Pengalaman adalah guru sejati dalam hidup. Bukan cuma dari pengalaman sendiri malah pengalaman orang lain juga sangat berguna. Bahkan sebenarnya bila kita belajar dari perkongsian pengalaman orang lain, itu adalah cara mudah untuk kita mengutip pelbagai pengalaman baru.
Setiap perkongsian pengalaman hidup dengan orang yang mempunyai latar belakang yang berbeza, secara tidak langsing kita akan dapat menimba pengalaman tersebut dan bolehlah dijadikan iktibar atau sebagai nilai tambah kepada kehidupan kita.
Umpamanya dengan memahami pengalaman daripada seorang doktor ini yang dikenali sebagai Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di akaun facebooknya. Berkongsi kisah bagaimana dia membelanjakan dan mengurus wang gajinya berkaitan membeli kereta idaman hingga terpaksa melalui fasa yang sukar dalam hidupnya.
Semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita dan sebaiknya mendalami maksud ‘ukur baju di badan sendiri’ dalam konteks pengurusan kewangan dalam berbelanja.
Ini perkongsiannya, semoga beranfaat.
Beli Kereta Bebankan Poket, Bukan Keperluan
“Eleh, dia kata jangan beli kereta mahal, tapi dia sendiri pakai Mustang! Pakai Alphard!”
Bila ada orang yang pesan agar beli kereta biarlah yang tak mahal, mesti ada yang akan akan pertikai orang yang berpesan tu kerana orang itu sendiri guna kereta mewah.
Saya rasa betul dah nasihat tu. Nak elak beli kereta, memang sukar. Kereta ni dah jadi semacam keperluan dah zaman sekarang ni. Tapi beli kereta yang bebankan poket, bukan keperluan.
Dulu, masa saya baru mula kerja, saya macam orang lain juga. Tak pandai urus duit. Setelah beberapa bulan dapat gaji, benda pertama saya beli adalah kereta. Kereta terpakai sahaja.
Namun bukan calang-calang punya kereta. Kereta mahal, spesifikasi penuh, enjin boleh tahan besar. Harga dia pun besar jugalah. Menjangkau 50% dari jumlah gaji saya. Separuh gaji!
Masa beli kereta, LKM(roadtax) dan insurans ada lagi baki 2 bulan. Jadi, selepas 2 bulan beli kereta, baru kena buat roadtax baharu. Saat tu saya mula menyesal dengan apa saya buat.
Bayangkan pada bulan saya kena perbaharui LKM tu, saya kena bayar ansuran kereta (50% gaji) + LKM/insurans (120% gaji). Bersamaan = 170% gaji. Garu kepala saya masa tu. Ketar lutut.
Saya kena keluarkan duit, lebih daripada gaji saya bulan itu. Bukan lebih sikit. Lebih banyak. Itu tak termasuk duit minyak kereta lagi. Lagi besar enjin, lagi makan minyak.
Nak hidup banyak lagi komitmen nak kena bayar. Rumah, makan minum, dan lain-lain. Bila dah 2 bulan bayar kereta, baru sedar sebenarnya saya tak mampu pun nak memiliki kereta ni.
Ads
Ego Punya Pasal
Termenung saya duduk lihat kereta saya. Kenapalah saya beli kereta ni? Kawan-kawan beli sederhana sahaja, saya pula beli kereta mewah. Lepas tu, bulan-bulan, kawan mewah, saya pokai.
Fikir punya fikir, akhirnya saya rasa saya hanya ada dua pilihan. Sama ada jual semula kereta, atau cari duit lebih. Ego punya pasal, saya buat pilihan yang kedua itu.
Sakit, bang! Perit! Kerja siang malam di tempat kerja. Balik kerja, cari duit tambahan lagi. Dalam masa sama, pi timba ilmu pengurusan kewangan. Rupanya banyak benda saya buat sebelum ni, salah!
Kena Belajar Ilmu Pengurusan Wang
Nak buat apa-apa kena buat belanjawan. Nak buat belanjawan ni kena buat jangkaan status kewangan 6 bulan hingga 5 tahun ke hadapan. Bergantung kepada apa kita nak beli.
Contohnya, nak beli kereta. Seeloknya bayaran ansuran bulanan, sekitar 10% dari jumlah gaji sahaja. Sebabnya, pemilikan kereta ada kos minyak dan penyelenggaraan. Itu pula akan ambil 5-10% dari gaji.
Saya beli kereta 50%(ansuran) + 10%(minyak). Mana tak maut dompet saya. Kena pula bulan nak kena bayar LKM/insurans. Terkubur terus segala simpanan yang ada.
Namun Alhamdulillah, saya sudah berjaya bayar penuh kereta berkenaan. Buat masa ni tak nak beli kereta mahal dah. Serik. Tak nak lagi tempuh fasa tu. Ni fasa nak kukuhkan semula status kewangan.
Bila lihat anak muda yang beli kereta hampir 30%-50% gaji, saya naik risau. Ngeri pun ada. Tambahan yang suka ubahsuai kereta macam-macam. Bukan sikit-sikit duit habis bikin kereta. Puluh ribu.
Kita semua kena belajar ilmu pengurusan wang pendapatan. Mesti ada lagi benda kita tak tahu. Belajar tentang simpanan, pelaburan, perkongsian risiko, pengurangan cukai dan sebagainya.
Ads
Kadang, orang yang nasihat jangan beli kereta mewah tu kita nampak dia memiliki kereta mahal. Mungkin mahal pada kita, tak mahal pun pada dia. Maybe dia bayar kereta tu 10% saja dari gaji dia.
Jadi, tak perlu pertikai orang yang berpesan tu. Nasihat dia tetap terpakai.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tak Pandai Kewangan
Nota: Zaman muda dulu, beriya nak beli kereta mahal. Hujung-hujung, saya beli Kelisa ni je sebagai kereta harian. Kereta satu lagi tu duduk rumah je. Nafsu je semua tu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dalam keadaan situasi sekarang ini, ramai yang hilang pekerjaan akibat kesan pandemik. Namun hidup harus diteruskan demi rezeki buat diri dan keluarga.
Betapa strugglenya kehidupan apabila terpaksa berhujan panas demi memastikan mendapat upah untuk menampung kehidupan seharian.
Begitu dengan kisah menyentuh hati yang dikongsi oleh seorang doktor yang secara tidak sengaja berjumpa penghantar makanan yang kelihatan gigih mencari rezeki.
Lebih menyentuh hati apabila penghantar makanan ini mendedahkan bahawa waktu hujan adalah rezeki buatnya setelah ramai yang tidak keluar rumah sebaliknya hanya membuat tempahan penghantaran makanan ke rumah.
Seterusnya ikuti perkongsian ini yang dipaparkan menerusi facebook milik Dr Syazwani Drani
Sayu hati bila terjumpa bekas pelajar struggle dalam mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sehingga habis dia makan.. Saya hanya memerhati dari dalam kereta. Suapan demi suapan saya perhatikan..tersentuh hati.. Mengalir juga air mata.. Masa nampak dia tengah buka bungkusan makanan. Terdetik dah nak panggil.. Tapi terlintas, nanti dia xjadi pula dia nak makan.. Sabar menanti sampai habis dia makan.. Bila dah selesai.. Saya panggil..
Waktu hujan ramai order makanan
Reaksi seperti yang saya jangka.. Teruja dan segan.. Sempat berkongsi kepayahan yang dialami.. Antara yang terkesan “saya suka time hujan Dr” masa tu orang ramai tak keluar.. Oder banyak time tu.. Ya Allah.. Kita dalam hujan di rumah.. Oder ja.. Mereka yang mencari pendapatan dengan cara ini bergadai nyawa yang semestinya ketika hujan pelbagai risiko ada. Ikhlasnya mereka membantu memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita.
Kehidupan yang ‘struggle’
Sedangkan mereka struggle macam-macam. Kalau makanan lewat sedikit sampai jangan la marah.. Bukan niat mereka untuk lambatkan penghantaran. Ucaplah terima kasih semasa terima makanan yang di hantar. Cukup untuk menghilangkan penat lelah..jangan dimaki.. Kalau nak cepat.. tahu nak maki dan marah ja sebab lewat.. Kenapa tak keluar sendiri.. Lebih cepat kan.. Terus dapat.. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. “Sekali sekala letak la kaki kita dalam kasut mereka”. Baru tahu selesa ka ketat ka.. Tak muat ka”.
Dengan keadaan sekarang ramai yang terkesan. Jangan tambah beban. Pemberian saya di tolak.. Lepas beberapa kali saya nyatakan hasrat saya membantu.. Terlihat pada matanya berkaca.. Allah.. Betul-betul meruntun hati.. Ucapan terima kasih tak lekang dibibir.. Sehingga saya berlalu pergi. Mendung di luar.. Tapi hujan di dalam.. . Saya doakan awak sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan serta dipelihara dari sebarang musibah. Dilindungi dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Waktu pandemik begini pasti ramai yang was-was untuk keluar rumah kan. Bimbang wabak berkenaan yang tidak nampak dan ada sahaja di mana-mana. Justeru, ramai yang memilih untuk duduk di rumah jika tiada urusan penting. Bagi yang mempunyai urusan dengan bank, nak tak nak terpaksa juga keluar kan.
Rupa-rupanya menerusi atas talian segala urusan ini boleh dilakukan. Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN.
Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi online dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.
Perkongsian menerusi Twitter ini mungkin dapat membantu.
Nak tukar kad ATM Maybank tapi takut nak keluar rumah ?
Boleh je korang nak tukar kad ATM Maybank korang dengan syarat kad nak tukar tu bukan kad hilang atau lupa nombor pin.
Jadi cara ni korang boleh pakai kalau pakai Maybank2u dengan syarat login di website Maybank2u.
5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar
6. Pilih Replace Card
7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.
8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan. pic.twitter.com/tsMv4sKBg9
Selepas anda tekan confirm, permohonan anda akan diproses. Jadi untuk penukaran kad, caj RM 12 akan dikenakan setiap kali permohonan dihantar. Anda akan terima Kad ATM anda selepas 9 hari bekerja.
Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda. Semoga bermanfaat.
Baru pulang mengerjakan Umrah bersama suami dan anak-anak, Mua Bellaz berkongsi berita gembira sedang hamil anak keempat.
Biarpun dalam perkongsian tersebut, anak kelahiran Utara ini tidak menyebut secara jelas, namun ‘ hint’ Yang diberikan jelas menunjukkan dia kini sedang berbadan dua.
Assamualaikum doa baik2 Insyallah rezeki … Allahuakbar 👶🍼 patutlah tgk nasi arab xlalu nk makan 😅
Demikian perkongsian ringkas Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini yang dimuatnaik menerusi media sosial miliknya.
Untuk rekod, anak ketiga pasangan ini adalah Muhammad Aisy Ean Yusuf. Lahir pada Julai tahun lalu, si kecil ini menjadi kegilaan ramai dek kerana kecomelannya.
Walaupun masih kecil, bayi lelaki ini juga telah berjaya meraih lebih 21 ribu pengikut di laman Instagram.
Dua lagi anak pasangan ini adalah Nur Airis Alisha dan Mohd Aidil Mikhali.
Rata-rata pengikut Mua Bellaz menitipkan ucapan tahniah atas rezeki yang diperoleh Bellaz dan suami kerana bakal menimang ahli keluarga baru tidak lama lagi.
fezolznina MashaAllah tabarakallah. Alhamdulillah.. tahniah bella.. ❤️ doakan kami yg ttc ni naa.. moga next yr dikurniakan zuriat.. aaminnn ya mujib..
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.