Lama menantikan kehadiran anak perempuan kedua, akhirnya impian penyanyi dan komposer, Harry Khalifah tercapai apabila isterinya iaitu Noormala selamat melahirkan cahaya mata kelapan baru-baru ini.

“Semua Rasa Ada. Sedih, Terharu & Gembira.” Timang Anak Ke-8, Harry Khalifah Pertama Kali Temani Isteri Masuk Bilik Bersalin!

Mesra disapa Apak, 41,  dia melahirkan rasa  gembira dan bersyukur proses kelahiran anaknya dipermudahkan.

“Semua Rasa Ada. Sedih, Terharu & Gembira.” Timang Anak Ke-8, Harry Khalifah Pertama Kali Temani Isteri Masuk Bilik Bersalin!Malah, Harry juga berkata, ini merupakan pengalaman pertama dia menemani isterinya di bilik bersalin.

Noormala melahirkan bayi seberat 3.13 kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kira-kira pukul 9 pagi.

“Alhamdulillah syukur! Selepas lama menanti akhirnya saya dapat anak perempuan kedua. Proses kelahiran dipermudahkan, isteri masuk bilik bersalin kira-kira pukul 6 pagi dan melahirkan anak kami tiga jam kemudiannya.

Biasalah orang dah berpengalaman cumanya selama ni tujuh orang anak yang lain saya tak ada di sisi dia, tapi hari ini saya dapat teman isteri duduk tepi tengok anak keluar.

“Semua Rasa Ada. Sedih, Terharu & Gembira.” Timang Anak Ke-8, Harry Khalifah Pertama Kali Temani Isteri Masuk Bilik Bersalin!

“Satu pengalaman baharu untuk saya, tak tahu nak cakap macam mana… rasa sedih, terharu dan gembira semua ada. Memang best dapat tengok kelahiran secara live tapi takut-takut tu ada la juga.

Ads

“Walaupun tak tidur sehari kerana sibuk di studio, kemudian pagi terus ke hospital tapi rasa sangat seronok. Alhamdulillah,” katanya menerusi temubual bersama mStar.

 

Dalam pada itu, Harry atau nama sebenar Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan memberitahu dia dan isteri sudah mempunyai nama untuk bayi berkenaan.

“Semua Rasa Ada. Sedih, Terharu & Gembira.” Timang Anak Ke-8, Harry Khalifah Pertama Kali Temani Isteri Masuk Bilik Bersalin!Bagaimanapun mereka akan berkongsi mengenai nama itu pada hari ketujuh kelahiran.

“Nama dah ada tapi saya dengan isteri tengah berbincang lagi untuk pilih nama yang terbaik.

Ads

“Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan pengikut yang mendoakan kami,” ujarnya.

“Semua Rasa Ada. Sedih, Terharu & Gembira.” Timang Anak Ke-8, Harry Khalifah Pertama Kali Temani Isteri Masuk Bilik Bersalin!Untuk rekod, dua anak Harry Khalifah iaitu Mizan dan Chombi merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik.

Sumber: harry_khalifah


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri

Ads

BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI