
Buat penggemar petai, andai dapat menikmati hidangan tengah hari atau malam bersama ‘butiran mutiara hijau’ ini akan membuatkan makan bertambah berselera. Apatah lagi jika digandingkan dengan sambal belacan yang menyengat, memang cukup puas hati.
Pun begitu, stok petai bukannya sentiasa ada di rumah. Dan jika ingin dibeli banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk bimbang pula akan menjadi kecut dan kering, kurang enak pula rasanya jika hendak dimakan.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk kekalkan kesegaran petai hatta hingga berbulan-bulan lamanya. Ini dikongsikan oleh Puan Norbaizura Sani, jom semak apa perlu buat.
Petai sepanjang tahun!
Kalo jumpa petai murah2 tu beli la, boleh buat stok kat rumah. Takpun minta mak beli petai banyak kat kampung tu kemudian frozenkan dengan cara ni. Petai mahal wooo kat bandar ni. Korang ikut teknik ni silap-silap boleh berniaga petai frozen. Ni zura bagi tips penyimpanan petai supaya tahan lama & fresh.
Ini rupa petai bila dah frozen! Tahan lama berbulan2 dengan syarat masa nak guna rendam biji yang nak pakai je. Jangan rendam dan masuk peti berulang kali. Biji-biji petai pun tak melekat satu sama lain sebab tu kalau boleh petai jangan basuh masa proses penyimpanan. Kalau terkena air nanti biji petai melekat sesama sendiri.
Langkah Demi Langkah Penyediaanya:
- Petai fresh yang di beli.
2. Kupas petai sebiji2. Saya suka buat macamni sbb petai bila nak guna nanti lebih fresh.
3. Buang selaput petai tu sehingga sempurna. Selaput tu Kalau x cuci bersih blh buat petai tu berkulat kalo lama2 di frozen.
4. Dah siap bersihkan selaput tu jangan basuh petai tu!!! Terus je Simpan dalam bekas kecik2 & nak susun dalam peti ais.
5. Masukkan dalam peti ais beku & frozenkan.
6. Ini rupa petai yg telah frozenkan kemudian rendam bila nak masak. Biji dia fresh tau
Selamat mencuba.
sumber : Norbaizura SaNi via MAHN
6 Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan. Guna Air Bergas Paling Unik, Ibu-Ibu Patut Cuba!

Memasak satu kemestian lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak. Namun, ada kalanya ativiti memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun, usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
- Baking Soda atau Serbuk Penaik
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
- Cuka makanan dan Serbuk penaik
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
- Garam dan Limau Nipis
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
- Tomato
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
- Minuman berkarbonat atau bergas
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
- Sabun Mandi
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Khas Buat Peminat Jeruk Mangga. Ni Rahsia Nak Bagi Lebih Rasa Rangup. Mudah Je Rupanya!

Keenakan rasa jeruk mangga yang digigit rangup dengan rasa masam-masam pedas tentu memberikan rasa nikmat buat penggemarnya. Tetapi andai kata termakan jeruk yang lembik buahnya, memang boleh menyebabkan kurang umpph jadinya.
Sebenarnya, ada rahsia untuk pastikan jeruk mangga yang dibuat terasa rangup dan sedap dimakan. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Ada tak hantu @ peminat jeruk mangga asam boi macam sis. Sis nak share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls la ye..
JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP..
2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( bole dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak buh lebih pun boleh)
Caranya:
- Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
2. Masukkan ke dalam balang
3. Campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.
Siap..
Simpan dalam peti ais..semalaman..
HASILNYAAA ..JERUK MANGGA YG RANGUPP GITU.
selamat mencuba..
Selain boleh mencuba resipi jeruk mangga yang dikongsikan oleh Sham Sabri ini apa kata anda juga boleh mencuba beberapa resipi yang lainnya untuk melengkapkan lagi hidangan hari ini untuk keluarga tercinta.
- Resipi Paru Berlado
- Resipi Pari Masak Asam Pedas Nyonya
- Resipi sayur berasaskan bayam brazil
- Resipi Nona Manis
- Resipi Apam Nasi
Malah banyak lagi yang boleh dicuba yang pastinya akan menambat selera anda sekeluarga. Selamat mencuba.
Cara Betul Yang Patut Ibu-Ibu Praktik Jika Mahu Peti Ais Nampak Kemas & Bersih

Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran. Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Menyusun barangan di dalam peti ais supaya tampak kemas dan teratur tidak lah sesukar mana, asalkan anda bijak melakukannya.
Jom kita lihat perkongsian dari Hani Mynis bagaimana dia melakukannya dengan cukup teratur selain dapat menempatkan banyak barang.
SEMINGGU sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamislah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.
Boleh pasang lapik kat setiap shelf. Sekarang dah trend orang pasang glass wallpaper kan? Cantik-cantik semua.
Hani dari 3-4 tahun dulu memang setia pakai placemats dari mr. diy je. Hani prefer pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats untuk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray). Lagi pulak hani suka tukar-tukar style kejap corak bunga-bunga kejap corak lain.
Apa pun, tips hani kalau nak pakai placemats, pilih yang transparent bukan yang legap sebab yang legap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu kang tak nampak pulak isi harta karun kat shelf bawah-bawah dan area belakang-belakang.
Pilih satu atau dua warna tema bekas yang nak disimpan dalam peti ais.
Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas dari segi visual.
Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Optional: labelkan guna masking tape pun ok.
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
- Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampak lebih kemas.
- Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau.
- Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampi ke bawah.
Shelf pertama (paste)
Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
Shelf kedua (today):
Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.
Shelf kedua (leftover):
Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang.
Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpn lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.
Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.
Shelf ketiga (dry foods):
Ni bahagian untuk letak makanan kering. Macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.
Shelf keempat (vegetables):
Untuk letak sayur yang gunakan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dll)
Vegetables drawer:
Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkan dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.
Shelf pertama:
Kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.
Shelf kedua:
Letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.
Shelf ketiga:
Shelf keempat (condiments):
Untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis.
Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais di bahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca).
Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason. Tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.
Susu segar/susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara:
1. Simpan di luar peti ais
- Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab. Satu, ada tarikh best before dicetak pada bekas telur. Kedua. telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum di mana telur kuning dia berada di tengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date)
- Jangan dibasuh, disebabkan di kulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
- Simpan di tempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
- Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
- Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
- Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
- Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais, kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan dekat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
- Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
- So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So pentingnya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu.
- Kalau ubat antibiotik selalu hospital atau klinik bagi yang dalam bentuk serbuk, kita balik rumah kena bancuh sendiri kan? Ya, yang ubat tu sahaja boleh simpan dalam peti ais (seeloknya kat bahagian dalam peti bukan kat pintu).
- Kemudian, ubat antibiotik tu kena makan dan habiskan dalam tempoh tertentu, contohnya 5 hari, selepas 5 hari kalau ubat tu tak habis, kena buang ya, tak perlu simpan sampi anak tak sihat next time pulak.
- Semoga perkongsian bermanfaat.