Setiap hari rasanya ada sahaja kita beli air mineral dan botolnya dibuang begitu sahaja. Paling tidak pun mungkin ada yang kumpul untuk dikitar semula.
Jadi apa kata jika ada banyak botol-botol tersebut di rumah, ada baiknya anda buat projek tanaman sayur seperti idea yang dikongsikan oleh Amb Jerome ini.
Difahamkan daripada perkongsiannya di Group Berkebun D Ruma, ujarnya idea menggunakan botol ini timbul gara-gara rasa sayang hendak buang botol mineral 1.5L, lalu dikumpul untuk dijadikan bekas menanam sayur.
Diharapkan dengan kaedah ini dapat juga kita berjimat belanja dapur. Tambah-tambah lagi dengan kenaikan harga sayur yang melambung tinggi kini, wajar untuk kita menanam sendiri daripada membeli.
Projek Tanam Sayur Dalam Botol
“Tuaian pertama sayur bayam merah. Sejak PKP 2 bulan ni saya mula tanam sayur dalam botol 1.5L. Sayang betul nak buang botol-botol ni.”
Selain itu turut ditanam kangkung, bayam putih, bayam merah. Projek Sayur dalam Botol 1.5L
Keistimewaan tanam sayur dalam botol adalah antaranya mudah dijaga, senang letak baja, mudah disiram dan mudah untuk merumput.
Ini first batch saya try tanam. Saya semai benih terus dalam botol tapi terlalu banyak. Saya terpaksa cabut dan pisahkan letak di dalam botol yang lain.
Untuk penggunaan baja pula, saya gunakan baja daun. Beli di kedai. Saya pakai baja AB leafy juga.
Ads
Manakala untuk medium tanah, saya gunakan tanah merah campur tanah kompos. Setiap pagi dan petang siram dan selang 3 hari siram dengan baja AB.
Ekstra info : Cumanya kalau dalam botol, akarnya jadi penuh dalam botol. Macam tak sesuai lama-lama di situ. Bila tiba masa dituai perlu dicabut sekali dengan akar-akarnya.
Manakala netting berwarna biru tu, dipasang bertujuan untuk elak kupu-kupu atau rama-rama hinggap waktu petang untuk bertelur. Kalau bertelur, habis la ulat makan
Kebanyakkan antara tidak dinafikan lebih gemar memasak di rumah dan berwaspada dalam memilih resepi dan bahan masakan. Ini disebabkan ramai yang sedar akan kepentingan tentang nutrisi dan kebersihan makanan bahkan dengan menyediakan menu untuk keluarga ianya jauh lebih jimat berbanding makan di luar.
Sejajar dengan itu, M&S dengan tagline ‘Lazat dimakan, dekat di hati’, memperkenalkan produk Krim Kelapa untuk membantu pengguna supaya dapat mengekalkan dan menikmati gaya hidup sihat.
Jadikan Krim Kelapa M&S sebagai bahan masakan wajib di dapur anda. Krim Kelapa memang kaya dengan nutrien baik seperti potassium yang penting dalam mengekalkan kesihatan sel-sel badan. Pengambilan potassium harian yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko darah tinggi, keletihan dan kekejangan otot.
Krim Kelapa juga kaya dengan trigliserida rantaian sederhana. Ianya mengandungi asid laurik yang terkenal dengan sifat antiseptiknya dan zink yang dapat mengurangkan risiko radang perut. Berbeza dengan pandangan awam yang percaya bahawa krim kelapa membahayakan kesihatan, pengambilan krim kelapa secara sederhana mampu membawa manfaat lain seperti mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat).
Oleh itu, ianya dapat membantu penggunanya dalam mencapai kesihatan jantung dan pengurangan berat badan.
Satu Alternatif
Bagi mereka yang mempunyai masalah intoleransi terhadap laktosa, Krim Kelapa M&S adalah satu alternatif yang sesuai bagi mereka tanpa perlu mengorbankan rasa makanan. Dengan produk terbaharu Krim Kelapa M&S, ianya dapat membantu pengguna dalam menikmati makanan ‘trendy’ dan dapat menukarkannya menjadi bahan makanan sihat.
Kata Michelle yang juga merupakan Pengurus Jenama M&S, “Kini dewasa muda suka terjah kafe hipster dan gemar mencuba menu kreatif dengan memasaknya di rumah. Ramai yang percaya aktiviti ini dapat merapatkan lagi silaturahim keluarga mereka. Mereka juga lebih berani menerima cabaran dalam memasak, suka mencuba rasa dan teknik baru untuk merasai keterujaan di rumah.”
Selain sesuai untuk hidangan utama dan pencuci mulut, Krim Kelapa M&S juga boleh digunakan dalam pelbagai resepi, daripada juadah tradisional hinggalah ke juadah moden. Krim Kelapa memang tengah ‘in’ sekarang, sesuai untuk diet tanpa daging atau diet ketogenik. Ianya adalah pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memperkenalkan diet sihat dalam gaya hidup mereka. Krim Kelapa merupakan produk yang telah dinaik taraf menjadikannya lebih berkrim dan kaya dengan rasanya.
Oleh itu, ia memang sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai juadah yang memerlukan tekstur dan rasa yang kaya dan pekat. Krim Kelapa M&S adalah 100% produk semula jadi tanpa bahan tambahan dan pengawet.
Produk Krim dan Santan Kelapa M&S diproses secara UHT (Ultra High Temperature) dengan menggunakan kelapa yang bermutu tinggi. Oleh yang demikian, pengguna tidak perlu risau akan penyimpanan stok yang banyak di rumah kerana produk ini dipek secara aseptik ke dalam paketnya dan dimeteraikan secara ultrasonik untuk mengekalkan kesegaran sehingga 18 bulan jangka hayat (bermula daripada tarikh pembuatan).
“Kami berharap dapat memberi kesedaran dalam penggunaan krim kelapa sebagai salah satu kebanggaan Malaysia. Secara tradisinya, krim kelapa biasa digunakan untuk juadah utama seperti Nasi Lemak dan aneka kari. Akan tetapi, krim kelapa juga boleh digunakan sebagai pengganti produk tenusu dalam membuat resepi keto. Akhir sekali, Krim Kelapa M&S mampu membantu dalam menghaluskan rasa dan menambahbaikan tekstur apabila digunakan untuk penyediaan juadah seperti sos, sup ataupun resepi minuman.”, kata Michelle.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Alangkah bertuah menantu dan mentua yang hubungannya sentiasa wangi dan mesra. Dan betapa pedihnya bagi mereka yang hubungannya sentiasa panas dan meruncing.
Apabila menantu dan mentua tidak sebulu, orang lain dalam keluarga akan turut sama merasakan tempiasnya,
Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan. Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.
1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup
6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak
7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pulak.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.
gambar sekadar hiasan10 cara jadi menantu favourite!
Selalu senyum
Apabila berdepan dengan ibu mertua, jangan sesekali menarik muka masam sebaliknya berusaha untuk senyum seikhlas mungkin. Ini kerana bimbang ibu mertua terasa hati walhal punca anda monyok tidak ada kaitan dengannya. Jadi perlu senyum sentiasa walaupun dalam hati anda tidak begitu gembira.
Elak masuk campur
Anda sangat tidak digalakkan untuk masuk campur dalam perihal anak menantunya yang lain selagi apa yang berlaku itu tidak bertentangan dengan syariat. Elakkan bergosip dan menjadi batu api kerana tersilap langkah, ia akan memakan diri anda sebagai menantu. Jadi, berbaik-baiklah dengan mertua dan ipar-duai yang lain.
Murah hati
Untuk mengambil hati mertua, anda tidak boleh kedekut sebaliknya perlu bermurah hati misalnya belikan ibu mertua hadiah, pakaian atau paling kurang barang keperluan rumah. Anda juga boleh beri wang kepadanya untuk dia berbelanja.
Ringan tulang
Ingat, di rumah mertua anda perlu ringan tulang! Bangun awal pagi, solat Subuh dan segera bantu ibu mertua di dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Anda juga perlu tunjuk skil memasak dan soal sedap atau tidak itu bukan keutamaan. Yang penting anda rajin ke dapur.
Selalu minta pandangan
Sebagai ibu, hati mana yang tidak gembira jika anak menantu selalu menghubungi atau menziarahinya. Selain bertanya khabar, sebagai menantu anda juga boleh bertanya pendapatnya tentang sesuatu perkara misalnya yang melibatkan anak-anak anda yakni cucu-cucunya. Sesekali anda juga boleh bertanya resipi kegemaran suami anda yang juga anak kesayangannya. Pasti ibu mertua anda gembira.
Usah cemburu dengan ibu mertua sendiri
Asyik anda sahaja layan suami! Sesekali berilah peluang untuk ibu mertua melayan anaknya misalnya ketika anda balik kampung. Bukan setiap hari ibu mertua anda berpeluang layan anak lelakinya seperti zaman bujang mereka dulu. Jadi biarkan jika ibu mertua manjakan suami anda. Cemburu biarlah bertempat!
Jaga air muka suami
Isteri yang baik dan bijak adalah isteri yang pandai menjaga aib suaminya. Jadi, elakkan memarahi suami di depan ibunya walaupun apa yang dilakukan suami ketika itu benar-benar menyakitkan hati anda. Kawal emosi anda depan ibu mertua! Usah sesekali memperkecilkan suami di depan ibu mertua anda dan adik-beradiknya yang lain. Ini boleh memberi gambaran positif pada ibu mertua anda bahawa anda seorang yang sangat menghormati suami.
Jaga percakapan
Usah biarkan kerana mulut badan binasa! Jika anda seorang yang dikategorikan sebagai ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar kurang bercakap. Dan pastikan anda sentiasa alert apa yang bakal diperkatakan anda, bimbang ia mengecilkan hati ibu mertua. Fikir sebelum bercakap!
Dahulukan dia
Sebagai menantu yang baik, anda perlu dahulukan ibu mertua anda dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh mudah, apabila ibu mertua naik kenderaan bersama anda, pelawa dia untuk duduk di hadapan iaitu di sebelah anaknya. Beri dia peluang bersembang dengan suami anda dan sesekali anda duduk di belakang bersama anak-anak tidak mengapa.
Puji suami anda
Hati seorang ibu pasti gembira jika ada orang lain yang selalu memuji anaknya. Jadi, anda perlu selalu memuji kebaikan suami anda di depan ibu mertua. Sesekali ucaplah begini, “Syukur sangat Allah beri suami sebagai jodoh saya. Pandai sungguh mama didik dan ajar dia. Saya rasa sangat beruntung dapat suami macam dia”
Sumber: Majalah Keluarga Januari 2016 & Normaliza Mahadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila terasa hendak menarik nafas pun menjadi sempit dan payah hingga perlu menggunakan tenaga sepenuhnya bagi menyedut oksigen, itu suatu keadaan yang biasa dirasakan oleh sesiapa yang mengidap asma atau dikenali sebagai penyakit lelah.
Biasanya bila diserang asma sebegini, kita akan bergegas ke klinik mahu pun ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pun begitu tidak salah kiranya mengamalkan beberapa petua ini untuk mengurangkan kekerapan diserang lelah dan sekali gus memberi keselesaan untuk menarik nafas.
Untuk itu dikongsikan beberapa petua yang boleh dicuba.
Petua Merawat Penyakit Asma atau Lelah Secara Tradisional
Petua 1: Petola
Kita biasa makan sayur air petola tetapi tidak tahu khasiat sebenar buah petola untuk tujuan merawat penyakit Asma.
Caranya mudah saja, ambil sebiji petola kemudian potong sedikit dan buangkan biji dan buat lubang di tengah-tengah. Selepas itu, masukkan beberapa biji gula batu ke dalam dan bakar petola itu hingga masak. Selepas masak, perah petola untuk menghasilkan jus. Amalkan meminum jus berkenaan.
Petua 2: Halia
Difahamkan halia memiliki ramuan anti-asma yang baik. Cara pemakanan membabitkan halia amat banyak. Halia juga boleh dijadikan minuman yang mana lebih mudah disediakan. Amalkan minum air halia setiap hari dan galakkan anak-anak anda berbuat demikian.
Petua 3: Madu
Madu amat baik untuk mencairkan lendir yang terdapat dalam saluran pernafasan.
Penyediaan mudah saja, anda juga boleh memakan madu terus atau menyediakan dengan mencampur dengan air suam.
Semua sedia maklum bahawa madu memiliki banyak khasiat dan keistimewaan untuk merawat banyak penyakit termasuk mengurangkan batuk dan selesema di mana ia berkaitan dengan saluran pernafasan.
Masih terdapat pelbagai petua di luar sana untuk mengatasi penyakit Asma. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha untuk mencari penawarnya secara tradisional.
Diharapkan petua yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Sumber : Pertanian satu perniagaan
Manakala melalui perkongsian daripada Syazlin Mhd Isa, ada petua untuk mengurangkan sakit lelah.
Bahannya :
1. Minyak masak
2. Kunyit
3. Sireh
Cara penyediaan :
Campurkan minyak masak dengan Kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sebati.
Sapu pada sehelai daun sirih depan belakang. Kemudian layurkan sirih pada api/lilin.
Bila suam2 kuku, tekapkan di dada sehingga daun sirih sejuk.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.