Pastinya setiap bulan kita akan memperuntukkan sejumlah wang untuk melunaskan pembiayaan loan rumah, mungkin jika ingin dikira-kira ada antaranya sudah puluhan tahun membuat pembiayaan tersebut.
Kita sebagai peminjam, pastinya setelah setiap bulan membuat bayaran di bank beranggapan pasti baki pinjaman semakin berkurangan. Namun menurut Encik Mohd Faizal Rahmat tidak mustahil meskipun sudah 10 tahun membuat bayaran, apabila disemak baki pembiayaan seakan tidak berganjak.
Melihat jumlah tersebut pastinya mengundang rasa geram di hati, baki hutang tidak berkurang dan seakan tidak masuk akal pula untuk segera dilangsaikan hutang tersebut.
Namun tiada apa yang mustahil, hakikatnya sesiapa pun boleh melangsaikan loan rumah dalam tempuh singkat dan tips ini dikongsikan untuk manfaat bersama. Apa yang lebih mengujakan, En Mohd Faizal berjaya melunaskan hutang rumah miliknya dalam masa 12 tahun sahaja.
Ini perkongsiannya.
Korang perasan tak, walaupun lebih 10 tahun buat bayaran bulanan rumah kat bank, tapi tak berganjak pun baki pembiayaannya. Geram je kan bila tengok bank statementnya.
Aku kongsikan macamana aku langsaikan hutang rumah pertama aku ini dalam tempoh 12 tahun. Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun (aku pilih 25 berbanding 30 tahun).
Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan Azizi Ali. Ikut cara dia, 5 tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try jerlah. Tak dapat setel 5 tahun, 12 tahun pun kira ok apa.
Ads
BAYAR LEBIH BULANAN – Setiap bulan aku akan bayar extra RM100-150 ke bank. Tapi jika takda lebihan, aku bayar ikut kata bank jerlah. Jangan stress!
BAYAR LEBIH TAHUNAN – Dulu company selalu bagi bonus tahunan. Duit bonus ni aku extrakan bayar bulanan ke bank. Orang biasa bayar 12 bulan kan, tapi aku bayar 13-14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!
BAYAR GUNA KWSP – Tips ni paling banyak membantu. Aku keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk mengurangkan baki pembiayaan. Kat sini biasanya ada drama sikit dengan pihak bank. Sila maklumkan pada mereka, kita mahu bayar “principal” terus. Barulah kita yang untung!
Aku praktiskan 3 cara ini sahaja. Dalam buku Tuan Azizi Ali tunjukkan banyak tips lagi. Boleh pi cari beli. Cara ini bagi yang nak langsaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Jika tak mau, ikut sahaja kata bank. Bayar bulanan seperti biasa. Insyaallah 30-35 tahun setel hutang anda. Apa-apa berlaku pada kita, encik MLTT/MRTT Insyaallah boleh cover.
Gambar ni masa kami gotong royong anak beranak bersihkan rumah setelah penyewa keluar hujung tahun 2020. Rumah dah habis bayar, duit sewa nilah yang jadi pasif income kami. Tahun lepas telah dilepaskan pada pemilik baru demi memburu RUMAH IMPIAN kami sekeluarga. Hutang dah takda, dapat sedebuk, baru syok.
Rutin penjagaan tanam-tanaman selain perlu dibaja untuk memastikan hidup subur, penggunaan racun juga perlu untuk mengawal pokok daripada serangan serangga perosak.
Pun begitu, dalam banyak-banyak jenis racun adalah lebih baik untuk kita gunakan racun jenis organik kerana tidak menggunakan bahan kimia. Bimbang juga kesan racun pada tanaman atau pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan kita makan.
Jadi cara yang lebih selamat ada baiknya kita buat sendiri racun kawalan serangga dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Pastinya, racun ini tidak mendatangkan kesan bahaya pada keluarga namun berkesan untuk mengatasi masalah-masalah serangan serangga perosak pada tanaman.
Hal ini telah dikongsikan oleh dua orang yang dikenali sebagai Nur Amirul dan Azman di laman sosial. Kedua-duanya pula menggunakan bahan berbeza dan semoga ini dapat memberi idea dan variasi menjaga pokok-pokok yang ditanam di laman rumah. Jom semak perkongsian mereka.
“Di sini saya akan kongsikan secara ringkas buat racun organik bawang putih lak untuk racun serangga.. Boleh guna utk pokok cili dan lain2 pokok”-Nur Amirul Nur Azmi via KGTTS
Bahan-bahan:
200 gram bawang putih
3 sudu besar ketumbar
500ml minyak
Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan tersebut dengan minyak
2. Masak menggunakkan kaedah double boiling selama 3 – 4 jam dengan api perlahan
3. Selepas itu tapis dan boleh digunakan.
Ini pula perkongsian ilmu daripada Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri yang berkongsi cara untuk penyediaan baja menggunakan daun durian belanda yang dikatakan sesuai untuk menghindarkan maslaah Hama Trips daun cili yang kerinting. Nak tahu lanjut jom semak.
“Ok…siap…kena tunggu 2 hari baru boleh guna….Racun Organic dari daun Durian Belanda…untuk menghindarkan Hama Trips daun cili yang keriting….tak sabar rasanya nak cuba guna….”-Azman
Bahan-bahan :
50 helai daun belanda
2.5 liter air
8 ml serbuk pencuci kain
Cara penyediaan:
Ambil daun durian belanda yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda-dikoyak-koyakkan dan ditumbuk.
Masukkan daun yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas berisi air 2.5 liter.
Kacau rata dan masukan bersma 8ml serbuk sabun basuh.
Kemudian masukan air dalam botol dan tutup.
Biarkan selama 2 hari dan selepas 2 hari tapis ambil airnya sahaja.
Ekstra info :
“Untuk penggunan 1 liter boleh di campurkan dengan 5 liter air biasa , masukan dalam botol spay dan spary pada keseluruhan daun pokok cili, lakukan setiap dua hari. Hasilnya daun cili mula segar. Semburkan seminggu sekali.”
Memikirkan ada sebidang tanah yang dibeli untuk dibina sebuah rumah yang selesa di atasnya, sudah dirasakan alangkah beruntungya rasa di hati. Apatah lagi jika ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah. Pasti ianya cukup mengujakan.
Pun begitu, usah ambil mudah tawaran tersebut tapi perlu kaji dan selidiklah sedalamnya agar tidak rugi dikemudian hari
Antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan adalah sepertimana yang dikongsikan oleh saudara Hamizi Hamdan. Jom semak.
TANAH LOT BANGLO MURAH
Biasa dengar iklan jual tanah lot banglo berharga RM50K – RM80K?
Murahkan?
Walau di mana pun lokasinya, harga begitu memang murah.
Mesti berebut-rebut orang membelinya.
Ciri-ciri tanah lot banglo begini biasanya:
1. Tanah status pertanian
2. Geran master
3. Pelan lot yang kelihatan dipecah itu hanya lukisan surveyor. Penjual tidak buat pun status conversion dan pecah lot
4. Tiada infrastruktur. Yang ada mungkin jalan masuk sementara
5. Janji penjual yang macam-macam: tanah akan ditukar status, dipecah lot, pembeli akan dapat geran individu, infrastruktur akan dimasukkan
RM60K – RM80K nak macam-macam memang lah tidak boleh. Janji-janji manis tu boleh lah. Kalau percaya, nanti sendiri yang susah.
Buat rumah banglo RM300K. Nanti bila nak jual, mesti nak jual RM400K ke atas, masalahnya bank tidak bagi loan. Kena cari cash buyer. Kalau ada cash buyer.
Biarlah orang kata anda melepaskan peluang. Kalau dah susah nanti bukan orang tu yang hendak tolong.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...