Katanya orang lelaki ini ada 3 masa gemuruh dan degupan jantungnya berdebar yang teramat sangat. Pertama ketika waktu hendak berkhatan, kedua ketika ingin melafazkan akad nikah dan ketiga adalah semasa menanti isteri melahirkan anak sulung.
Bercerita tentang detik gemuruh ketika akad nikah diakui memang macam-macam kisahnya dan ada yang lucu dan tak masuk akal pun boleh berlaku.
Dan terbaharu viral di media sosial berkenaan video yang dikongsikan memperlihatkan bakal suami tersebut tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM 500 juta.
Memetik kisah pasangan pengantin tersebut di myMetro, difahamkan pengantin baharu itu yang dikenali sebagai Sameer Danial Nordin ada berkongsi cerita lanjut mengenai hal itu.
“Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya ‘angkuh’… saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad,” kata Sameer Danial Nordin, 30.
Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu.
Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok.
Ads
Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500.
Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.
“Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.
“Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.
“Saya kira (anggap) itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ads
Sameer Danial berkata, dia sangat gementar ketika hari pernikahan itu kerana diadakan di pekarangan masjid dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara mara.
“Ketika itu, tok kadi dan imam juga menyuruh saya untuk beristighfar kerana kemungkinan terdapat ‘gangguan’.
“Saya bersyukur kerana pada akad kali ketiga, semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi suami kepada Nurul Nadia,” katanya yang menyifatkan insiden itu sebagai kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Mengenai videonya tular di media sosial, Sameer Danial berkata, meskipun malu, dia tidak mengambil hati komen warganet terhadap kisah dirinya.
Katanya, dia juga tidak menyangka adiknya merakam video itu dan berkongsi di TikTok hingga mendapat perhatian orang ramai.
Ads
“Isteri saya pun tidak henti menonton video itu dan sempat ‘membahan’ kerana kesilapan yang saya lakukan,” katanya
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Umum mengetahui bahawa semua sesi persekolahan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Dalam tempoh itu bagi memastikan pembelajaran di teruskan, konsep melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan.
Bagaimana PdPR ini ada pro dan kontra lantaran pelbagai permasalah yang timbul. Antaranya masalah akses internet, ketiadaan gajet ekoran ibu bapa bekerja dan sebagainya.
Menyedari akan hal ini, pelbagai alternatif yang dilakukan oleh pihak sekolah agar pelajar tidak tercicir daripada mengikut pelajaran.
Begitu juga dengan sebuah sekolah ini yang menggunakan cara ‘bakul’ untuk memastikan setiap pelajar dapat mengikut pelajaran dengan mudah tanpa melibatkan kemudahan internet.
RAGA ILMU
Inisiatif baharu warga guru SK Dato’ Wan Kemara. Konsep raga ilmu adalah untuk membekalkan bahan-bahan PdPr oleh guru-guru kepada murid dengan cara yang lebih sistematik
Semua guru dibekalkan 1 raga seorang untuk diletakkan bahan-bahan PdPc kepada murid.
JADUAL PENGAMBILAN BAHAN PdPR
Jadual pembekalan secara sistematik untu pengedaran dan pengambilan bahan-bahan PdPr dikeluarkan untuk memudahkan ibu bapa / waris mengambil bahan-bahan tersebut
Bakul ilmu akan disusun mengikut nama guru-guru
Satu senarai semak nama murid disediakan setelah menghantar dan mengambil bahan-bahan
Insya Allah, moga-moga inisiatif yang diambil ini akan mempermudahkan urusan guru-guru dan murid-murid menghantar dan mengambil bekalan bahan PdPr semasa tempoh PKP ini
BANTU WARGA LUAR BANDAR
Dalam pada itu, rata-rata ada yang berkongsi menggunakan kaedah yang sama sebegini yang dikatakan mampu membantu pelajar terutama warga luar bandar.
Tahniah para pendidik atas usaha yang tidak berbelah bahagi untuk mendidik anak-anak bangsa. Guru-guru juga mempunyai keluarga yang turut mempunyai anak yang sama seperti kita. Oleh itu, jang
n menunding jari mencari kesalahan, kena ada sikap empati dan sikap tolak ansur dalam diri. Moga kita muhasabah diri.
Kalau dulu nak tanam sayur atau buah-buahan, kena ada ruang yang luas tetapi dengan teknologi sekarang dah tak perlu itu semua. Malah, tinggal di rumah bertingkat pun masih boleh bercucuk tanam.
Ada tak yang suka makan buah Rock Melon. Letak dalam peti memang sedap layan sejuk-sejuk. Di sini admin kongsikan cara penanaman Rock Melon yang dimuat naik Asyiq Hasan Baseri menerusi page Group Kebun Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri….( KGTTS)
Saya merupakan peminat rock melon. Jadi saya cuba menanam rock melon di tepi rumah. Permulaanya saya beli buah rock melon jenis Hami, China untuk dimakan. Buah jenis Hami, berbentuk lonjong. Berikut apa yang saya lakukan.
1)Biji rock melon saya keringkan dan dijadikan biji benih.2) Setelah kering, saya semai didalam cocopeat. 10 hari selepas itu saya pindahkan ke dalam polybeg berisi cocopeat.3) Saya mula memberi baja AB kepada anak pokok. Kepekatan baja AB dinaikan secara berperingkat setiap minggu.
4) 3 hari/sekali saya sembur racun kulat dan racun serangga
Hubungan suami isteri perlu ada tolak ansur barulah bahagia kehidupan pasangan itu. Biarpun ada masalah yang mendatang, tetap diatasi dengan tenang. Sebagaimana perkongsian oleh pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew di laman facebooknya, menjelaskan bahawa setiap suami perlu menghargai pengorbanan isteri dan menjadi contoh yang baik sebagai ketua keluarga, bukan bertindak mengikut perasaan. Ikuti perkongsian beliau mengenai pentingnya menjaga hati seorang isteri.
Baru ni masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper…kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak..
Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh ebit lew kan..yer saya abang..
Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah..
Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama.Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia..Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah. Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya..itulah akhlak Nabi saw..
Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya..
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..
Isteri mengandung 9 bulan..rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya..hargailah ibu. Hargailah isteri..
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah waktu seorang diri menangis..Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.
Begitulah selalunya..
Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit…kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.
Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain…
Laaa itu tinggal…ini tinggal…apa awak ingat.
Bagi setengah lelaki siap tu siap..bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah, kunci pintu rumah…
Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri..pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Di marahnya pula. Ya Allah..
Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang-ebit lew #streetDakwah #dakwahDimanaSahaja
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.