Percutian secara perkhemahan bersama keluarga kini menjadi aktiviti rekreasi pilihan ramai. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan aktiviti berkhemah atau camping adalah satu perkara yang wajib ada dalam senarai bagi seisi keluarga yang gemar dengan suasana alam semulajadi.

Berkongsi pengalaman dan keseronokan berkhemah, Puan Fatihah Ab bersama 14 ahli keluarganya ke Kuala Mu Sg Siput, Perak yang difahamkan telah pun melakukan perancangan rapi semenjak Oktober tahun lalu dan akhirnya berjaya menamatkan misi Trip Camping ke Pulau Desa Lestari, Pos Kuala Mu, Sg Siput bersama keluarga dengan jayanya pada 25-27 Feb yang lalu.

Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!

Ujarnya lagi meskipun sepanjang destinasi menuju ke lokasi dituju menemui pelbagai rintangan dan kesukaran, pun begitu seisi keluarganya tetap seronok dan nyata memberi kenangan dan pengalaman yang tersendiri sepanjang tempoh perkhemahan 3 hari 2 malam tersebut.

Untuk itu, ikuti coretan yang dikongsikan olehnya untuk info dan panduan bersama jika ada yang turut merancang untuk melakukan aktiviti perkhemahan di Pulau Desa Lestari.

Trip ke Pulau Desa Lestari, Pos Kuala Mu, Sg Siput. 25-27 Feb 2023

Singgah Lata Tengkoh, Penyell untuk tengok air terjun. Pergi balik kena hiking +-30 minit. Tapi apadehal, SIL hiking dengan pakai skirt je.

Ads

Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!

Lepas tu baru gerak masuk Kuala Mu. Sudah banyak baca review pasal difficulty jalan ni. Rupa-rupanya kereta sendiri hadap. Bayangkan dengan full load barang, jalan ke sana memang turun naik curam, tetiba bau hangit dah tak boleh gerak naik. Terpaksa la passenger semua turun nak kurangkan berat. Kena menapak sikit gais naik bukit.

Masa balik dah kurang load sikit dan tumpangkan sorang naik kereta lain. Tetap bau hangit tapi tak ada la langsung tak boleh gerak. Yang mabuk kenderaan, sila la makan ubat mabuk siap-siap. Confirm muntah kalau tak makan ubat.

Tapi puas hati bila sampai tengok view sangat cantik. Dapat la merasa juga sampai tempat ni walaupun susah. Mungkin first dan last datang sini.

Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!

Ads

Dekat sini banyak campsite tapi kitorang pilih Pulau Desa Lestari sebab tempat ni paling baru dan security lebih baik. Kebetulan dah ada tandas baru juga. Basic je tapi bersih.

Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!

Nak sampai Desa Lestari ni kena cross sungai. Kalau ada 4×4 boleh cross sungai. Kalau kereta biasa macam kitorang, boleh turunkan barang dekat jambatan. Nanti anak-anak buah CO tolong bawa barang. Yang datang sini wajib tempah makanan tradisi dorang tau. Sedap dan portion banyak. Sampai tak habis kitorang makan.

Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!
Makanan tradisi Orang Asli RM30/pax. Lauk ayam pansuh, sambal petai, sayur pucuk paku & ikan tengas goreng

Ada 2 aliran sungai dekat sini. 1 dari Cameron, 1 dari Kelantan. Ada orang cakap sungai dari Cameron lagi sejuk. Tapi sebenarnya dua-dua sejuk macam ais. Cuaca pun siang ke malam ke tetap sejuk dan berangin. Tidur complete pakai jaket, stokin dan sleeping bag Suhu masa subuh 18°c. So malam-malam tu taktau la cecah berapa suhu dia tu.

Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!

Ads

Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening! Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening! Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!

 

Sumber : Fatihah Ab

 

  • Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Trip Perkhemahan Keluarga Ni Ke Kuala Mu Cipta Kenangan Menarik, Memang Happening!

 

 

.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI