketika diberitahu berita kehamilannya ini.
“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia apabila diberitahu saya hamil.
“Alhamdulillah, untuk hadiah paling bermakna Allah kurniakan buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar,” tulis Fazeera menerusi kapsyennya.
“Maksudnya awak hamil? Serius? Saya cintakan awak. Biar betul sayang?
“So made in Janda Baik la ni? Ya saya sangat gembira,” Demikian reaksi Fizo menerusi video tersebut yang seakan-akan tidak percaya dengan berita gembira itu.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, walau bagaimanapun dilihat meninggalkan komen pada perkongsian video oleh isterinya itu.
“Saya adalah bapa paling gembira saat ini. Saya cintakan awak sayang,” tulisnya.
Sebelum itu, fazeera ada memuatnaik gambar selfinya dihadapan cermin.
Anak kelahiran Sarawak ini memakai baju blaus dipadankan dengan seluar berwarna hitam, dia memegang baby bump nya yang semakin jelas kelihatan.
Menerusi kapsyennya, Fazeera berkongsi kondisi dirinya dalam situasi seperti sekarang. Bukan itu sahaja, dia turut berharap zuriatnya ini bakal mewarisi wajah kacak suaminya, Fizo.
“Saya harap wajah kamu persis bapa anda yang menawan,” tulis Fazeera pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Fizo menerusi laman instagramnya turut berkongsi berita gembira tersebut.
“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dpt adik dah!
Muka abe joe terkejut + terkedu + super excited. Ye la bru sbulan kahwin tetibe my wife tunjuk test kit tu n ckp ‘sayang i positive!’.
“Positive ape ni sayang?????
“Syukur Ya Allah rezeki 2022 ni dtg back to back dgn izinMU ya Allah.
‘Semoga Allah memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yg soleh/solehah yg akan membawa daddy dan ummie ke syurga.
Ameen.
Menjaga kesihatan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif.
Bila bercakap mengenai pemakanan sudah tentu melibatkan makanan yang berkhasiat. Salah satu makanan adalah ulam raja. Biarpun ia dikatakan makanan kampung tapi khasiat sungguh menakjubkan.
Malah tanaman ini mudah tumbuh dengan subur di tanam tepi halaman rumah.
Nak tahu khasiatnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai ulam ini.
Khasiat ulam raja
Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.
Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.
Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.
3. Kaya dengan sumber antioksida
Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.
5. Perlindungan terhadap tulang
Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.
6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.
7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb
Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.
Kesimpulan
Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.
Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.