
Dah menjadi kebiasaan bila hadirnya insan berpangkat cucu dalam hidup nenek atuk, semestinya akan menjadi manusia yang paling disayangi ketika itu. Bukan sahaja ditatang bagai minyak yang penuh, malah boleh jadi bila cucu di marah ibu bapanya, silap hari bulan ibu ayah itu pula dimarahi oleh nenek atuk!
Sebagai contoh, boleh kita lihat pelakon dan juga pengarah drama terkenal, Shiela Rusly (Nanna) dan Jinggo (Dadda) yang tidak lepas dari memuat naik berkenaan cucu mereka, Bunga Elhaq dengan pelbagai jenis content.
Terbaru, Shiela yang lebih mesra digelar ‘sis’ telah memuat naik gelagat cucu mereka ketika bermain bersama. Dalam video tersebut, Bunga bukan main lagi ketawa tidak berhenti ketika bermain dengan Nanna.
Namun sebaliknya berlaku apabila bersama Dadda di mana anak kepada Uzair Haqimy dan pelakon Elisha Sandha hanya terdiam kaku walaupun Jinggo membuat reaksi yang sama.
Shiela sempat menyakat suaminya di ruangan kapsyen ‘Kalau sayang Nanna lebih jangan tunjuk sangat Bunga.. Kesian Dadda”.
Meninjau di ruangan komen, Daddanya sempat membalas komen ‘Ok that’s it… esok suruh Nanna jer tolak Stroller Bunga , Dadda esok editing masuk pagi, jangan suruh Nanna call minta u turn yeee’.
Ramai terhibur dengan cara mereka melayani cucu sulung mereka itu. Malah, ada juga yang bersimpati pada Jinggo segala usahanya tidak mendatangkan hasil demi membuat cucu ketawa.
Sumber : @shielarusly_jspicture
Nak Pinjam RM10,000 Semua Gagal Tapi Cara Ibu Buat Lelaki Ini Sebak Tak Terkata!

Kasih sayang ibu ayah buat anak tiada galang ganti. Apa kesusahan anak, ibu ayah tetap akan berusaha memberikan yang terbaik.
Begitulah sikap ibu ayah menyediakan keperluan buat anak-anak tanpa berkira asalkan anaknya bahagia.
Begitu dengan perkongsian lelaki ini meruntun jiwa yang membuktikan orang tua sanggup berkorban demi anak ketika susah.
Test pinjam RM10,000 sahaja.
“Kalau saya nak pinjam RM10,000 esok, sebab nak buat deposit operation kat hospital, boleh tak bagi pinjam saya?”
Orang pertama yang kawan aku pilih untuk call adalah isteri dia.
Aku pendekkan cerita, kawan aku call isteri dia dan buat “wayang” pasal nak pakai duit untuk hospital,
ini respon yang isteri dia bagi:
1. Isteri dia bebel dan tanya macam-macam.
2. Takkan lah mahal sangat sampai nak pinjam RM10,000.
3. Kesimpulannya isteri dia macam tak boleh tolong dengan amaun banyak tu.
Okay beralih kepada orang terpilih kedua.
Kawan aku pilih untuk call kawan yang dia anggap bff dia.
Pendek cerita, respon bff:
1. Bila cakap nak pinjam RM10,000, macam buat-buat dengar tak dengar.
2. Last-last kawan tu cakap kalau nak pinjam RM100 aje dulu bolehlah.
Still dia tak dapat orang yang boleh bagi pinjam RM10,000.
Dan dia ada satu lagi insan terpilih untuk dia cuba call mintak tolong.
Siapa orang terakhir dia call ni?
Mak dia.
Respon mak dia:

1. Mak dia terkejut bila dia cakap dia kena ‘penyakit’ tapi tak bebel banyak macam isteri dia.
2. Mak dia tak mampu nak bagi pinjam RM10,000.
3. Mak mintak dia balik kampung, bawak mak dia untuk pergi tabung haji keluarkan berapa saja yang ada dalam akaun untuk dia guna.
4. Kalau tak cukup, mak dia cakap akan usahakan pinjam dengan adik beradik mak dia.
Selesai ‘cabaran’ kawan aku ni, meleleh air mata aku woih.
Sebab selalu kita meletakkan mak kita di pilihan yang akhir-akhir. Dan kalau kita kenang balik, mak kita susah untuk tolak apa yang anak-anak dia mintak. Susah macam mana pun anak dia, pasti emak akan usahakan sesuatu.
Sumber: Faim Yusof
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Simpan Sedikit Prasangka Tu.” Ibu Ini Hampir Ditipu Sebelum Naik Pesawat, Nasib Baik Cepat Sedar.Wajib Baca & Alert!

Bak kata peribahasa, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Nyata hampir terjadi kepada seorang ibu bersama anaknya dilapangan terbang. Mulanya dengan niat untuk membantu setelah ada seorang penumpang pesawat yang meminta pertolongan, tetapi setelah menyedari aksi penumpang pesawat mencurigikan, ibu bertindak pantas sebelum kejadian lebih buruk berlaku kepadanya.
Peristiwa yang dialami seorang ibu ini harus dijadikan iktibar bersama. Moga hati-hati dalam bertindak sebelum nasi menjadi bubur!
Sekarang musim orang bercuti, ada yang holiday kat dalam Malaysia saja dan ada yang kat oversea.
Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2 ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar2 sementara masuk ke balai pelepasan. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati2 daripada menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa .
Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira2 beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba2 seorang wanita dalam usia 30an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya. Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana.
Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen.
Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain.
Hampir ditipu
Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. selain beg kertas tu jer!
Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer ‘milo’ tu.
Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.
Kisah rakan jadi teladan
Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit, bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama2 nak naik flight di KLIA.
Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen….igauan ngeri pun berlaku.
Ada dadah dalam patung itu, dan wanita yang bertanggung jawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau di tahan, di bawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam2.
Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian2 banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu. Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak , kalau tak tali gantung lah jawabnya.
Berhati2….jangan jadi seperti pelanduk yang sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena…..Allah saja yang tahu silap2 tak pasal masuk lokap hanya kerana sikap cuai ! Jangan sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi ya!
Ingat, jangan memandai2 tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali.
Simpan sedikit prasangka tu….ia kadang perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!
Moga perkongsian puan Latifah ni menjadikan kita semua lebih berhati-hati. Beringat sebelum terkena.
Sumber FB: Latifah Mohammad
8 Tahun Tinggu Zuriat, 8 Bulan Baru Sedar Hamil

Siapa sangka selepas hampir lapan tahun menunggu penuh sabar, pasangan suami isteri, Nor Hidayatul Ilham Mohd Kamaruddin, 28, dan
Helmy Hafiz Ab Aziz, 33, akhirnya dikurniakan cahaya mata perempuan 3
Disember lalu.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik laporan Harian Metro,
bayi diberi nama Nur Medina
Ilham itu memberi rahmat buat pasangan itu selain kejutan berikutan Nor Hidayatul hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan berusia lapan bulan.
“Sekitar Mac dan April lalu, saya kerap tidak sihat kerana dijangkiti Covid-19, muntah-muntah juga pening kepala, tetapi tidak terfikir a disebabkan hamil memandangkan sudah dua tahun tidak datang haid.
“Awal Oktober lalu, saya dapat rasa ada pergerakan pada perut dan bertanyakan pada ibu saudara.
“Namun dia mengandaikan saya lapar kerana kebetulan sedang dalam fasa diet ketika itu.
“Saya bertanyakan pula kepada seorang lagi ibu saudara yang bekerja sebagai jururawat.
“Dia dapat merasakan saya hamil selepas mengusap perut saya.
“Bagi mendapatkan kepastian, saya lakukan ujian kehamilan sendiri dan terkejut apabila didapati positif hamil.
“Tengah hari sama, saya pergi ke klinik untuk imbasan dan mendapati kandungan sudah memasuki usia 32 minggu.”
Nor Hidayatul Ilham sebak selepas diberitahu doktor berita gembira itu kerana sudah lama dia dan suami, Helmy Hafiz menginginkan zuriat.
Katanya, kehamilan itu memang di luar jangkaannya kerana selepas berkahwin, berlaku perubahan hormon yang menyebabkan tempoh datang haidnya tidak stabil.
“Dua tahun pertama perkahwinan, saya ikut saranan doktor untuk hamil, tetapi tiada rezeki kerana berat badan makin bertambah menyebabkan hormon semakin tidak stabil.
“Doktor selalu beri cadangan untuk saya diet dan turunkan berat badan cuma saya baru memulakannya awal tahun ini.
Apapun, Nor Hidayatul Ilham bersyukur kerana doanya dan suami untuk menimang cahaya mata seperti pasangan lain dimakbulkan Allah SWT.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan terutama selepas rakan saya, Shamimi Shamimi Shamsudin muat naik video di TikTok.”
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club