Suami Isteri Kekal Bahagia Sampai Akhir Usia Jika Selalu Amalkan 10 ‘S’ Ni. Barulah Harmoni Rumah Tangga.
Perkahwinan merupakan satu janji taat setia dan ikatan hubungan seorang lelaki dan wanita untuk hidup bersama dalam melestarikan sunnah baginda Rasulullah SAW.
Rumah tangga terasa hambarnya jika tidak dilimpahi dengan kasih sayang setiap ahlinya. Pun begitu kasih sayang haruslah dipupuk sejak awal, jangan terlambat untuk mempraktikkan apa jua elemen yang dapat membantu kerukunan rumah tangga.
Antara yang boleh diamalkan oleh suami mahupun juga isteri adalah dengan mempraktikkan 10 amalan ini.
Dalam membantu suami isteri mengecap kebahagiaan dan keindahan hidup berkeluarga 10 S berikut boleh dipraktikkan. Belum terlewat juga untuk diamalkan buat pasangan yang sudah lama berumah tangga.
1. SALAM
Membudayakan ucapan salam adalah salah satu sunnah Rasulullah. Lebih-lebih lagi ucapan itu di antara suami dan isteri. Di dalamnya ada terkandung doa untuk kesejahteraan yang boleh membawa kepada kebahagiaan.
2. SENYUM
Perbuatan yang tidak memerlukan kata-kata, tetapi difahami oleh pasangan kita apabila kita melakukannya. Jelas menunjukkan kita sentiasa berada dalam keadaan positif apabila kita melakukan sedemikian.
Ads
3. SAPA
Sewajarnya kita perlu saling bertanya khabar tentang pasangan kita termasuklah kesihatan, pekerjaan atau soal anak-anak, walaupun setiap hari tinggal sebumbung. Apatah lagi sekiranya berjauhan disebabkan tugasan yang terpaksa dilaksanakan.
4. SABAR
Pastinya dalam setiap kelebihan yang ada pada pasangan kita, ada pula kekurangan pada dirinya. Belajarlah dengan penuh sabar untuk menerima kekurangan itu agar kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.
5. SAYANG
Ads
Sifat ini perlu sentiasa dipupuk. Sayang bukan hanya terletak di bibir, tetapi perlu dibuktikan melalui perbuatan. Suami jangan hanya sibuk mengucapkan sayang pada isterinya sehingga nafkah yang menjadi kewajipan untuk diberikan turut diabaikan.
6. SUKA
Apa yang telah disediakan untuk suami seperti makanan umpamanya, walaupun kurang enak daripada sudut rasanya tetapi tunjukkanlah bahawa kita menyukainya. Jangan terus kritik dengan perkataan kurang sedap kerana isteri pula akan menunjukkan reaksi tidak suka.
7. SIMPATI
Ads
Sekiranya ditimpa kesusahan, masalah, musibah, sakit atau seumpamanya maka berikanlah sepenuh perhatian pada pasangan kita. Waktu itu masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain untuk membina kekuatan agar mampu bangkit kembali. Simpati sebeginilah yang amat diharapkan dalam rumah tangga.
8. SPONTAN
Sering kali kita melihat, isteri yang melakukan kerja rumah. Apalah salahnya kalau suami juga turut membantu. Tanpa menawarkan diri untuk menolong, adalah lebih cantik sekiranya dilakukan dengan cara spontan tanpa diminta. Sikap ini akan menyebabkan isteri bertambah sayang.
9. SEGAK
Penampilan diri yang baik akan menyebabkan pasangan kita senang. Walaupun hanya berada di rumah, tidak salah untuk suami atau isteri memperelok kemasan pada pakaian. Apatah lagi sekiranya ditambah dengan sedikit wangian. Barulah akan sentiasa segak di mata pasangan.
10. SIMPLE
Semua pasangan mengimpikan keharmonian dalam rumah tangga. Walaupun tidak mewah tetapi cukuplah sekadar semua kelengkapan asas tersedia tetapi bahagia. Inilah yang terbaik. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, walaupun di mata manusia nampak senang. Tetapi apa maknanya kemewahan sekiranya tidak disulami dengan kebahagiaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah pemuda ini cukup istimewa sekali. Walaupun bukan beragama Islam, namun pemuda berusia 28 tahun itu sering membantu apabila ada aktiviti di surau seperti gotong royong, membersihkan surau dan sebagainya.
Siapa sangka, akhirnya pemuda ini memperoleh hidayah Allah dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.
Kisah Dono atau nama Islamnya Muhammad Omar Arumugam dikongsi oleh seorang kenalan Allahyarham, Syahril A. Kadirmenerusi laman Facebook sejurus kehilangan pemuda tersebut. Dono meninggal dunia tengah malam semalam akibat kemalangan jalan raya di Damansara Damai, Selangor. Menurut Syahril A. Kadir, beliau mengenali Dono ketika arwah masih belasan tahun dan mereka tinggal berdekatan kawasan kejiranan. KISAH DONO DAN BUKU IQRA’NYA… NAMANYA Muhammad Omar Arumugam. Baru berusia 28 tahun. Kami memanggilnya Dono. Saya mengenalinya ketika dia masih remaja lagi. Tinggal di kawasan kejiranan kami. Walaupun bukan beragama Islam pada awalnya, Dono sering datang ke surau kalau ada aktiviti seperti gotong royong, membersihkan surau dan sebagainya. Dari situ pintu hatinya terbuka untuk lebih mengenali agama suci ini dan kemuncaknya beliau memeluk agama Islam. Pun begitu, seperti mana dituntut oleh Islam, Dono tidak pernah ‘membuang’ keluarganya walaupun berbeza fahaman dan pendirian. Dia tetap bersama keluarga bukan Islamnya. Menyedari ilmu agamanya belum cukup, bila ada kelapangan, Dono akan tetap mencuri sedikit masa untuk belajar mengaji dengan rakan-rakan. Malah buku Iqranya tetap tersimpan rapi untuk kegunaannya bila dia datang. Malam tadi seperti kelazimannya, selepas pulang dari kerja, Dono datang dan bergurau senda dengan rakan-rakan setaman kami. Kira-kira jam 12.30 malam, beliau pergi ke kedai serbaneka Damansara Damai yang cuma kira-kira 300 meter dari kawasan perumahan kami untuk membeli sedikit barangan. Tetapi dia tidak pulang-pulang sehinggalah kami menerima Whatsapp daripada rakan-rakan yang Dono ditemui terbaring dengan luka parah di kepala. Motor yang ditungganginya rosak teruk. Tiada versi yang jelas sama ada dia terbabas atau pun dilanggar, yang pasti ketika ditemui Dono sudah tidak bernyawa lagi. Tak sampai setengah jam bergelak ketawa dengan rakan-rakan, Dono pergi buat selama-lamanya. Ketika saya menulis berita ini, jenazahnya masih di PPUM menunggu untuk dibedah siasat pagi nanti. Kini yang tinggal adalah buku Iqra’ Dono dan kenangan bersamanya. Semoga Allah mengampunkan dosanya dan menempatkannya di syurga tanpa hisab. Saya hilang kata-kata. Selamat jalan adikku.
Apabila banjir melanda, paling mencabar adalah apabila air mulai surut. Bukan hanya sedih barang-barang habis dihanyutkan air atau rosak , cabaran yang menanti adalah perlu membersihkan segala kotoran dengan segera.
Bagi anda yang mengalami situasi ini pastinya bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saudara Mohd Razak Razali berkongsi tip bagaimana kaedah paling mudah untuk membuang air yang bertakung di dalam rumah.
Kepada mangsa banjir saya kongsi kan cara mudah untuk buang air yg bertakung dalam rumah.
Bahan-bahan
Baldi yang di tebuk lubang pada lantai nya…ikut saiz paip
Getah paip atau poli pipe.
Karung sampah saiz besar yg ditebuk lubang pd bhgian bawah ikut saiz paip.
Kerusi 2
Caranya
Masukan hujung paip dari bawah baldi…terus masukan pada lubang plastik sampah tadi dan ikat plastik tadi pada getah paip. Tarik getah paip supaya plastik duduk dlm baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah. Letak baldi atas 2 kerusi.
Kamudian boleh cedok air banjir tuang dalam plastik yg duduk dlam baldi tadi…..tadaaa… air ikut getah terus keluar ..tak perlu angkut keluar.
Pastikan terus kocak air dlm rumah supaya lumpur tak mendap…nanti bila air habis lumpur tak ada dah sebab semua ikut air. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Setiap kali pasangan ini memuat naik momen bersama keluarga di media sosial, ada sahaja yang membuatkan netizen terhibur.
Tak kurang juga yang memuji akan cara pasangan ini mendidik dan membesarkan anak-anak mereka.
Terbaru, Ozlynn memuat naik foto anak bujangnya, Ariq Lim yang sedang memangku adiknya sedang tidur memperlihatkan betapa akrabnya hubungan mereka.
Walaupun sedang mengikuti kelas online secara maya, namun dia masih sempat menidurkan adiknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ozlynn mengakui Ariq seorang anak dan abang yang bertanggung jawab. Memandangkan dia kini belajar menerusi online, pelbagai cabaran terpaksa dihadapi.
“Dah cakap dah online class tak semudah yang kita jangka! Tengah online tetibe adik nangis.. nak kena pujuk.. tengah online maid dok pekik sape makan tak basuh pinggan.. tengah online class adik pulak tanya pasal sirah.. tengah online mama mintak tolong check buku adik.
“Tengah online adik dok menjerit bergasak rebut toys… cemane gaisss?! Sian kan? Tapi hal gambar di atas memang betul2 sweet.. mama tengah masak, kak dorthy tengah kutip baju kotor tetibe moleiq melalak. Baru kecik kan api lauk berlari ke depan.
Rupa-rupanya si adiknya menangis sebab mengingau. Melihatkan keprihatinan anaknya Ariq, membuatkan Ozlynn rasa tersentuh hati.
“tengok2 adik kat pangku abang.. rupanya abang dia tidur kan.. dia melalak tu sebab ngigau.. 😂😂 Allahu.. moga segala yang terbaik di dunia dan akhirat menjadi milikmu anakku Ariq Lim ❤️
Perkongsian yang menyentuh hati itu mendapat reaksi ramai. Rata-rata memuji Ozlynn dan Johan kerana memiliki anak dan abang yang cukup prihatin dan penyayang kepada adik-adiknya.
Anak soleh, didikan terbaik
ashlluvy Abg thorbaik,👍🙌❤️,,Adik dah la berat😂,,,may Allah bless dis family
ieja.r Ariq Lim memang terbaik! Anak yang soleh. Tahniah mama papa, didikan terbaik 👍🏼👍🏼👍🏼
nadiyaraniSejuk perut kak olin..Alhamdulilah,dapat anak yang bertanggungjawab.
ff_faycollections💕alhamdulillah Allah permudahkn srmuanya. Sweet sgt💕
val.t.o.n.ypadu la kak.sambil kelas boleh pangku anak
Bahkan, ada yang berseloroh mahu menjadikan Ariq sebagai menantu mereka.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.