
Usai menjalani ibadah umrah,Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak terus pulang ke tanah air.
Sebaliknya dia membawa anak-anaknya menyambung perjalanannya untuk pergi bercuti.
Perkongsian itu dimuatnaik menerusi Insta Storybya Di mana Puteri Sarah menyatakan dia mahu pergi bercuti terlebih dahulu.
Selain itu ibu kepada sepasang cahaya mata ini turut memuat naik beberapa momen berada di Lubnan bersama anak-anak yang tampak ceria membeli coklat sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul.
Puteri Sarah sebelum ini memuat naik beberapa gambar pada hari terakhir dia di bumi suci itu selepas selesai mengerjakan ibadah umrah bersama anak-anak tanpa kehadiran suami.
Siap Siaga PdPR, Wanita Ini Guna Wang i-Sinar Bina Rumah Mini Untuk Anak, Siap Ada Bilik Untuk Belajar. Inspirasi!

Umum mengetahui bahawa peningkatan kes daripada kluster pendidikan meresahkan ibu bapa dan para guru.
Impaknya Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penutupan sekolah bagi membendung wabak bahaya ini. Selanjutnya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga diadakan dua minggu selepas cuti sambutan hari raya.
Menyedari situasi ini, Nazira Noran menerusi facebooknya berkongsi inspirasi rumah mini buat anak tersayang bagi menghadapi PdPR tak lama lagi.
Menurut Nazira ketika dihubungi Keluarga menjelaskan bahawa kos keseluruhan sebanyak RM4500 menggunakan kayu pine.
Manakala untuk cat dilakukan secara DIY dan, banyak beli barang hiasan kat shopee lazada.
Ikuti perkongsian beliau.
“Alhamdulillah, Dah Siap Rumah I-Sinar
Alhamdulillah. Dah siap Rumah i-sinar Qolbi. Dah ada bilik untuk PdPR, ada sudut privacy untuk diri sendiri. Konsep rumah dalam rumah ni sesuai untuk rumah kecik tak cukup bilik macam saya ni.
Nak beli rumah yang ada 3 / 4 bilik masa tu harga dekat sejuta, tak mampu. So beli juga rumah ni walaupun 2 bilik sebab suka balkoni rumah luas. Masa tu saya dah pasang niat nak buat rumah kecik ni untuk Qolbi.
Alhamdulillah selesai juga kerja2 akhir cat mengecat dan mendeko sendiri.
PdPR lepas raya ni, mama tak nak stress. So, tak payah berebut meja kerusi study bilik kakak atau meja makan lagi. Buat yang termampu saja ok .
Ingatan untuk diri sendiri, sentiasa bersyukur, ada orang lain lagi susah daripada kita.
Dalam masa berbaki 11 Ramadan ini, semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk terus menunaikan ibadah. Esok dah boleh masuk gear 5.
TINGKAT ATAS DISEDIAKAN TILAM UNTUK BEREHAT
RUANG BELAJAR
Konsep yang simple tetapi cantik. Moga jadi inpsirasi!
Sumber: Nazira Noran
Trending: http://www.keluarga.my/pam-kiri-kanan-dapat-1-jug-penuh-susu-badan-terlampau-banyak-perkongsian-wanita-ini-tarik-perhatian-warganet/
Trending: http://www.keluarga.my/petua-sambal-nasi-lemak-lebih-sedap-jadi-likat-dan-berkilat-siap-boleh-buat-jualan/
“Copy Paste Betul Muka Kakak.” Sekejap Je Dah Setahun, Scha Alyahya Titip Ucapan Buat Anak Kedua. Comelnya Dia!

Genap setahun usia Lila Amina, pastinya momen indah saat mengandung dan melahirkan si kecil ini masih segar diingatan sang ibu, Scha Alyahya.
Berkongsi luahan menerusi laman instagramnya, isteri kesayangan Awal Ashaari ini berkongsi foto bermula saat anak keduany ini dilahirkan sehinggalah kini sudah setahun.
When they say “sekejap je dah setahun, where did all the time go ? “
Lets take a stroll down memory lane 😜
Happy 1st Birthday my Love @lilaaminaaa . Syukur Alhamdulillah atas segalanya 🥺 i love you so much.
Dalam pada itu, pasangan ini turut meraikan Lila di sebuah hotel. Majlis sambutan hari lahir tersebut dimuatnaik menerusi laman instagram Lila yang memaparkan momen majlis yang penuh meriah.
Kelihatan dalam majlis tersebut sang ibu, Scha yang sebelum ini menjalani penggambaran di Perlis.
Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti serta warganet turut menitipkan ucapan hari lahir buat Lila.
Sumber: lilaaminaaa
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
gb
Keluarga Ni Jual Anak Benih RM 1 Je Pun, Namun Pendapatan Boleh Cecah RM 4K Seminggu. Cukup Luar Biasa!

Berbudi pada tanah juga mampu memberi pulangan yang menguntungkan. Jika tidak masakan pasangan suami isteri ini mampu menjana pendapatan hingga RM 4,000 dalam masa seminggu walau pun dengan hanya menjual anak benih dengan harga jauh lebih rendah iaitu RM 1 sahaja. Bagaimana dan apa rahsianya, jom semak perkongsian penuh ini.
Idea kreatif seorang usahawan tani memulakan perniagaan menjual anak pokok pelbagai jenis tumbuhan pada harga hanya RM1 sepokok lebih 10 tahun lalu membolehkannya kini memperoleh pendapatan lumayan antara RM3,000 hingga RM4,000 seminggu.
Malah, Nasarudin Mohamed, 48, juga tidak lokek berkongsi ilmu penanaman dan penjagaan pokok dengan pelanggannya membuatkan perniagaannya bertambah maju dari sehari ke sehari.
Katanya, pada awalnya dia menceburi bidang pertanian dengan menanam tanaman yang selalu digunakan masyarakat Melayu dalam masakan seperti kunyit, cili, lengkuas dan pelbagai jenis sayuran di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Bakat, Jabi di sini.
Bercucuk tanam di kawasan rumah
“Memang daripada kecil saya bercita-cita menjadi usahawan tani dan selepas bekerja kira-kira 10 tahun di Johor Bahru untuk mengumpul modal, saya kembali ke kampung bercucuk-tanam.
“Selepas beberapa ketika, saya terfikir kenapa orang lain tidak boleh menanam seperti saya yang hanya menggunakan kawasan terhad sekitar rumah saja dan dari situlah timbulnya idea untuk menjual anak pokok terutama tanaman untuk bahan masakan.
“Saya juga ajar setiap pelanggan segala ilmu penjagaan pokok dan kini saya tumpukan sepenuhnya kepada penjualan anak pokok,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada majlis Sepetang Bersama Usahawan Tani di Kampung Bakat, Jabi di sini, kelmarin.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.
Tanam & Pasarkan Sendiri
Menurutnya, selain menjual anak pokok di rumahnya, dia turut memasarkannya di pasar tani di kawasan berhampiran.
“Jika pelanggan datang membeli sendiri di rumah, saya jual pada harga RM1 sepokok tetapi di pasar tani, saya jual RM2 sepokok.
“Ada juga usahawan lain yang beli daripada saya dan menjualnya di pasar tani atau kawasan lain dan harganya juga sama iaitu saya jual RM1, kemudian mereka jual RM2.
“Saya tak bercadang untuk menaikkan harga jualan, biarlah semua sama-sama untung,” katanya.
Isteri Nasarudin, Sanidah Bakron, 43, pula berkata, selain tanaman popular, mereka juga menjual pokok yang sukar ditemui contohnya senduduk putih yang berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
“Alhamdulillah, kami kini mempunyai pelanggan bukan saja dari seluruh Malaysia, malah luar negara,” kata ibu kepada empat anak berusia empat hingga 18 tahun itu.
Sementara itu, Dr Azman berkata, bidang pertanian menjanjikan pendapatan lumayan kepada rakyat Terengganu, lebih-lebih lagi negeri ini yang mempunyai kawasan sesuai dan subur.
“Pertanian di Terengganu belum mencapai kadar mencukupi untuk rakyat, contohnya keluaran padi beras di 12,000 hektar tanah hanya cukup untuk 50 peratus daripada 1.2 juta rakyat, manakala penternakan lembu dan ayam masih ada 70 peratus kekurangan untuk food security(jaminan bekalan makanan).
“Maknanya, sesiapa yang menceburi bidang pertanian di negeri ini boleh dikatakan tiada persaingan,” katanya.
Menurutnya, bagi merancakkan sektor pertanian, kerajaan negeri menambah baik Dana Usahawan Tani yang kini dikenali Skim Bantuan Modal Tani untuk mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.
“Kita sediakan pinjaman patuh syariah tanpa faedah dan usahawan yang menyertai skim ini hanya perlu membayar apabila sudah memperoleh hasil.
“Dana ini berjumlah RM5 juta yang akan ditambah sekiranya diperlukan dan jumlah pinjaman maksimum adalah RM50,000,” katanya.
sumber : Hmetro