Melentur buluh biarlah dari rebungnya, peribahasa ini begitu dekat dihati kita semua sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amalan yang baik.
Berkongsi dalam hal membuat simpanan umpamanya, perkongsian dari seorang bapa di fb Syukor Hashim ini boleh dijadikan panduan. Apa yang menarik, kelima-lima anaknya menyimpan emas sebagai aset untuk digunakan di masa hadapan.
Difahamkan juga, bapa ini awalnya telah memberi setiap seorang anaknya satu gold card holder dan dari situlah bermulanya si anak mempunyai simpanan emas masing-masing di dalamnya.
Anak Kedua Lebih Hebat
Saya ada 5 orang anak. Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka. Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.
Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.
Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shopping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.
Gais, cuba bayangkan.
Ads
Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.
Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit.
Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas.
Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.
“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”
Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.
Logiknya seperti berikut:
Ads
Rumah = mahal.
Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.
Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak.
Semua harta mak abah, itu kami punya.
Korang kena cari harta sendiri.
Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung.
Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.
Jarang kita dengar kisah lelaki atau suami yang bekerja tetapi punya masa untuk bangun seawal pagi demi menyediakan sarapan dan bekal sekeluarga. Kebiasaannya yang melakukan kerja-kerja ini adalah kaum ibu.
Namun tidak bagi Dr Syahr Musafir. Tugas yang biasanya dipikul kaum ibu itu dilakukan olehnya sendiri tanpa diminta oleh sang isteri.
Contoh suami dan ayah mithali kan. Bertuah dapat suami yang ringan tulang begini. Sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan juga bekal untuk di bawa ke sekolah dan juga ke tempat kerja.
Jom kira baca perkongsian dari ayah kepada 4 cahaya mata ini tentang cara untuk dia istiqamah bangun seawal pagi untuk memasak sarapan dan juga bekal.
Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian yang nampak biasa tetapi cukup bermakna, lebih-lebih lagi buat kaum isteri dan ibu.
Ada yang bertanya, apa atau bagaimana cara saya untuk istiqamah bangun seawal pagi untuk memasak sarapan sekeluarga dan bekal sekolah/kerja, walaupun saya bekerja sepenuh masa dan kepenatan, lebih-lebih lagi lelaki, suami dan bapa, bukan wanita, isteri dan ibu yang lebih sinonim dengan masak-memasak.
Jujurnya saya pun tak tahu nak jawab apa, tiada tips spesifik pun. Macam orang lain juga, saya setkan jam loceng/alarm clock (di telefon bimbit) untuk kejutkan saya. Ada masanya bangun on time seperti disetkan, ada masanya terlewat bangun jadi kelam-kabut nak masak, dan ada masanya bangun lebih awal daripada masa yang disetkan. Normal dan biasa, kita bukan robot.
Cuma mungkin boleh saya share 2 perkara yang menjadi inspirasi dan motivasi untuk saya buat semua ini:
1. Niat untuk qiyamullail.
Sebelum tidur, saya pasang niat untuk bangkit qiyamullail. Tak kisahlah sedang sihat ke, penat ke, demam ke, niatkan untuk bangun malam. Sekurang-kurangnya solat sunat 2 rakaat, atau bangun baca al-Qur’an sekurang-kurangnya 1 muka, atau bangun untuk zikir munajat saja.
Apabila bangun, tak kisahlah awal, on time atau terlewat, saya akan solat 2 rakaat. Biasanya, tahajjud. Jika 4, saya buat tahajjud dan taubat. Jika sempat 6, saya buat tahajjud, taubat dan hajat. Ada masanya jika ‘malas’ saya buat 2 rakaat solat sunat taubat sahaja (dalam solat itu mohon ampun daripada Allah atas kemalasan diri, huhuhu).
Yang penting, niat. Dan apabila tersedar dari tidur, bangun.
Dari segi #TipsQiyamullail saya takkan pilih masa. Jika tersedar lebih awal berbanding masa yang kita set alarm, saya tetap akan bangkit, ambil wudhu’ dan solat. Jika masih lama menunggu waktu alarm, saya tidur semula. Biasanya 30 minit.. Kemudian bangun semula untuk memasak.
Apabila terlewat bangun, terus wudhu’ dan solat 2 rakaat (secara cepat, baca pendek), terus masuk dapur untuk sediakan makanan.
Paling seronok sudah pastilah isteri juga bangun bersama. Bahkan malulah bila dirinya lebih istiqamah berbanding si suami ini….
2. Ingat mati.
Poin ini saya tak mahu ulas perihal ibadah dan sebagainya, tetapi saya melihat dari kaca mata duniawi atau manusiawi, iaitu jika Allah takdirkan saya pergi awal, apakah kenangan unik yang saya nak isteri dan anak-anak saya ingat tentang saya, dari segi manusiawi.
Banyak pilihan yang ada, contohnya harta pusaka, video ucapan atau nyanyian, dan sebagainya.
Saya memilih untuk masa berkualiti dan masakan/makanan yang mereka isi dalam perut mereka. Saya mahu mereka ingat saya selalu masak untuk sekeluarga secara konsisten setiap pagi/hari. Makanan itu jadi darah daging yang takkan mungkin boleh hilang kenangannya.
Kenangan seorang ayah memasak untuk anak-anak adalah sangat powerful dalam ingatan anak-anak, lebih powerful berbanding kenangan ibu yang memasak. Percayalah… (Tetapi jangan risau, boleh ganti bab memasak ini dengan cara lain jika kita tak reti atau tak mampu masak atas pelbagai kekangan ye, memasak ini salah satu sahaja).
Dari sudut ibadah, sudah pastilah ingat mati ini boleh beri motivasi yang cukup kuat dan tinggi untuk kita buat kebaikan kepada keluarga kita dan beristiqamah dalam kebaikan itu sampai hujung nyawa. Kita tak tahu bila Allah akan ambil nyawa ini, jadi setiap hari kita kena jadi baik, lebih baik dan terbaik.
Cukuplah 2 perkongsian ini saja. Dari segi teknikaliti bagaimana memasak, siapkan bahan mentah atau shopping dan lain-lain, mungkin kita bincang dalam post saya yang lain. Bahkan saya rasa orang lain pun biasa/sudah menulis tentangnya. Perkongsian saya ini harapnya berbeza berbanding tulisan orang lain.
Pagi ini saya sediakan makaroni sos cendawan. Letak ayam, sayur campur, sosej dan seumpamanya. Pagi ini saya agak keletihan, hanya masak 1 hidangan saja. Kira OK lah ye.
Untuk bekal sekolah anak, ada epal merah. Untuk bekal kerja saya pula ada betik, daripada pokok saya tanam sendiri di tepi rumah #KebunKecilTepiRumah#KebunDrSyahr Alhamdulillah.
Sos putih cendawan seperti resepi saya sebelum ini, tanpa minyak masak cuma pagi ini tak letak keju sebab tak perasan, rupa-rupanya cheese di rumah sudah habis.
Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, selebriti bernama Alif Satar ini nyata serba boleh. terbaru, dia menyertai saingan Ironman Langkawi 2019 dalam kategori penuh iaitu melibatkan renang sejauh 3.8km, berbasikal (180km) dan larian (42.2km) semalam.
Dalam pertandingan tersebut, Alif telah berjaya menghabiskan semua cabaran tersebut dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. Rekod tersebut telah membuatkan selebriti itu berbangga berikutan kejayaan yang bukan semua orang mampu menghabiskannya.
Di dalam perkongsiannya menerusi laman isntagram, nyata kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar di wajah bapa kepada tiga cahaya mata ini setelah berjaya sampai ke garisan penamat.
Dalam pada itu, hos Big Stage ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong di sepanjang laluan cabaran Ironman iaitu di Pantai Cenang kerana tidak henti-henti memberikan sorakan padu buatnya. Dia turut memohon maaf kepada penyokongnya kerana tidak sempat dibalas olehnya.
Menurut Alif lagi, dia mengakui penyertaaanya di dalam Ironman bagi kategori penuh ini merupakan satu kerja gila yang pernah dilakukan, Begitu pun dia tidak sabar berkongsi kisah penyertaannya kepada umum tidak lama lagi.
Kalau dulu dirinya menjadi inspirasi pada semua orang. Kini bila dah berumahtangga dan memiliki 6 orang cahaya mata, didikannya pula menjadi contoh buat orang ramai terutamanya pengikut di laman sosial terutamanya di Instagram.
Rentetan dari kes matapelajaran matematik yang hangat diperkatakan, tidak ketinggalan angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memuat naik video anaknya Adam & Noah yang sudah memasuki umur 5 tahun membuat soalan subjek tersebut.
Perkara itu dikongsikan beliau sendiri di laman Instagram miliknya dan dibahagian kapsyen perkongsian Dr Sheikh, penting bagi anak-anak untuk kuasai matematik. Mereka perlu tahu selesaikan tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum memasuki sekolah rendah.
Sekurang-kurangnya secara asas.
Selain beliau meletakkan matlamat untuk setiap anak-anaknya dapat khatam al-Quran pada usia 6 tahun, seperti mana yang telah berjaya dilakukan oleh anak sulung beliau Tasha dan anak kedua beliau, Bella. Beliau juga mementingkan dari aspek pembelajaran akademik seperti bahasa dan matematik diterapkan sejak usia semuda yang mungkin.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bertanyakan beberapa tips yang diamalkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar. Antara persoalan yang diutarakan adalah, adakah anak yang genius mesti ‘datang’ dari mak ayah yang juga merupakan seorang yang genius? Ramai nak tahu!
Menurut beliau, apa yang penting adalah untuk mak ayah mulakan sistem pendidikan di rumah secara khas sejak dari usia yang muda. Lagi awal permulaan pendidikan sebegini, lagi cepat untuk otak anak-anak tangkap segala ilmu yang dicurahkan.