
Ketika di bulan Ramadan ini tentunya kita ingin merebut banyak pahala dengan melakukan ibadah. Dan tentunya juha kita mempunyai pilihan untuk menyediakan ruang yang lebih selesa di dalam rumah untuk mendirikan solat mahu pun mengaji. Jadi tidak salah kiranya menyediakan ruang khas untuk tujuan itu.
Ini jugalah yang dilakukan oleh Rita Rudaini dan apa yang lebih istimewa, mini musalla tersebut disiapkan sendiri olehnya secara DIY, daripada mengecat hinggalah menghias. Memang awesome dan rata-rata netizen kagum dan memuji usaha yang dilakukan.
Hebat sungguh dan di dalam video pendek yang dikongsikan dapat dilihat bagaimana Rita mengecat sendiri dinding ruangan solat dan menghias dengan frame tertulis kalimah suci al Quran.
Sumber : Instagram
Modal Bawah RM10 Je Nak Buat Meja Camping Ni, Bolehlah Dibuat Memang Berguna Sangat!

Bagi yang suka melakukan aktiviti berkhemah atau camping bersama keluarga, bolehlah persiapkan meja camping seperti yang dihasilkan oleh Muhamad Dzulfikri ini.
Ini memandangkan seakan menjadi fenomena baru keluarga masa kini, bila hendak melakukan aktiviti camping pasti akan menggunakan setup yang lengkap dari khemah, peralatan memasak hingga ke aksesories perkhemahan.
Tujuannya untuk benar-benar dapat merasai pengalaman dan keistimewaan percutian dengan rasa selesa.
Oleh itu, bolehlah anda gunakan idea yang dikongsikan ini untuk menghasilkan meha camping secara DIY yang bukan sahaja praktikal di mana boleh dilipat dan disimpan jika tidak digunakan, kos membuatnya juga sangat rendah iaitu bawah RM10!
Projek DIY Meja Camping
Projek meja camping diy saya akhirnya siap juga tinggal nak syelek bagi menarik saja .
Saya bukanlah campers tegar macam tuan dan puan yang serba lengkap peralatan dari A sampai Z. Saya ikut mood kadang semangat kadang tak haha jadi saya buatlah meja kecil diy dari barang buangan untuk dijadikan meja minum minum kopi. Modal saya hanya bawah RM10.00
Bahan-bahan yang digunakan:
Kayu pallet : Kayu buangan
Kayu pine (secondhand) : RM2-RM3
Paku dan skru : RM3.00
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet teruja untuk memiliki meja yang cukup praktikal yang dibuat oleh Muhammad Dzulfikri ini. Bahkan ada juga yang ingin cuba membuatnya memandangkan bajet yang digunakan cukup rendah.
Istimewanya juga meja tersebut boleh dilipat dan bolehlah disimpan jika tidak digunakan.
Sumber : Muhamad Dzulfikri
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ibu-Ibu Ikut Cara Ini Jika Mahu Lembutkan Daging Yang Beku. Hanya Ambik Masa 5 Minit Sahaja!

Menyediakan hidangan untuk keluarga selepas pulang dari kerja adakalanya mengambil masa yang agak lama. Biasanya jika mahu cepat, daging atau ayam itu dikeluarkan dari tempat beku terlebih dahulu, namun kadang kala terlupa pula. Mahu tak mahu kenalah tunggu daging atau ayam menjadi lembut sebelum boleh dipotong untuk memasak.
Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Sumber: Sinarfm
Suami Isteri Positif Covid-19, Empat Anak Masih Kecil Tiada Siapa Jaga. Tarik Perhatian Untuk Dibantu!

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew di lihat menerusi kemas kini di akaun Facebooknya memaklumkan seorang ayah kepada lima orang anak yang dikenali sebagai Ikhwan sedang menjalani kuarantin di rumah sementara isterinya dan seorang anaknya berusia sebulan menerima rawatan di hospital.
Menurut beliau lagi, keadaan itu menyebabkan Ikhwan terpaksa menjaga anak-anaknya walau sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Ikhwan telah disahkan positif covid dan sedang dikuarantin dirumah. Ketika dia bercakap dengan saya, terasa betapa risau dan kusut dirinya. Isteri dan bayi berusia sebulan telah dimasukkan ke hospital, tinggallah dia bersama 4 orang anaknya yang masih kecil berumur antara 1 hingga 5 tahun dirumah. Tiada siapa pun yang dapat membawa anak-anaknya ke klinik untuk ujian calitan Covid pagi esoknya.
“Saya amat terkejut bila mendapati pesakit covid yang sepatutnya dikuarantin, tetapi harus bergerak ke sana sini dirumahnya untuk menjaga keperluan anak-anaknya, termasuk memberi makan bayi berusia setahun kerana tiada orang dewasa lain dirumah.
“Banyak perkara perlu saya selesaikan dalam jam-jam berikutnya. Saya perlu segera menguruskan ambulans untuk membawa anak-anak ini membuat ujian calitan kerana tiada sukarelawan yang sanggup membawa mereka ke hospital atas sebab keselamatan.
“Jika tiada ambulans, saya sendiri perlu membuat ujian calitan kepada semua anak-anak dirumah ini seperti yang disyorkan Klinik Kesihatan.
“Ikhwan sememangnya tidak perlu berada diposisi ini untuk menjaga anak-anaknya. Saya terpaksa menguruskan permit perjalanan untuk ibunya di Puchong ke Wangsa Maju untuk membantunya. Seterusnya, rumah juga perlu disanitasi. Setelah melalui banyak kesukaran, akhirnya semua selesai,” menurutnya dengan panjang lebar.

Keadaan Semakin Serius
Yee Kew menjelaskan lagi, “Pagi ini, saya dan pembantu datang ke rumahnya dengan memakai PPE penuh, lengkap dengan pelitup muka, kit ujian calitan covid. Ketika dalam perjalanan, saya diberitahu, keadaan Ikhwan bertambah serius. Dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan berasa lemah serta tertekan.”
“Saya katakan kepada Ikhwan, bertenang! Semuanya akan baik-baik sahaja.
Nasib baik, pasukan sanitasi tiba tepat pada masanya dan ambulans juga sampai serentak.
“Selesai proses sanitasi rumah, Ikhawan dan anak-anaknya sudah sedia untuk ke hospital dengan ambulans,”katanya lagi.
Mohon Doakan
Yee Kew juga mohon agar kita semua sama-sama mendoakan agar keluarga ini segera sembuh.
“Marilah kita sama-sama doakan, kesembuhan yang cepat kepada keluarga Ikhwan. Saya menantikan saat untuk berjumpa dengan anak-anak perempuannya yang comel dan membesar dengan kuat dan sihat!
“Inilah kehidupan seorang ahli parlimen ketika pandemik!,” kongsinya.
Sumber : Dr. Tan Tee Kew
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club