Macam sebaya hingga ada yang menyangka pasangan kekasih. Semuanya gara-gara seorang bapa yang berwajah awet muda hingga disangka ‘kekasih’ anaknya walaupun hakikatnya sudah mempunyai enam orang anak.
Balqis yang merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik, berkata, sejak dari bangku sekolah menengah lagi, ramai yang salah anggap bapanya sebagai kekasihnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Malah, setiap kali itu juga Balqis yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjelaskan status mereka.
“Masa saya sekolah menengah, waktu itu ayah berumur 30-an, dia selalu jemput saya dan bawa saya ke gerai makan. Bila kawan-kawan ternampak, jadi bualan hangat antara mereka bahawa saya keluar makan dengan kekasih.
“Sampaikan sudah masuk universiti, ayah hantar balik hostel, pernah kawan-kawan tersalah anggap yang ayah itu adalah pakcik lah, adik lah, abang saya lah, sebab mukanya kelihatan muda,” ceritanya ringkas.
Mohd. Rizan Haron, 48, yang bekerja sebagai penghulu mukim, kelihatan muda dan tampan bergaya berbaju melayu hitam di dalam satu gambar yang dimuat naik di akaun Twitter anaknya, Balqis Najwa Mohd. Rizan, 23.
Ads
“Ini bukan insiden pertama bapa dianggap kekasih saya. Mungkin sebab kawan bapa atau kawan saya jarang melihat kami berdua.
“Jadi, apabila mereka sesekali terserempak dengan kami akan berfikir sedemikian. Ada juga yang masih tak percaya, sebab bapa nampak muda sampai saya habiskan pengajian di UKM.
“Seperkara lagi yang mungkin orang anggap bapa saya adalah kekasih sebab dia seorang yang bergaya dari segi penampilan. Sejak dulu lagi bapa memang suka ikut trend semasa. Gaya rambut baru kerinting itu pun baru beberapa minggu lepas bapa buat,” katanya.
Mencungkil tentang rahsia awet muda bapanya, Balqis berkata sejak muda ayahnya memang gemar bersukan, tidak pernah tinggal makan sayur-sayuran dan kurang makan makanan segera menyebabkan dirinya terlihat awet muda.
“Selain gemar bersukan, ayah memang dari muda suka makan sayur dan tidak boleh kalau tiada sayur dalam satu hidangan makanan, mesti wajib ada.
Ads
“Makanan segera pun sangat-sangat kurang dia ambil, kalau sebulan itu hanya sekali sahaja, sebab itu juga dia nampak lebih muda berbanding umur sekarang,” kata Balqis lagi yang turut berkongsi antara aktiviti sukan yang dilakukan ayahnya adalah badminton, berbasikal dan bola keranjang, disamping sering pergi ke gim untuk bersenam.
Sumber : Twitter @Kiselwitxh_ , Harian Metro & Kosmo
Bukan mudah hidup berpoligami, namun berbeza dengan Zarina Zainuddin dan madu nya.
Berbagi kasih sayang satu perkara yang menjadi ‘kepantangan’ kaum wanita.
Dengan kata lain tidak semua orang mampu berbuat demikian, apatah lagi berbaik antara satu sama lain.
28 tahun hidup bermadu, mereka membuktikan tidak semua poligani Itu pahit, dan tidak mustahil untuk madu-madu memiliki hubungan yang baik.
Dalam satu perkongsian, pelakon dan usahawan ini menyingkap kembali momen mengenali sang suami sehingga mendirikan rumahtangga.
“Saya nak share satu cerita
“Dimana permulaan sejarah saya kenal dengan suami saya diwaktu itu saya begitu takut nak berkawan dengan lelaki saya rasa lelaki semua jahat semua suka nak ambil kesempatan lagi lagi pada wanita seperti saya .. tiada yang jujur ..
“Di usia saya 22 saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula2 bercinta dengan isterinya . dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi .. dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya.
Bukan mudah untuk mereka berkahwin, suaminya hampir- Hampir kena tembak. Bahkan ketika suami menyuarakan hasrat mengambilnya sebagai isteri, Zarina tidak terus terima. Sebaliknya dia mengenakan beberapa syarat.
“Sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah.. last2 dia dapat jugak kawin .. Cintanya memang cinta mati dengan isterinya .. saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya.. bila dia ajak saya kawin saya cakap bawak jumpa isterinya dulu .. dia berani bawak saya jumpa minta izin .. his a gentelman ..
Kahwin bukan atas dasar cinta dan sedar berkongsi kasih, Zarina bagaimanapun bersyukur suaminya tidak pernah sia-siakan dirinya.
“Walau saya kawin tanpa cintan cintun tapi dia tak pernah sia2 kan saya .. perempuan perlu apa . perlu di hormati ,di hargai ,di sayangi selebihnya kita boleh usaha sendiri .kemana kau pergi ingat jaga diri jaga solat jaga maruah selamat dunia akhirat .. semua orang buat salah dari salah kita betulkan diri kita .. Insyaallah ♥️
Dalam pada itu, Zarina turut menitipkan Ucapan terima kasih buat madu serta anak-anak tirinya kerana menerima dirinya.
“28 years bukan masa yang sedikit.. terima kasih abah terima kasih kak shimah dan anak anak tiriku terima diri ini seadanya .. terima kasih mak kenalkan ina dengan insan yang bernama suami .. orang banyak tanya itu suami kedua awak ke ..🥲.. itu lah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun 🌷
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila membaca kisah ibu dan anak ini. Hanya kerana takut tidak diterima oleh pihak hospital akibat ketiadaan wang untuk bersalin di hospital, nyawa ibu dan kandungannya melayang.
Sukar untuk menerima kenyataan masih ada yang berfikiran sedemikian tetapi itulah hakikatnya. Kisah ini dikongsikan oleh lelaki bernama Kuan Chee Heng.
Dia yang cukup dikenali sebagai Uncle Kentang yang juga merupakan aktivis masyarakat berkongsi kisah tersebut dilaman facebooknya.
Tiada wang bersalin di hospital
Hati saya robek….melihat jenazah baby dan mak kaku ….. Hanya kerana tiada duit untuk bersalin di hospital…. . Suami hanya sewa bilik rm 250 sebulan. Merantau ke malaysia…. Kerja sebagai welder… Gaji tak seberapa….
Nak bawa isteri bersalin di hospital perlu banyak duit…. Akhir nya terkorban baby dan mak…. Mati dalam masa bersalin…. Baby pun meninggal dunia…. Mak dan baby… Sedekah lah doa doa yang baik untuk mereka berdua…
Wahai orang seberang… Jangan takut… Jangan khuatir… Pergi bersalin di hospital…. Kami malaysia tak busuk hati…. Tak kan doktor halau kamu dari hospital ….. Jangan bimbang sangat…. Kami manusia bukan haiwan….
Kami ada hati… Doctor pun ada hati… Malaysia pun ada hati…. Jangan terkorban begini sahaja… Hari ini saya akan uruskan kedua dua mereka bersama ayah mereka…. Saya akan jumpa ayah nanti…..
Semoga kamu berdua di tempatkan di syurga… Bersama sama mereka yang beriman….. Kami doakan yang terbaik……..anak dan suami mu kami akan bantu untuk meneruskan perjuangan hidup…saya akan bantu, kami akan bantu… Rest in peace.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya bila lintah sekadar menghisap darah pada bahagian luar tubuh, tidaklah bahaya. Namun apa yang ditakuti jika lintah tersebut masuk pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh yang akhirnya boleh menyebabkan kekurangan darah dan membawa maut. Bimbang ini terjadi pada musim banjir ini, dek kerana anak-anak memang suka bermain air malah ada yang seronok berenang-renang di kawasan banjir sepertimana yang dipaparkan ada satu kes di Rantau Panjang yang hampir sama jalan ceritanya. Semoga jadikan ini pengajaran dan agar kita lebih berhati-hati menjaga keselamatan anak-anak di musim banjir ini.
Ini paparan beritanya.
“DOKTOR kata kalau saya terlambat, anak mungkin mengalami pendarahan yang teruk dan boleh membawa maut,” Siti Hariaty Bee Ismail, 36.
Siti Hariaty, ibu kepada Nur Adriana Bee Zulkarnain, 4, yang mengalami pendarahan dipercayai selepas digigit lintah ketika bermain banjir di rumahnya di Kampung Gual Sitok di Rantau Panjang. Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas ternampak kesan darah pada seluar anaknya semalam.
“Pada mulanya saya sangka ia hanya luka biasa tetapi selepas diperiksa, saya terkejut apabila melihat darah keluar dengan banyak (pada kemaluan) dan mula mengesyaki lintah masuk di bahagian itu.
“Apa yang saya pelik, dia langsung tidak menangis dan tidak berasa sakit tetapi saya perasan sejak dua hari lalu Nur Adriana kelihatan pucat mungkin kerana kehilangan darah yang banyak.
“Saya syak mungkin lintah itu masuk ketika anak bermain air banjir berhampiran rumah pada Ahad lalu.
“Saya kemudiannya meminta bantuan jiran supaya menghubungi bomba untuk membawanya ke klinik berdekatan kerana rumah sudah terperangkap dengan banjir,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, pihak klinik kemudiannya mengarahkannya untuk terus membawa Nur Adriana ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan segera.
“Pemeriksaan di hospital mendapati hanya terdapat kesan gigitan di bahagian punggung dan Nur Adriana dibenarkan pulang ke rumah pada 2 petang hari ini. “Saya bersyukur anak selamat. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini untuk elak kejadian sama berulang,” katanya.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...