Mendengarkan bacaan doa yang merdu selepas azan di TV cukup menginsafkan diri. Rasanya jika diingat-ingat audio tersebut, seakan dari kita kecil hingga kini kedengaran sama sahaja saban waktu. Bahkan tidak dinafikan disebabkan itu juga membuatkan kita mudah menghafal doa tersebut dengan ritma yang sama.
Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah empunya ‘suara emas’ tersebut. Alangkah bertungnya dia dianugerahkan dengan kelebihan yang dimanfaatkan ke jalan Allah.
Curi Perhatian Di Tiktok & Twitter
Siapa sangka, tuan empunya badan mencuri perhatian di aplikasi TikTok baru-baru ini menerusi video yang dikongsikannya, Dato Tuan Asmawi Tuan Umar berbesar hati ‘belanja’ bacaan doa azan yang begitu sinonim kita dengar di TV secara live.
Menerusi video tersebut kelihatan seorang lelaki sedang memperkenalkan suara di sebalik pengumuman dalam Qatar Airways. Kemudiannya pemilik suara ema situ terus menyambung doa selepas azan. Apa yang nyata, kedengarannya sama betul seperti yang ditayangkan di TV.
Bukan Calang-Calang Orang
Malah untuk makluman bersama, anak jati Terengganu ini bukan calang-calang orangnya. Suara uniknya juga digunakan untuk projek tertentu oleh 8 negara Arab, termasuk pengumuman di dalam di dalam pesawatantarabngsa Qatar Airways dan Malaysian Airlines (MAS) suatu ketika dulu.
Siapa sangka bermula sebagai juruhebah sementara di RTM Terengganu, menjadikan bakatnya dikenali umum dan dengan anugerah tersebut kini sekali gus sentiasa dikenang umat Islam khususnya dalam bacaan doa azan.
Banyak Kumpul Pahala
Ads
Menjengah di ruangan komen, netizen akui baru mengenali wajah insan di sebalik suara yang telah didengari saban hari. Ada juga yang memuji bakatnya dan turut berterima kasih kepada Dato Tuan Asmawi kerana menjadi asbab mereka dapat menghafal doa berserta maksud bacaan tersebut sedari kecil lagi.
“banyak pahala dia. berapa tahun dah dalam tv. berjuta org dengar dan ikut bacaan dia”-tulis MHJ
“Terima kasih bang… aku hafal doa nie… betul2 dari kau punya bacaan nie… terima kasih….”-komen Ariyo8423
“Umr 32 ini kali pertama tengok muka.. Semoga allah panjang kan usia dia’-komen Anas pula.
Tokok Amy pula, “Byk pahala abang. Sy belajar dan baca ikut bacaan abg kt tv. Sy yakin ramai lg mcm sy.”
Ads
“Subhanallah suara yg hari² degar d tv😁,” tulis Jazimin
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang, segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penuhkan dulu ilmu di dada jika ingin membeli rumah. Ini penting agar impian untuk memiliki kediaman yang dihajati dapat direalisasikan.
Ini sebagai mana info yang dikongsikan oleh pakar hartanah Harith Faisal. Jom semak.
Kita ni manusia penuh dengan sifat tak sabar. Semua nak yang best. Semua nak yang mahal. Semua nak yang mewah. Tapi itu semua nak dapat segera dan cepat. Apa kata kita rendahkan sikit target tu dan mula kecil-kecilan. Sabarlah sikit!
1. Nak ada simpanan RM40K untuk buat modal beli rumah RM300K. Simpan RM500 sebulan. Nak cukupkan RM40K, ambil masa 80 bulan, lebih daripada 6 tahun. Sebab kita rasa jauh sangat 6 tahun tu, kita pun tak mula-mula menyimpan.
2. Rendahkan sikit bajet rumah yang nak dibeli tu. Contohnya RM150K. Kena ada RM20K sebagai modal untuk beli. Simpan RM500 sebulan, dalam masa lebih kurang 3 tahun dah cukup modal tu. 3 tahun okaylah juga. Tak lama macam 6 tahun tu.
3. Nak beli rumah idaman terus sebagai rumah pertama. Landed, dua tingkat harga sampai RM500K. Tapi gaji ciput RM3,000 saja. Boleh berimpian. Pastikan impian tu boleh dicapai. Mulakan langkah dengan beli rumah kecil-kecil bawah RM200K.
4. Ada sebab kenapa saya galakkan anak muda beli rumah kecil-kecil sebelum beli rumah impian. Dengan rumah kecil tu, anda akan dapat positive cashflow dari sewaan setiap bulan. Anda dapat pengalaman berkomitmen dengan bank pada skala kecil.
5. Yang paling best, bila dah ada rumah kecil ni, anda tak berapa kisah dengan kenaikan harga rumah. Sebabnya rumah kecil anda pun naik harganya. Selepas 5-10 tahun guna duit penyewa untuk bayar hutang bank, boleh jual dah rumah-rumah tu.
6. Katakan ada 4 rumah kecil. Jual 2 buah untuk dapatkan tunai, tinggalkan 2 buah untuk dapat cashflow positif setiap bulan. Tunai yang anda dapat boleh jadi modal untuk beli rumah idaman. Gaji masa tu pun bukan RM3000 lagi. Mesti dah naik, kan.
Sekian. Bermulalah sekadar yang kau mampu. Rendahkan target kalau perlu. Kurangkan belanja kalau kau rasa dah tak mampu. Perlahan-lahan melangkah dengan ilmu. Tapi kalau dah power, tak kisah pun nak laju-laju.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah diibaratkan apabila empat beradik ini direzekikan menjadi tetamu Allah serentak.
Memetik laporan myMetro, empat beradik tersebut tidak menyangka dapat merealisasikan impian mereka sejak sekian lama menjadi tetamu Allah, apabila terpilih untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pada tahun ini.
Meluahkan kesyukuran, Siti Norsaliana Abu Khalid, 35, berkata ia adalah rezekinya bersama tiga adik-beradiknya iaitu Muhammad Saffuan, 34, Siti Norkhariah, 27, dan Muhammad Syahid, 18, selepas mula menabung sejak 2008 dan mendaftar haji pada tahun yang sama.
Malah suami Siti Norsaliana iaitu Mohd Zamzuri Ali, 36, dan adik iparnya Siti Analiza Mak Tapin, 34, turut sama menyertai mereka untuk mengerjakan ibadah haji itu.
“Saya ada seorang lagi adik yang juga menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini, tetapi dia baru melakukan pembedahan lutut dan terpaksa menolak tawaran tersebut.
“Ibu dan ayah juga dapat tawaran tunai haji, tetapi disebabkan mereka pernah menunaikannya sebelum ini mereka menolak dan ingin memberi peluang kepada orang lain,” kata anak sulung itu kepada Bernama di sini, hari ini.
Siti Norsaliana yang menetap di Taman Kobena, Senawang berkata dia bersama adik-beradiknya berasa terkejut dan gementar, selepas menerima surat untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada April lalu namun mengakui teruja dengan segala persiapan sudah dilakukan sejak Aidlfitri lalu.
Jelasnya, dia pernah menolak tawaran untuk mengerjakan ibadah haji kali pertama pada 2020 namun disebabkan berfikiran masih muda ditambah Covid-19 melanda dunia ketika itu, Siti Norsaliana terpaksa menangguhkannya.
“Saya berasa amat sedih ketika tahun tersebut, mungkin niat ketika itu tidak betul jadi saya pujuk hati dan pujuk suami… mungkin ini jalannya dan Alhamdulillah rezeki datang pada tahun ini,” katanya.
Siti Norsaliana berkata mereka dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada tengah hari esok dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Pada saat serangan covid-19 ini, bukan sahaja aspek kesihatan kita semua terkesan malah pelbagai perkara tidak terjangka turut berlaku.
Lihat sahaja, ramai yang hilang mata pencarian, dibuang kerja dan sebagainya kesan daripada penularan Covid-19.
Apa yang pasti bila diberhentikan oleh majikan, saat itu bukanlah mudah untuk dilalui.
Sekelip mata tiada lagi sumber pendapatan dan ini sekali gus boleh menjadi detik hitam dalam hidup.
Membayangkan kesukaran yang dilalui, tidak terjangkau dek fikiran namun hanya yang telah melalui detik dibuang kerja faham situasinya.
Ini sebagaimana yang pernah dilalui oleh Puan Azila Ajid. Lantas di sini dikongsikan pengalamannya melalui detik tersebut moga dapat memberi inspirasi untuk yang lain segera bangkit membina kehidupan.
Ini perkongsiannya.
Memang tak senang nak move on bila kena buang kerja. Saya menangis hampir setiap hari selama seminggu mengenang nasib. Lagilah itu kerja yang saya paling suka tau.
Macam-macam benda terfikir. Apa salah aku. Tak cukup ke apa aku bagi pada syarikat. Kenapa aku yang bawa masuk sales pun kena begini. Gaji aku bukan besar sangat pun banding orang lain. Kata nak jimat kos, kenapa bukan yang gaji besar? Serabut rasa.
Dah lah momen kena buang tu menyedihkan. “On the spot” tanpa notis. Pilu ya amat.
Mac 2015, industri minyak dunia dah gawat. Satu hari tu saya ada mesyuarat dengan syarikat carigali di KLCC yang mula 8.30 pagi sampai hingga lebih kurang 11. Dapat mesej bos tanya saya mana dan minta jumpa dia lepas setel kerja.
Tak tunggu lama, saya terus balik pejabat. Panas peluh pun belum hilang, baru je on laptop bos panggil ikut dia. Saya masa tu blur lah nak pergi mana. Kepala pula fokus kerja sebab sibuk fikir kejap lagi 2.30 petang nak kena buat presentation kat client lagi.
Saya ikut je sampai masuk bilik yang agak gelap hujung sebelah kiri tingkat tu. Bos buka je pintu saya nampak Manager HR dan bos pada bos saya. Terus terfikir. Eh aku nak kena buang ke?
“Due to current economic scenario, we have to let you go and” belum sempat bos saya sambung skrip buang pekerja beliau dengan muka serba salah dia…
“Takpe. Straight to the point je. Just bagitahu apa pakej you all nak buang i ni” sampuk saya laju. Serius malas nak dengar segala drama masa tu. Yelah, nak buang, buang je lah. Aku letih ni baru habis meeting tau. (masa tu perasaan sedih bercampur marahlah, masa taip ni saya ketawa tau. Hahaha)
Lepas setel Manager HR terangkan semua yang ada, saya diminta kemas barang dan keluar secepat mungkin dari situ.
Apa lagi. Jem terus otak. Bukan saya je terkesima, kebanyakan rakan pejabat satu tingkat kawasan saya terkedu. Yelah, saya yang terawal kena lalui semua tu. Benda “baru” lah kira masa tu.
Saya cubalah control macho je dari awal nampak cool masa siapkan kemas meja tu. Depan orang kan. Takkan nak meraung pula. Hahaha Tapi bila tiba-tiba nampak kakak admin kesayangan saya menangis teruk, saya tewas. Menangis-nangis jugalah saya kat situ.
Setel kemas, terus saya keluar pejabat. Dalam 20 minit je proses tu tau! Wey serius sakit hati! Korang bayangkan. Kerja 5 tahun lebih, berkorban masa jiwa raga setia dari bujang sampai anak sorang. Sekali nak buang, laju je kena “halau”. Pedih gais. Hahaha
Turun parking, masuk kereta Vios saya tu dan terus keluar bangunan. Sungguh syahdu wey. Bila dah ke jalan besar depan Tabung Haji Jalan Tun Razak, saya call suami bagitahu kena buang. Suami terus ambil cuti balik nak teman saya.
Sepanjang perjalanan dari Menara Tan&Tan Jalan Tun Razak ke Bandar Baru Bangi saya menangis.
Sumpahlah senak rasa dada. Apa nak bagitahu mama papa. Mak mentua semua. Bayangkan selama ni ada rezeki lebih, boleh raikan ramai orang, sekarang hilang semua sekelip mata.
Saya ambil masa dalam dua tiga hari untuk bagitahu mama papa dan mak. Adik beradik pun lama baru tahu. Kawan-kawan pula ramai tak kontek masa tu kecuali beberapa orang. Katanya selepas itu mereka tak tahu nak cakap apa dan macam mana.
Saya banyak habiskan masa duduk dalam bilik. Tetibe jadi pendiam. Sampai dalam seminggu macam tulah seingat saya, mama papa cuba ajak saya berbual. Mungkinlah mama papa sedihkan tengok saya yang ceria jadi begitu.
Mereka mula ajak saya keluar jalan-jalan. Tolong mereka dengan urusan harian dan buat macam-macam perkara. Masa tu mereka banyak ingatkan saya tentang takdir, rezeki, ketentuan Allah. Ingat Tuhan selalu.
Alhamdulillah. Berkat bantuan emosi mama papa, dalam sebulan lepas tu saya walaupun hati ni sakit lagi pengalaman tu, saya lega. Saya mula bangkit buat banyak perkara selain cari kerja. Antaranya:
1. Belajar ilmu hartanah dan kewangan. Follow mentor di facebook seperti Tuan Zaidi Ismail dan ke kelas hartanah Faizul Ridzuan.
2. Bincang dengan suami kewangan keluarga. Buat tracking pampasan tu tahan berapa lama bila bayar hutang bank dan komitmem termasuk bil saya dan barang keperluan peribadi (spa etc).
3. Ubah lifestyles. Mula belajar semula naik kenderaan awam macam KTM bila perlu. Kurangkan keluar rumah melepak restoran yang menelan belanja banyak.
4. Buat aktiviti yang menyeronokkan macam jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.
5. Banyak habiskan masa family time.
Korang. Masa ni saya belum belajar berniaga tau. Jadi memang taklah saya ni nak ada back up plan kan. Dan sungguh saya tak positiflah macam sekarang sebab belum belajar kentalnya jiwa peniaga. Haha
Oh ya. Macam tadi tulah rutin hidup saya lepas tu. Berbahagia seadaanya. Rezeki Allah, saya dapat kerja baru 6 bulan selepas kejadian dengan 2 tawaran bekerja di syarikat berbeza. Dalam awal September 2015 saya lapor diri. Gaji pulak kurang 30% dari apa saya dapat sebelum ini.
Syukur saya Allah izin ganti walau tidak sama. Alhamdulillah sebab dah ubah lifestyle masa menganggur tu, jadi gaji tak sama macam dulu pun saya gembira. Bila dah belajar ilmu kewangan, saya lebihkan menyimpan berbanding dulu dari berbelanja.
Saya mula belajar berniaga melalui bisness shaklee untuk dapat pendapatan tambahan. Tambah ASB loan jadi maksima, buat ASB loan 2. Setelkan hutang kereta. Yang ada rumah sahaja (sendiri dan sewakan). Saya beringat sangat pasal persediaan #tabung kecemasan.
Kawan-kawan. Tak senang nak lalui pengalaman kena #VSS. Jangan cakap saya tak sabar tak tabah ya, tapi pedih itu sukar nak tulis. Lukis pun belum tentu orang paham. Tak lalu, memang kira kau takkan tahulah. Hahaha
Bila kita kena tu, tak kisah lelaki ke perempuan, kalau nak menangis lepaskan sahaja. Nak sedih, biarkan perasaan tu lalu. Cuma janganlah biarkan lama-lama (seminggu sampai ke sebulan macam saya ni rugi tau.huhu).
Memang berat nak lalui, tapi janji Allah, dalam setiap kesulitan akan ada kemudahan.
Mungkin ada sebahagian kita kena buang kerja, nak dapat gaji sama macam apa kita ada hari ini itu sukar. Kalau ada bisnes pun belum kencang.
Lagi-lagi kalau baru nak mula. Memang ia tak mudah dan mencabar. Tapi jangan mengalah dan yakinlah, rezeki Allah akan sentiasa cukupkan. Berpegang sahaja pada Allah, pintu rahmatNya akan terbuka luas.
Hari ini saya menulis dengan yakin sebab saya dah merasainya. Indahnya hidup dan bahagia sangat walau pernah rasa perit dibuang kerja.
Buat makluman, saya pada awalnya rasa macam dah bersedia kut kena buang sebab masa tu dah teruk sangat industri ni. Saya dah siapkan laptop pejabat dengan semua info kerja yang perlu handover, semua barang peribadi saya kebanyakannya dah dibawa pulang lebih awal.
Walaupun begitu, percayalah masa kena sakitnya tetap berbisa. Namun, pengalaman itu yang menjadi antara kekuatan saya untuk hadapi hidup hari ini.
Musim #Covid19 yang rakus menyerang dunia hari ini mungkin akan menyebabkan ramai lagi mengalami pengalaman yang sama. Walaupun perit, percayalah kalian akan mampu laluinya. Doa saya semoga Allah mudahkan segalanya buat kita semua dan beri ganti yang lebih baik kelak.
Sedih VSS, berhenti, hari ini suri rumah bahagia dan laki bini kerja sendiri. Alhamdulillah
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.