Sepanjang pembabitan di dalam dunia politik, pelbagai rintangan dan dugaan hidup didepaninya dengan kesabaran.
Bukan sedikit namun cukup besar, calang-calang orang tidak mampu berada di tempatnya. Dialah pemimpin, dialah isteri dan dialah juga ibu yang cekal, tabah dan berhati waja. Nyata, nama Datuk Seri Dr Wan Azizah cukup disegani dan dikagumi oleh wanita dan ibu-ibu di luar sana. Melihat dirinya dan cuba menyelami isi hatinya sebagai seorang mama kepada enam cahaya mata.
“Kehidupan saya tidak ada apa-apa yang luar biasa. Sama seperti wanita lain, juga pasti ada musibah, rintangan dan dugaan berbeza-beza. Kadang-kadang ada juga saya terlintas di fikiran tentang setiap ujian yang datang. Lantas apabila saya membaca dan memahami suruh Mulk ayat 1-5 barulah saya benar-benar mengerti. Itu saya jadikan pegangan, walau apa yang berlaku semua itu adalah ujian Allah terhadap hambanya. Saya bukan malaikat, saya ada masalah, kelemahan, kesilapan dan akhirnya Allah jualah tempat kita memohon pengampunan,” ujarnya dengan ikhlas di awal bicara sambil melemparkan senyuman manis.
“ Dalam mencari sumber inspirasi dan kekuatan hidup ini, saya akui anak-anak dan suami adalah kekuatan saya. Cinta, kasih dan sayang memang teguh di hati saya untuk keluarga ini. Saya perlu bangkit bagi membela suami dan anak-anak saya. Fikirkan untuk masa depan dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai mana yang diamanahkan oleh suami. Hidup ini sementara dan akhirnya kembali kepada Allah jua.”
“Jika ingin diimbau zaman anak-anak masih kecil, memang cukup membahagiakan. Pun begitu, saya tidaklah sentimental orangnya. Bagi saya hidup ini adalah perjalanan dan apa yang telah kita lalui bersama, semua itu alhamdulillah. Dan setiap rintangan yang mendatang, kita sama-sama jugalah atasinya.
Kongsi rahsia
Mencungkil rahsia penjagaan kecantikan buat wanita kelahiran Singapura ini yang kini telah pun berusia 65 tahun, malah menjadi Tok Wan kepada sembilan orang cucu. Karakternya kekal cantik dan bergaya ringkas sama seperti dahulu.
“Satunya jagalah personaliti. Dulu suami saya pernah berkata dalam nada seloroh kepada saya, katanya kalau I gemuk dia kahwin lain. Jadi saya percaya setiap suami mahukan seorang isteri yang pandai menjaga penampilan.
Pun begitu suami perlulah juga menghargai isteri, suami ini adalah tempat kita bergantung harap dan kasih dengan kita. Bila hal keterampilan, saya akui juga memang bukan mudah untuk direalisasikan sepanjang waktu.
Maklumlah bila seharian kita dengan anak-anak, memang susah nak bagi penampilan yang sempurna setiap masa. Dan bila suami balik, kita hendak terus bercantik-cantik, memang sukar.
Suami pula tengok perempuan di luar cantik-cantik. Jadi jika ini situasinya, sebenarnya suami dan isteri adalah sebagai satu unit. Perlu bekerjasama untuk pastikan rumah tangga bahagia. Sebagai isteri kita harus berdoa, ini semua ujian masing-masing. Suami ujiannya begitu, isteri pula ujiannya begini. Suami perlu ada iman,” ujarnya sambil berpesan agar suami di luar sana dapat menyanjung dan menyayangi isteri selayaknya.
“Selain itu, untuk penjagaan kesihatan kena jagalah daripada aspek pengambilan makanan. Elak ambil makanan yang syubhah, sebab saya akan rasa sakit kepala jika termakan makanan yang syubhah. Kalau termakan sikit sekali pun. Saya akan sakit teruk, sampai akan termuntah-muntah. Jadi saya jaga setiap makanan yang diambil. Jika badan yang sakit, bukan orang lain rasa. Kita juga yang menanggungnya. Jadi saya sangat pentingkan penjagaan kesihatan,” tambahnya lagi.
Tidak dengan itu, ibu berpersonaliti lemah lembut ini juga tidak lokek berkongsi tip dalam penjagaan kulit wajah. Siapa sangka, ianya cukup simple dan bersahaja.
“Manakala dalam hal penjagaan kecantikan kulit wajah, saya pula tidaklah begitu cerewet. Apa yang saya tekankan pada pemilihan produk mestilah bersumberkan bahan-bahan asli. Kalau siapa perasan, hidung saya sering nampak sedikit berminyak dan berkilat. Jadi saya gunakan bedak. Itu sahaja cukup ringkas tidaklah perlu banyak masa untuk bersiap. Lagi pun, menjadi isteri Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak mempengaruhi cara saya berhias. Di mana saya perlu bergerak pantas. Bila dia bagi tahu, “Ezah I nak keluar”. Jadi saya perlu bergerak cepat seiring dengannya,” ujarnya lagi dengan panjang lebar.
Setiap hari adalah Hari Ibu
Ads
Berbicara tentang sambutan Hari Ibu, kebiasaan anak-anak akan meraikannya dengan pelbagai cara. Ada yang sekadar menzahirkan ungkapan rasa kasih dan sayang buat ibu tercinta, malah ada juga yang meraikan dalam suasana meriah sebagai bukti tanda penghargaan anak-anak di atas pengorbanan ibu selama ini. Namun bagi keluarga Datuk Seri Dr Wan Azizah, setiap hari adalah hari ibu baginya.
“Untuk kami sekeluarga, hari ibu adalah setiap hari. Mungkin ada keluarga lain menjadikan satu hari yang istimewa untuk anak menghargainya. Tetapi di dalam keluarga kami, telah diserap nilai pada anak, bahawa ibu ini harus dihargai, dihormati dan disanjung setiap waktu.
Sambutan yang khusus ada juga sekali sekala diraikan. Anak-anak yang buat tapi bukan saya yang rancang. Umpamanya ada satu masa itu, kami pergi makan malam sekeluarga termasuk menantu dan cucu-cucu. Memang ramai dan suasananya cukup meriah.
Bab hadiah pula itu bukanlah keutamaan. Kadang-kadang anak-anak bagi, kadang-kadang tidak ada pun. Apa yang lebih menyeronokkan saya ketika makan malam tersebut kami dapat berkumpul bersama dan sebelum makan suami membacakan doa untuk kebahagiaan keluarga. Nampak ringkas namun cukup bermakna bagi saya,”ceritanya lagi dengan mesra dan akui masa bersama keluarga adalah terhad.
Memahami corak pembahagian masa seorang ahli politik, semestinya berbeza dengan orang biasa. Masanya banyak dihabiskan untuk kepentingan negara, bangsa dan agama. Bukan sahaja dari pihak Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri, malah salah seorang anaknya iaitu Nurul Izzah juga terlibat di dalam dunia politik yang sama. Semestinya membuatkan ahli keluarga ini tidak punya banyak masa terluang.
“Saya tidaklah pandai bahagikan masa. Sebabnya saya ikut apa yang telah diaturkan. Tugas-tugas yang diberikan kebanyakan staf akan buatkan. Jika mana saya tidak dapat mengatasinya saya akan mintak maaf. Boleh dikatakan, saya ini macam Cinderella. Tepat jam 12 malam, saya mesti pulang. Kurang pada itu lebih baik.
Jujur saya katakan, kami tidak banyak masa untuk melakukan aktiviti bersama-sama. Lebih-lebih lagi waktu ini bila anak-anak telah besar dan punya keluarga sendiri. Lainlah ketika waktu mereka kecil-kecil dahulu. Boleh dikatakan setiap waktu makan malam, suamilah paling bising memanggil anak-anak untuk berkumpul di meja makan. Dia akan pastikan agar semuanya duduk semeja barulah boleh makan,” katanya lagi.
Pun begitu, walau dihimpit dengan waktu yang terhad. Tidak sedikit pun membatasi tanggungjawab dan keakraban seorang ibu dengan anak.
“Cumanya bila lepas sorang-sorang anak berkahwin, saya lebih rapat dengan Hana. Izzah sebagai anak sulung, dia banyak memberi saya kekuatan semasa bapanya disingkirkan pada tahun 1998. Izzah jugalah yang menemani saya ke sana ke sini dan Hana ketika itu baru berusia 6 tahun.
Ads
Bagi saya anak adalah amanah yang harus di tarbiah. Sebagai ibu bapa perlu lakukan yang sebaiknya. Berdoalah dan doa ibu itu adalah makbul. Ingat lagi saya masa Nurul Izzah kecil. Saya ajar mengaji dan solat. Setiap satu ayat bacaan solat saya ucapkan kepadanya agar dia faham menyebutnya. Kini saya lakukan cara yang sama dalam mendidik cucu-cucu saya.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu Mei 2017
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang lain nikmat yang diberikan olehNya. Selain dari nikmat rezeki duit, kerja, kesihatan, pasangan yang baik juga nikmat yang Allah beri tapi kita sering alpa. Itulah antara intipati topik yang dikupas oleh Ustaz Kazim Elias.
Ketika menceritakan tentang sakit beliau, pendakwah popular Dato’ Ustaz Kazim Elias mendedahkan yang beliau pernah menerima bantuan kerusi roda daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Perkara ini dikongsi oleh beliau menerusi satu sesi ceramah yang telah dimuat naik di YouTube, pada Sabtu.
Menurutnya, selain Siti Nurhaliza, antara yang turut memberi bantuan kerusi roda adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew.
“Bila doktor operate kaki saya baru-baru ini, saya tak boleh jalan.
“kaki kiri saya pula bermasalah, sampai sekarang. Kalau dapat tengok belah ni, kaki saya kecil.
“Saya dapat tiga kerusi roda, satu basikal elektrik. Siti Nurhaliza kasi satu, Ebit Lew kasi satu.
“Senang saya nak pergi jalan, tak payah basikal. Pulas jalan, jarak sekali cas dari Ipoh ke Kuala Kangsar,” katanya.
Jelasnya, segala sumbangan itu berkemungkinan tidak akan diterimanya sekiranya dia tidak sakit.
“Kalau saya tak sakit saya tak dapat wheelchair. Siti Nurhaliza mai hantar, ada di rumah buat kenangan.
“Jadi tuan tuan tak perlu susah hati. Saya sentiasa pandang baik dengan masalah saya.
“Saya pun harap tuan-tuan pun pandang masalah itu dengan baik.
“Allah akan beri kekuatan. jangan sebut celaka punya lutut, haram jadah jangan sebut,” katanya.
Terdahulu, Ustaz Kazim sebelum ini pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.
Menerusi paparan itu, beliau yang srting muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.
Tambah beliau, penderitaan yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.
Cheese cake antara kek yang menjadi kegemaran ramai. Kalau ingat lagi, antara yang paling popular dulu-dulu mestilah cheese cake Secret Recipe, kan? Kini, dah macam-macam resipi yang dikongsikan dan diolah mengikut citarasa seisi keluarga.
Bagi anda yang baru nak mencuba tu, mungkin resipi dari Aznie Khasri boleh membantu. Mudah, sedap dan cepat pula tu. Jom cuba!
Mesti ramai yang suka makan cheese cake kan. Untuk yang ni resepi mudah je.. sesiapa pun bole buat.. istimewanya kek ni sebab aznie bubuh mayonis.. jadi rasanya memang super berkrim.. makan pulak dengan krimer gula melaka.. gerenti meletop.. kihkihkih..
PERINGATAN””””””tidak sesuai bagi yang lagi diet.. 😋😋😋
Mini Oreo Cheese Cake (With Krimer Gula Melaka)
Bahan
250g cream cheese
2 pek oreo
50g gula halus
1 biji telur (A)
1/2 sudu teh esen vanila
60g mayonis
Krimer Gula Melaka (optinal)
Cara
~Panaskan oven 150’c-160’c.
~pukul cream cheese hingga sebati dan lembut..
~masukkan gula.. mixer lagi hingga rata..
~masukkan telur dan esen vanila.. pukul lagi hingga rata..
~last sekali masukkan mayonis.. pukul hingga sebati..
~susun papercup kedalam loyang muffin..
~kemudian masukkan oreo kedalam papercup..
~masukkan adunan cheese tadi kedalam papercup berisi oreo.. isi hingga hampir penuh ye..
~kemudian bakar selama 20-25 minit..
~siap..
~sejukkan dahulu sebelum dihidangkan..
~sedap dimakan bersama Krimer Gula Melaka. NIKMAT TERASA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebiji buah lemon memiliki pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita. Lemon yang diperah dan di ambil jus setiap pagi membantu memberi tenaga pada tubuh badan dan kesihatan yang baik.
Para pakar menyatakan yang kita perlu meminum air lemon setiap hari kerana jus dari lemon itu mengandungi kandungan nutrien antioksida, protein , vitamin B dan C, flavanoid, posporus, potasium, karbohidrat dan minyak berkhasiat.
Jus lemon yang sangat menyihatkan ini boleh bertindak sebagai antibakteria, membina sistem imun yang lebih baik untuk melawan sebarang jangkitan penyakit. Sebiji lemon mengandungi kandungan asid sitrik, kalsium, magnesium serta vitamin B dan C yang tinggi.
Apabila anda meminum segelas air lemon yang suam dengan perut yang masih kosong setiap hari pada waktu pagi ia akan membantu anda membuang toksin di dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan rasa lapar dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga membantu membina alkali dengan menyeimbangkan kadar pH di dalam badan.
Adakah anda tahu dengan meminum satu cawan dengan jus lemon yang segar setiap hari ia akan membekalkan 187 % pengambilan vitamin C yang disyorkan dalam sehari.
Malangnya , kebanyakan dari kita akan melakukan kesilapan yang biasa apabila menikmati segelas air lemon iaitu dengan membuang kulit buah lemon dan mengambil jusnya sahaja.
Perlu diketahui bahawa kulit lemon merupakan bahagian pada buah lemon yang paling berkhasiat sekali dan apabila kita membuang kulit lemon ia merupakan satu kesilapan yang besar.
Secara rutin apabila mahu meminum air lemon , kita akan menghiris sebiji lemon, memerahnya ke dalam botol atau jag dan meminumnya sama ada panas atau sejuk dengan membuang kulitnya.
Dan ini adalah satu cara yang salah dan di sini ditunjukkan cara menyediakan resipi air lemon yang betul:
Ambil 2 biji yang segar sebaiknya yang organik.
Potong dengan hirisan yang halus mengikut kehendak anda.
Perahkan hirisan lemon itu tadi menjadi jus di dalam sebuah bekas.
Setelah itu , parutkan kulit lemon yang telah diperah tadi ke dalam air lemon.
Anda boleh meletakkan lebihan hirisan lemon tadi di dalam botol pengisar, mag atau cawan kembara.
Penuhkan bekas jus lemon itu dengan air panas untuk air lemon yang panas atau dengan ais menjadi air lemon yang sejuk. Letakkan sedikit madu untuk menambah kemanisan jika mahu. Atau boleh sahaja diminum kosong.
Pakar pemakanan menyatakan yang air lemon akan dapat memperbaiki proses penghadaman . Ia juga membantu melambatkan penyerapan makanan, di mana ia dapat mengekalkan tahap penyimpanan insulin di dalam badan dan memastikan badan menyerap zat makanan dan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan.
Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan pada waktu pagi untuk kita memulakan hari dengan baik dan mengurangkan kadar penyejatan air di dalam badan.
Khasiat lemon:
1. Kuruskan Badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.
2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga
Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.
3. Cantikkan Kulit
Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.
4. Bantu Proses Singkirkan Toksin
Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.
5. Sokong Sistem Imun
Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.
6. Bantu Penghadaman
Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.
7. Alkalikan Tubuh Anda
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.
Jadi pastikan kita meminum air lemon setiap hari untuk kesihatan badan yang lebih baik. Pastikan anda mendapat zat dari air lemon dengan parutan kulitnya sekali.
Sampai hati ibu kandung dera anak kandung sehingga maut. Seorang wanita muda berusia 25 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu...